Posts

Mee bandung

Image
Mee bandung -Main course Bahan: 500gm mee kuning (1 paket) 1 biji    bawang besar 3-4 ulas bawang putih 1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air) 1 camb. serbuk cili 3 camb. gula 1 cawan air rebusan daging 5-6 ekor udang hidup 100 gm daging (direbus dan dipotong nipis) telur (secukupnya) 1 camb. sos tiram sayur kobis atau sawi Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah. Cara memasak: 1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering. 2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau. 3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang. 4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain. 5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur) 

Puding Jagung

Image
Puding Jagung Bahan: 1 cawan     tepung kastard 2 tin           jagung cream 3/4 cawan gula 3 cawan    air 11/2 cawan susu cair 2 paket     agar-agar 1 liter       santan Cara memasak: 1.  Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu, santan, agar-agar dan air ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masukkan bahan cecair perlahan-lahan agar adunan tidak berketul-ketul. 2.  Kacau adunan atas api sederhana panas sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. 3.  Angkat dan masukkan adunan ke dalam Loyang atau acuan, sejukkan dan biar adunan mengeras sebelum dipotong utk .dihidangkan.

Pengat Labu

Image
Pengat Labu- Bahan: 1     biji     labu (dipotong dadu, sederhana besar dan direbus separuh empuk) 500 ml      santan air             secukupnya 1/2 cawan sagu Gula,garam, gula kabung secukupnya 3 helai      daun pandan (dibasuh bersih dan disimpulkan) Cara membuatnya: 1.Masukkan semua bahan kecuali labu ke dalam periuk dan masak sagu sehingga kembang dan bertukar menjadi warna jernih. 2. Masukkan labu dan daun pandan, biar sehingga labu empuk dan tutup api. 3.  Sedia untuk dihidangkan. 

Strawberry Cream Caramel with Choc. Cake

Image
Strawberry Cream Caramel With Chocolate Cake    Ini namanya versi product yang diversionkan.  Sama tapi tak serupa.   Agak-agak kalau tengok gambar nie je dapat tak teka apa product asal dessert nie yang sebenarnya?  Dapat..... tak dapat?  Dapat.... tak dapat?.  Nie Cream Caramel lah.....  Saya cuma ubah resepi asal dan menambah element cake dan puding dalam satu portion dessert.  Kelasss gitewwww....  Selalu kalau nak makan kek dengan puding, nak kena beli 2 item nie berasingan, so ada penambahan kos pembelian kat situ.  So lepas nie ambik resepi nie dan buat sendiri, dapat dua dalam 1.  Jimat dan you all boleh enjoy it with your family or friends.   Bahan Cream Caramel - (A)  Gula hangus:         Sedikit air         Gula secukupnya (B)  Puding:        1  liter  Fresh Milk (perisa strawberry)        10  biji Telur        50  gm  Gula Kastor        Sedikit esen vanilla        Sedikit Strawberry paste Cara membuatnya: 1.  Buatkan dulu gula hangus (A

Kuih Keria

Image
Kuih Keria Sedapnya kalau dapat ngadap kuih keria nie pepanas time petang.  Seketul-seketul diambil, tambah sedap bila kuih keria nie dibuat dengan penuh kasih sayang.  Tahu ke apa maksud saya "dibuat dengan penuh kasih-sayang tu"? Maksud saya dibuat dengan menggunakan sukatan bahan yang betul.  Takdelah cam yang selalu kita beli (lebih tepung dari keledek).  Makan memang sedap.... tapi nak membuatnya nampak mudah tapi berkecah dapur dibuatnya.  Tangan toksah duk katalah.  Habis berlemuih (comot).  Untuk anda semua, saya kongsikan hari nie resepi kuih keria atau dalam loghat utara nya cuk@ chuq keria. Bahan: 1/2 kg ubi keledek 1 cawan tepung gandum 1 camt. baking powder 8 camt gula 1/2 cawan air atau secukupya Cara membuatnya: 1.  Kupas kulit keledek.  Potong besar-besar kemudian direbus hingga empuk. 2.  Lenyek keledek ini semasa masih panas hingga lumat atau hancur. 3.  Masukkan tepung hingga adunan tidak melekat di telapak tangan

Chocolate mousse cake

Image
Chocolate Moist Cake Sponge cake- Bahan: 1 kg Sponge mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry) 1 kg Eggs 250 gm Water 250 gm Corn oil Cara membuatnya: 1. Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan     tinggi menggunakan whisk. 2. Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil. 3. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh. 4. Bakar pada suhu 1800c selama 45 minit. 5. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya. 6. Biar sejuk seketika sebelum menghias. 7. Adunan ini boleh menghasilkan 6 biji kek bersaiz besar. Bahan untuk menghias: Parutan coklat masakan Whipping cream Syrup (boleh juga gunakan air dari dark pitted cherries) Cream cheese Serbuk koko atau coklat masakan yang telah dicairkan Cara membuatnya: 1. Sponge cake coklat dipotong kepada 2 atau 3 bahagian yang sama besar. 2. Letakkan syrup pada setiap l

Sayur-sayuran musim bunga

Image
Sayur-sayuran musim bunga Bahan- 1 batang lobak merah (dihiris nipis) Brokoli, bunga kobis, putik jagung secukupnya (dipotong kecil) 2 ulas bawang putih (di mayang) 2 biji bawang merah (dihiris) 3/4 camt. garam 2 camt. gula 1 camb. air halia 1/2 cawan air rebusan pati ayam 2 camb. sos tiram Sedikit lada sulah dan laa hitam Sedikit minyak bijan 4 camt. tepung jagung 2 camb. minyak masak Cara memasak: 1.  Masukkan garam, gula dan minyak ke dalam 1 liter air mendidih. 2.  Celurkan sayuran sebentar. 3.  Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang hingga naik bau. 4.  Masukkan sayuran yang telah dicekur tadi, an goreng sekejap. 5.  Tuangkan air rebusan ayam dan baki bahan perencah dan bancuhan tepung jagung. 6.  Seia untuk dimakan.