Posts

Assorted Fruits with Sauce and Almond Nib

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Keterujaan untuk berkongsi menu masakan sentiasa ada tapi masa sering mencemburui kita.  Setiap hari terdetik bila nak share resepi-resepi nie; tapi itulah..... bila menjadi seorang yang berkerjaya.  Kerja perlu diutamakan.  Itu amanah namanya, amanah yang diberi perlu dijaga kerana itu yang akan menentukan berkat atau tidaknya rezeki kita nanti. Untuk pagi yang indah ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi Assorted Fruits with sauce and almond nibs. Bahan: Berbagai jenis buah mengikut kesukaan anda. Buah yang saya gunakan strawberri, anggur hijau dan anggur merah, pineaaple cube (dlm. tin), rambutan (dlm tin), longan (dlm tin). 2 bekas@ 250 gm Yougurt sebarang perisa 200gm Cream Cheese  Mangga (sebagai hiasan) Daun pudina (sebagai hiasan) 50 gm Gula castor 100 gm Almond nibs Cara membuatnya: 1.  Cuci bersih buah-buahan kegemaran anda.  Satukan di dalam satu bekas.  Buahan dari dalam tin,      amb

Gulai Ketam Nenas

Image
Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?. Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp..... Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wo..wo... nasib saya tak tamak.  Usaha saya bukan dihari yang sepatutnya.  Ha..ha... ketam tengah m

Puding Laici

Image
Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya..... Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it. Puding Laici: 1 paket agar-agar 1 lt        Susu segar 2 tin      Laici Gula ikut sesuka ati Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah) Cara membuatnya: 1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air. 2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air. 3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-agar, bersama air laici. 4.  Tutup api dan masukkan susu segar. 5.  Tuangkan ke dalam bekas dan bi

Mee tomyam seafood (2)

Image
Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai.  Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam- 5 ulas          bawang merah 2 biji           cili merah 5 biji           cili kering 1 inci          lengkuas 2 batang     serai 1 camb.      udaang kering 3 helai        daun limau purut 1 inci          belacan (dibakar) Air asam jawa, gula dan garam Bahan untuk sup tomyam - 1/4 ekor       ayam 200 gm        udang 3 camb.       susu cair 2 ekor          sotong 1 biji            bawang besar (potong 6) 5 biji            bawang putih (diketuk) 1 inci       

Serunding daging

Image
Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama. Bahan: 1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya) 1 1/2 biji kelapa 10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak) Bahan Kisar: 500 gm  bawang merah 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 5 batang serai 1 cm  halia gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus. 2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan. 3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit        kering. 4.  Masukkan daging yang dicarik dan juga jintan manis (yang telah dimesi

Coffee delight cake

Image
Ini kek yang tercipta last minute sebelum saya perlu menghidangkan semua dessert sebelum majlis makan-makan bermula.  Sangat mudah (kalau tak takdelah terhasil last minute, janji semua bahan ada).  Untuk anda yang suka buat kerja last minute mungkin ini terbaik untuk anda cuba. Bahan : 250 gm  Soft flour 250 gm  Castor sugar 250 gm  Butter 5 nos      Egg 1/2 tsp    Baking powder 1/4 tsp    Vanila esen                                                                                    5 gm      Coffee Powder                                                                                    sedikit esen coffee                                                                                    Butter cream Cara membuatnya: 1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder. 2.  Putar mentega atau butter bersama gula hingga kembang. 3.  Masukkan telur satu persatu, putar sebati. 4.  Masukkan esen dan serbuk coffee, sebatikan. 5.  Masukkan tepung gandum dan putar sebati. 6.  Masu

Mee Udang

Image
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi.  Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa.  Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam. Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini.  Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie.  Jom-jom syer semua..... Mee udang Bahan: 1 paket mee (dicelur seketika) Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan  dicelur) Semangkuk taugeh (dicelur) Cili boh (secukup rasa) 2 kg Udang segar (sederhana besar) Cili merah secukupnya (dihiris) Segenggam bawang merah (dikisar halus) 5 biji bawang merah (dimayang) 3 biji bawang merah (dimayang)