Posts

Sambal Sotong

Image
Sambal Sotong Bahan: 8 ekor sotong kembang 2 camb. pes cili Air asam jawa secukupnya Garam dan gula secukupnya Bahan kisar: 2 biji bawang putih 1 biji bawang besar 10 biji cili kering 1/2 inci kunyit hidup sedikit air Cara memasaknya: 1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar, masak sehingga naik minyak 2.  Masukkan bahan selebihnya dan biar kuah pekat sedikit. 3.  Masukkan bawang besar yg telah dipotong mayang, gaul sebati dan tutup api.

Egg Tart

Image
Egg Tart: Bahan: 250 gm tepung serbaguna 2 camb susu tepung 125gm Butter (sejukkan) 50 gm gula aising 1 biji telur (pukul sedikit) Bahan egg filling: 3 biji telur (gred A) 75gm gula castor 150gm susu segar Cara membuatnya: 1.  Masukkan semua bahan tart dlm. mixer.  Boleh juga guna kekuatan tangan anda.  Adunkan sehingga menjadi doh. 2.  Ratakan doh ke dalam acuan dan kemaskannya dan cucuk bahagian tengah doh untuk mengelakkannya dari mengelembung ketika dibakar. 3.  Bakar pada suhu 150 0 c selama 10-15 minit. 4.  Keluarkan dari oven dan tuang adunan filling ke dalam bekas tart, bakar semula selama 20 minit dengan suhu 100oc. 5.  Keluarkan dari acuan bila telah sejuk, yummie. Selamat mencuba.... 

Mee bandung

Image
Mee bandung -Main course Bahan: 500gm mee kuning (1 paket) 1 biji    bawang besar 3-4 ulas bawang putih 1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air) 1 camb. serbuk cili 3 camb. gula 1 cawan air rebusan daging 5-6 ekor udang hidup 100 gm daging (direbus dan dipotong nipis) telur (secukupnya) 1 camb. sos tiram sayur kobis atau sawi Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah. Cara memasak: 1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering. 2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau. 3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang. 4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain. 5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur) 

Puding Jagung

Image
Puding Jagung Bahan: 1 cawan     tepung kastard 2 tin           jagung cream 3/4 cawan gula 3 cawan    air 11/2 cawan susu cair 2 paket     agar-agar 1 liter       santan Cara memasak: 1.  Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu, santan, agar-agar dan air ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masukkan bahan cecair perlahan-lahan agar adunan tidak berketul-ketul. 2.  Kacau adunan atas api sederhana panas sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. 3.  Angkat dan masukkan adunan ke dalam Loyang atau acuan, sejukkan dan biar adunan mengeras sebelum dipotong utk .dihidangkan.

Pengat Labu

Image
Pengat Labu- Bahan: 1     biji     labu (dipotong dadu, sederhana besar dan direbus separuh empuk) 500 ml      santan air             secukupnya 1/2 cawan sagu Gula,garam, gula kabung secukupnya 3 helai      daun pandan (dibasuh bersih dan disimpulkan) Cara membuatnya: 1.Masukkan semua bahan kecuali labu ke dalam periuk dan masak sagu sehingga kembang dan bertukar menjadi warna jernih. 2. Masukkan labu dan daun pandan, biar sehingga labu empuk dan tutup api. 3.  Sedia untuk dihidangkan. 

Strawberry Cream Caramel with Choc. Cake

Image
Strawberry Cream Caramel With Chocolate Cake    Ini namanya versi product yang diversionkan.  Sama tapi tak serupa.   Agak-agak kalau tengok gambar nie je dapat tak teka apa product asal dessert nie yang sebenarnya?  Dapat..... tak dapat?  Dapat.... tak dapat?.  Nie Cream Caramel lah.....  Saya cuma ubah resepi asal dan menambah element cake dan puding dalam satu portion dessert.  Kelasss gitewwww....  Selalu kalau nak makan kek dengan puding, nak kena beli 2 item nie berasingan, so ada penambahan kos pembelian kat situ.  So lepas nie ambik resepi nie dan buat sendiri, dapat dua dalam 1.  Jimat dan you all boleh enjoy it with your family or friends.   Bahan Cream Caramel - (A)  Gula hangus:         Sedikit air         Gula secukupnya (B)  Puding:        1  liter  Fresh Milk (perisa strawberry)        10  biji Telur        50  gm  Gula Kastor        Sedikit esen vanilla        Sedikit Strawberry paste Cara membuatnya: 1.  Buatkan dulu gula hangus (A

Kuih Keria

Image
Kuih Keria Sedapnya kalau dapat ngadap kuih keria nie pepanas time petang.  Seketul-seketul diambil, tambah sedap bila kuih keria nie dibuat dengan penuh kasih sayang.  Tahu ke apa maksud saya "dibuat dengan penuh kasih-sayang tu"? Maksud saya dibuat dengan menggunakan sukatan bahan yang betul.  Takdelah cam yang selalu kita beli (lebih tepung dari keledek).  Makan memang sedap.... tapi nak membuatnya nampak mudah tapi berkecah dapur dibuatnya.  Tangan toksah duk katalah.  Habis berlemuih (comot).  Untuk anda semua, saya kongsikan hari nie resepi kuih keria atau dalam loghat utara nya cuk@ chuq keria. Bahan: 1/2 kg ubi keledek 1 cawan tepung gandum 1 camt. baking powder 8 camt gula 1/2 cawan air atau secukupya Cara membuatnya: 1.  Kupas kulit keledek.  Potong besar-besar kemudian direbus hingga empuk. 2.  Lenyek keledek ini semasa masih panas hingga lumat atau hancur. 3.  Masukkan tepung hingga adunan tidak melekat di telapak tangan