Posts

Mee tomyam seafood (2)

Image
Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai.  Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam- 5 ulas          bawang merah 2 biji           cili merah 5 biji           cili kering 1 inci          lengkuas 2 batang     serai 1 camb.      udaang kering 3 helai        daun limau purut 1 inci          belacan (dibakar) Air asam jawa, gula dan garam Bahan untuk sup tomyam - 1/4 ekor       ayam 200 gm        udang 3 camb.       susu cair 2 ekor          sotong 1 biji            bawang besar (potong 6) 5 biji            bawang putih (diketuk) 1 inci       

Serunding daging

Image
Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama. Bahan: 1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya) 1 1/2 biji kelapa 10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak) Bahan Kisar: 500 gm  bawang merah 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 5 batang serai 1 cm  halia gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus. 2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan. 3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit        kering. 4.  Masukkan daging yang dicarik dan juga jintan manis (yang telah dimesi

Coffee delight cake

Image
Ini kek yang tercipta last minute sebelum saya perlu menghidangkan semua dessert sebelum majlis makan-makan bermula.  Sangat mudah (kalau tak takdelah terhasil last minute, janji semua bahan ada).  Untuk anda yang suka buat kerja last minute mungkin ini terbaik untuk anda cuba. Bahan : 250 gm  Soft flour 250 gm  Castor sugar 250 gm  Butter 5 nos      Egg 1/2 tsp    Baking powder 1/4 tsp    Vanila esen                                                                                    5 gm      Coffee Powder                                                                                    sedikit esen coffee                                                                                    Butter cream Cara membuatnya: 1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder. 2.  Putar mentega atau butter bersama gula hingga kembang. 3.  Masukkan telur satu persatu, putar sebati. 4.  Masukkan esen dan serbuk coffee, sebatikan. 5.  Masukkan tepung gandum dan putar sebati. 6.  Masu

Mee Udang

Image
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi.  Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa.  Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam. Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini.  Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie.  Jom-jom syer semua..... Mee udang Bahan: 1 paket mee (dicelur seketika) Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan  dicelur) Semangkuk taugeh (dicelur) Cili boh (secukup rasa) 2 kg Udang segar (sederhana besar) Cili merah secukupnya (dihiris) Segenggam bawang merah (dikisar halus) 5 biji bawang merah (dimayang) 3 biji bawang merah (dimayang)

Apam mentega

Image
Apam Mentega Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr....  Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu.  Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie.  Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan.  So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis.  Memang teman yang akan ngabiskan.  Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam".  Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya.  Terima kasih sekali lagi kak Nor. Apam Mentega Bahan-bahan: 1 cawan gula 1 cawan air 3 cawan tepung gandum 250 gm mentega 3 biji telur ayam 1 tin susu cair 1 cawan gula 2 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat 1 biji kelapa parut Sedikit esen vanila Cara M

Popia basah

Image
Sedapnya.... selain dari sedap ia juga merupakan makanan yang berkhasiat.  Sesuai sekali bagi yang jenis vegetarian atau sedang berdiet.  kandungan serat yang tinggi pasti membuatkan tubuh anda langsing (tapi kalau duk hentam makanan lainpun tak guna juga).  Popia paling sedap bagi saya ada terdapat di Pulau Pinang (yang mamak duk buat tepi jalan tu....).  Segala-galanya istimewa, rasanya yang seimbang memang memukau selera (buat pulak time tu mamak tu kenyit mata; makan tak ingat dunia...).  Untuk anda, istimewa untuk semua meh kita belajar cara membuat popia basah (supaya mata mamak tu tak sakit duk kenyit kat kita). Popia Basah    Bahan Kulit Popia: 600 gm tepung gandum 600 gm air 1 sudu kecil cuka 2 sudu kecil minyak jagung 1 1/2 sudu kecil garam Bahan Inti Popia: 300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang 1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang 5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus 100 gm udang segar - dipotong kecil 4 ulas bawang putih

Telur dadar sayuran

Orang kata kalau dah lapar, goreng telur pun sodap.....  Pak lang (AF9) tu pandai goreng telur tak????.  Ish! tetiba.... jerkan.  Lepas nie, sibuk nak ke dapur pun tak sempat, makan on the go ajelah.  Dah! dah! sebenarnya idea dah tepu sebab saya ada class kul 5.00 petang karang (hwem! ada lagi 28 minit to go....).  Kay... pada yang tak tahu nak masak apa cubalah resepi nie.... Telur Dadar Sayuran BAHAN-BAHAN: 3 biji telur ayam Kubis (hiris) Lobak merah (hiris) Daun bawang (hiris) 1 tangkai cili merah (hiris) Daun sup (hiris) Garam Lada sulah CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati. 2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak. 4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan dan potongkan mengikut kreativiti.