Posts

Lempeng pisang

Image
Lempeng Pisang Bahan: 4 biji pisang abu 1/4 cwn. gula pasir secubit garam 1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja) 2 cawan tepung gandum 1 cwn. air Sedikit minyak Cara memasak: 1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. 2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 3.  Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. 4.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dipermukaan kuali. 5.  Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi. 6.  Hidangkan bersama sambal ikan bilis. Nak lempeng ke nak lempang?  daripada lempang baik pilih lempeng.  Perut kenyang hati tak sakit.  Saya telah beberapa membuat lempeng pisang di rumah, tapi seperti kata anak "ibu! opah buat lagi sedaplah".  Sabar ajelah, memang lempeng opah buat tiada tandingan.  Buat ibu-ibu yang tengah nak naik angin kerana kenakalan anak, silalah masuk ke dapur dan sediakan lempeng daripada ngadap anak dan kemudiannya terasa seperti ada y

Ikan 3 Rasa

Image
Ikan 3 rasa Bahan A- 1 ekor ikan bawal atau siakap 1 sudu makan tepung jagung (untuk menyalut ikan) 3 biji bawang merah        ) 1 labu bawang besar       )  dihiris 2 ulas bawang putih        ) 2 inci halia                      )  Bahan B- 3 camb. sos tomato 3 camb sos cili 3 camb sos tiram 3 camb air 1 camt. gula Bahan C- 1 pokok daun bawang 2 biji cili merah (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 2 biji tomato (dipotong 4) 1 biji capsicum merah, hijau dan kuning Cara membuatnya- 1.  Salutkan ikan dengan tepung jagung. 2.  Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.  Angkat. 3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 4.  Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih, kacau rata. 5.  Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 6.  Curahkan sos di atas ikan.

Ayam masak merah

Image
Bahan: 1/2 ekor ayam Sedikit garam dan kunyit 4 - 5 biji cili kering (direndam dan dikisar halus) 1 cm halia                 ) dikisar 2 ulas bawang putih ) 1 labu bawang besar) 1 biji tomato (potong dadu) 1/2 cawan sos tomato 1/2 biji bawang besar (potong bulat) kacang peas secukupnya 1 bungkus cili boh Cara memasak: 1.  Bersihkan ayam.  Potong kecil dan gaulkan bersama garam dan kunyit. 2.  Goreng ayam 2/3 masak. 3.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak. 4.  Masukkan sos tomato dan buah tomato. 5.  Masukkan ayam, biar sehingga kuah pekat. 6.  Masukkan bahan selebihnya, kacau sebati.  hidangkan.

Daging Nasi Kandar

Image
Daging Nasi Kandar Bahan A: 1 kg daging lembu (diperap dengan 3 camb. rempah kari daging) 4 batang serai (diketuk) 1/2 cawan air asam jawa 2 biji tomato (potong 4) 1/2 cawan minyak masak 3 cawan air 5 tangkai daun kari 1 pokok daun ketumbar garam secukup rasa Bahan B: 1 botol kicap manis 1 botol kicap pekat 2 biji bawang besar  ) 4 biji bawang merah )  Dihiris 1 ulas bawang putih  ) 1 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelage 5 kuntum bunga cengkih Cara memasak: 1.  Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dihiris, serai dan daun kari sehingga Wangi. 2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar.  Kacau rata. 3.  Masukkan air asam jawa dan garam. 4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak. 5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cucur Udang

Image
Bahan: 1 kg Tepung gandum 1 kg Udang sederhana besar (dibuang ekor dan kepala) 10 gm Daun kucai dan daun sup 10 gm Taugeh Sedikit serbuk kunyit 3 camb. Cili boh 3 biji Bawang besar (dipotong dadu) 6 biji Cili merah (dimayang) 1camb. cuka makan Sedikit garam dan gula Air sejuk secukupnya Cara memasak: 1.  Bersihkan sayur-sayuran dan potong. 2.  Campurkan semua bahan dan gaul sebati 3.  Biarkan seketika (5-10 minit) 4.  Panaskan kuali yg berisi minyak masak. 5.  Goreng adunan sehingga kekuninggan, sejat dan angkat.

Sambal Sotong

Image
Sambal Sotong Bahan: 8 ekor sotong kembang 2 camb. pes cili Air asam jawa secukupnya Garam dan gula secukupnya Bahan kisar: 2 biji bawang putih 1 biji bawang besar 10 biji cili kering 1/2 inci kunyit hidup sedikit air Cara memasaknya: 1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar, masak sehingga naik minyak 2.  Masukkan bahan selebihnya dan biar kuah pekat sedikit. 3.  Masukkan bawang besar yg telah dipotong mayang, gaul sebati dan tutup api.

Egg Tart

Image
Egg Tart: Bahan: 250 gm tepung serbaguna 2 camb susu tepung 125gm Butter (sejukkan) 50 gm gula aising 1 biji telur (pukul sedikit) Bahan egg filling: 3 biji telur (gred A) 75gm gula castor 150gm susu segar Cara membuatnya: 1.  Masukkan semua bahan tart dlm. mixer.  Boleh juga guna kekuatan tangan anda.  Adunkan sehingga menjadi doh. 2.  Ratakan doh ke dalam acuan dan kemaskannya dan cucuk bahagian tengah doh untuk mengelakkannya dari mengelembung ketika dibakar. 3.  Bakar pada suhu 150 0 c selama 10-15 minit. 4.  Keluarkan dari oven dan tuang adunan filling ke dalam bekas tart, bakar semula selama 20 minit dengan suhu 100oc. 5.  Keluarkan dari acuan bila telah sejuk, yummie. Selamat mencuba....