Posts

Egg Tart

Image
Egg Tart: Bahan: 250 gm tepung serbaguna 2 camb susu tepung 125gm Butter (sejukkan) 50 gm gula aising 1 biji telur (pukul sedikit) Bahan egg filling: 3 biji telur (gred A) 75gm gula castor 150gm susu segar Cara membuatnya: 1.  Masukkan semua bahan tart dlm. mixer.  Boleh juga guna kekuatan tangan anda.  Adunkan sehingga menjadi doh. 2.  Ratakan doh ke dalam acuan dan kemaskannya dan cucuk bahagian tengah doh untuk mengelakkannya dari mengelembung ketika dibakar. 3.  Bakar pada suhu 150 0 c selama 10-15 minit. 4.  Keluarkan dari oven dan tuang adunan filling ke dalam bekas tart, bakar semula selama 20 minit dengan suhu 100oc. 5.  Keluarkan dari acuan bila telah sejuk, yummie. Selamat mencuba.... 

Mee bandung

Image
Mee bandung -Main course Bahan: 500gm mee kuning (1 paket) 1 biji    bawang besar 3-4 ulas bawang putih 1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air) 1 camb. serbuk cili 3 camb. gula 1 cawan air rebusan daging 5-6 ekor udang hidup 100 gm daging (direbus dan dipotong nipis) telur (secukupnya) 1 camb. sos tiram sayur kobis atau sawi Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah. Cara memasak: 1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering. 2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau. 3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang. 4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain. 5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur) 

Puding Jagung

Image
Puding Jagung Bahan: 1 cawan     tepung kastard 2 tin           jagung cream 3/4 cawan gula 3 cawan    air 11/2 cawan susu cair 2 paket     agar-agar 1 liter       santan Cara memasak: 1.  Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu, santan, agar-agar dan air ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masukkan bahan cecair perlahan-lahan agar adunan tidak berketul-ketul. 2.  Kacau adunan atas api sederhana panas sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. 3.  Angkat dan masukkan adunan ke dalam Loyang atau acuan, sejukkan dan biar adunan mengeras sebelum dipotong utk .dihidangkan.

Pengat Labu

Image
Pengat Labu- Bahan: 1     biji     labu (dipotong dadu, sederhana besar dan direbus separuh empuk) 500 ml      santan air             secukupnya 1/2 cawan sagu Gula,garam, gula kabung secukupnya 3 helai      daun pandan (dibasuh bersih dan disimpulkan) Cara membuatnya: 1.Masukkan semua bahan kecuali labu ke dalam periuk dan masak sagu sehingga kembang dan bertukar menjadi warna jernih. 2. Masukkan labu dan daun pandan, biar sehingga labu empuk dan tutup api. 3.  Sedia untuk dihidangkan. 

Strawberry Cream Caramel with Choc. Cake

Image
Strawberry Cream Caramel With Chocolate Cake    Ini namanya versi product yang diversionkan.  Sama tapi tak serupa.   Agak-agak kalau tengok gambar nie je dapat tak teka apa product asal dessert nie yang sebenarnya?  Dapat..... tak dapat?  Dapat.... tak dapat?.  Nie Cream Caramel lah.....  Saya cuma ubah resepi asal dan menambah element cake dan puding dalam satu portion dessert.  Kelasss gitewwww....  Selalu kalau nak makan kek dengan puding, nak kena beli 2 item nie berasingan, so ada penambahan kos pembelian kat situ.  So lepas nie ambik resepi nie dan buat sendiri, dapat dua dalam 1.  Jimat dan you all boleh enjoy it with your family or friends.   Bahan Cream Caramel - (A)  Gula hangus:         Sedikit air         Gula secukupnya (B)  Puding:        1  liter  Fresh Milk (perisa strawberry)        10  biji Telur        50  gm  Gula Kastor        Sedikit esen vanilla        Sedikit Strawberry paste Cara membuatnya: 1.  Buatkan dulu gula hangus (A

Kuih Keria

Image
Kuih Keria Sedapnya kalau dapat ngadap kuih keria nie pepanas time petang.  Seketul-seketul diambil, tambah sedap bila kuih keria nie dibuat dengan penuh kasih sayang.  Tahu ke apa maksud saya "dibuat dengan penuh kasih-sayang tu"? Maksud saya dibuat dengan menggunakan sukatan bahan yang betul.  Takdelah cam yang selalu kita beli (lebih tepung dari keledek).  Makan memang sedap.... tapi nak membuatnya nampak mudah tapi berkecah dapur dibuatnya.  Tangan toksah duk katalah.  Habis berlemuih (comot).  Untuk anda semua, saya kongsikan hari nie resepi kuih keria atau dalam loghat utara nya cuk@ chuq keria. Bahan: 1/2 kg ubi keledek 1 cawan tepung gandum 1 camt. baking powder 8 camt gula 1/2 cawan air atau secukupya Cara membuatnya: 1.  Kupas kulit keledek.  Potong besar-besar kemudian direbus hingga empuk. 2.  Lenyek keledek ini semasa masih panas hingga lumat atau hancur. 3.  Masukkan tepung hingga adunan tidak melekat di telapak tangan

Chocolate mousse cake

Image
Chocolate Moist Cake Sponge cake- Bahan: 1 kg Sponge mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry) 1 kg Eggs 250 gm Water 250 gm Corn oil Cara membuatnya: 1. Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan     tinggi menggunakan whisk. 2. Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil. 3. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh. 4. Bakar pada suhu 1800c selama 45 minit. 5. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya. 6. Biar sejuk seketika sebelum menghias. 7. Adunan ini boleh menghasilkan 6 biji kek bersaiz besar. Bahan untuk menghias: Parutan coklat masakan Whipping cream Syrup (boleh juga gunakan air dari dark pitted cherries) Cream cheese Serbuk koko atau coklat masakan yang telah dicairkan Cara membuatnya: 1. Sponge cake coklat dipotong kepada 2 atau 3 bahagian yang sama besar. 2. Letakkan syrup pada setiap l

Sayur-sayuran musim bunga

Image
Sayur-sayuran musim bunga Bahan- 1 batang lobak merah (dihiris nipis) Brokoli, bunga kobis, putik jagung secukupnya (dipotong kecil) 2 ulas bawang putih (di mayang) 2 biji bawang merah (dihiris) 3/4 camt. garam 2 camt. gula 1 camb. air halia 1/2 cawan air rebusan pati ayam 2 camb. sos tiram Sedikit lada sulah dan laa hitam Sedikit minyak bijan 4 camt. tepung jagung 2 camb. minyak masak Cara memasak: 1.  Masukkan garam, gula dan minyak ke dalam 1 liter air mendidih. 2.  Celurkan sayuran sebentar. 3.  Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang hingga naik bau. 4.  Masukkan sayuran yang telah dicekur tadi, an goreng sekejap. 5.  Tuangkan air rebusan ayam dan baki bahan perencah dan bancuhan tepung jagung. 6.  Seia untuk dimakan. 

Swiss Roll

Image
Swiss Roll Bahan: 45 gm Soft flour 25 gm Corn flour 3    gm Baking powder 13 gm Ovalate 120 gm Castor sugar 5 nos Egg 23 ml Water 60 gm Melted margarines 1 bottle Assorted jam Cara membuatnya: 1.         Masukkan semua bahan ke dalam  mixing bowl, kecuali melted margarines. 2.         Pukul adunan sehingga naik 2 kali ganda dan gebu, kemudian masukkan melted margarines dan pukul lagi adunan dalam 5 minutes. 3.         Sapu butter atas tray, alaskan dengan kertas minyak dan kemudian sapu pula sekitar kertas minyak tersebut dengan butter. 4.         Tuangkan adunan ke dalam tray, colourkan sedikit adunan dengan pewarna makanan.  Gunakan creativiti untuk menghias cake ini. 5.      Bakar 180 0 Celcius selama 20 – 25 minutes. 7.         Biarkan swiss roll sejuk pada suhu bilik , sementara itu alas permukaan meja dengan plastic warapping atau kertas minyak, taburkan gula kastor di keseluruhan permukaannya. 8.         Letak swiss roll ke atas

Rainbow Frosting cupcakes

Image
Rainbow Frosting Cupcakes Sumber Bahan: http://www.sprinklebakes.com/2013/02/rainbow-frosting-cupcakes.html Rainbow Frosting Cupcakes Yield: 12-13 cupcakes Start to finish: 3 hours + Source: SprinkleBakes original recipes, technique inspired by Cupcakes! by Wilton These are a bit of work from scratch, so using a white cake mix may be a time-saving option for busy bakers. I do suggest homemade frosting . It should be one you really love because these cupcakes hold a tall amount. Using disposable cups or bowls is a good idea when mixing so many different colors of icing. I chose a maraschino cherry as a topper, but you could use a candy cherries found at bulk candy stores. Sour cream cake 1/2 cup butter softened 1 cup granulated sugar 2 eggs 1 tsp vanilla 1 3/4 cups flour 1/2 tsp baking soda 1/4 tsp baking powder 1/4 tsp salt 1/2 cup sour cream 1/2 milk Wilton Green color mix-ins, optional Preheat oven to 350 degrees. In the bowl of a stand

Kek Kukus coklat dan cream cheese

Image
Bahan2nya 1cawan gula* 1cawan susu cair * ... 1cawan koko* 1/2cawam susu pekat* 1cawan minyak*   1.  bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk   Bahan B 3biji telur (A)   Bahan C 1cawan tepung naik sendiri   Cara2nya 1.  pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu(AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA) 2. Loyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pn leh gak 3. Sementara tunggu masak sediakan cream cheese   Bahan2nya 250gm cream cheese 60gm gula castur 25ml air biasa 25gm tepung gandum 1biji telur   Cara2nya: 1.  Pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi siap bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan

Assorted Fruits with Sauce and Almond Nib

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Keterujaan untuk berkongsi menu masakan sentiasa ada tapi masa sering mencemburui kita.  Setiap hari terdetik bila nak share resepi-resepi nie; tapi itulah..... bila menjadi seorang yang berkerjaya.  Kerja perlu diutamakan.  Itu amanah namanya, amanah yang diberi perlu dijaga kerana itu yang akan menentukan berkat atau tidaknya rezeki kita nanti. Untuk pagi yang indah ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi Assorted Fruits with sauce and almond nibs. Bahan: Berbagai jenis buah mengikut kesukaan anda. Buah yang saya gunakan strawberri, anggur hijau dan anggur merah, pineaaple cube (dlm. tin), rambutan (dlm tin), longan (dlm tin). 2 bekas@ 250 gm Yougurt sebarang perisa 200gm Cream Cheese  Mangga (sebagai hiasan) Daun pudina (sebagai hiasan) 50 gm Gula castor 100 gm Almond nibs Cara membuatnya: 1.  Cuci bersih buah-buahan kegemaran anda.  Satukan di dalam satu bekas.  Buahan dari dalam tin,      amb

Gulai Ketam Nenas

Image
Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?. Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp..... Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wo..wo... nasib saya tak tamak.  Usaha saya bukan dihari yang sepatutnya.  Ha..ha... ketam tengah m