Posts

Kuih Cara Manis

Image
Kuih Cara Manis Bahan: 1 paket tepung gandum 200ml susu segar 1 camb. jus pandan 1 biji telur 1/2 camt. garam Pewarna hijau Gula Daun pandan secukupnya (diblend dengan sedikit air dan diambil jusnya) Cara memasak: 1.  Campurkan semua bahan dan adun sebati kecuali gula. 2.  Gaul sebati sehingga adunan tidak berketul-ketul. 3.  Panaskan acuan, letakkan sedikit mentega atau minyak masak pada bekas adunan. 4.  Masukkan sedikit adunan, biar sekejap, kemudian letakkan sedikit gula ditengah adunan tadi, tutup acuan. 5.  Pastikan api kecil sahaja ketika memasak. 6.  Angkat kuih apabila adunan tidak lagi berbentuk cecair.

Popia Goreng

Image
Popia goreng Bahan: 1 paket kulit popia Inti: 2 biji lobak merah )  sagat atau dipotong memanjang halus 1 biji sengkuang    ) 1 biji timun            ) 1/2 kilo taugeh 2 camb. bawang goreng Bahan tumis: 2 biji bawang putih 2 biji bawang merah 2 camb sos tiram 2 camb. udang kering garam dan gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Tumis semua bahan sehingga naik bau dan masukkan sayuran, kacau sebentar. 2.  Biarkan inti sejuk seketika. 3.  Bentangkan kulit popia, letakkan inti ditengahnya dan gulung serta gamkan kulit popia dgn bancuhan tepung gandum bersama sedikit air.

Bubur Nasi (congee)

Image
Bahan: 1 cawan beras 3 cawan air 4 ulas bawang merah sedikit halia 200 gm isi ayam garam dan gula secukupnya lada hitam daun sup, daun bawang (untuk hiasan) sedikit serai Cara memasaknya: 1.  Rebus nasi sehingga lembut. 2.  Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi sehingga sebati.  Tambah air jika perlu. 3.  Bila bubur telah masak, masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goring. 4.  Hidang bersama telur rebu masin dan halia masin atau jeruk. Nota- Bubur nasi ialah sejenis bubur yang popular di kebanyakkan negara Asia.  Selalunya ia dihidangan dengan berbagai jenis hidangan sampingan untuk memberi variasi rasa enak kepada hidangan tersebut.  Ia selalunya dihidangkan kepada pesakit dan merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan air yang banyak sehingga beras nasi menjadi hancur, pekat dan lembut.  Untuk ini proses memasak lebih lama dari memasak nasi.  Bubur nasi boleh dijadikan hidangan untuk sarapan, makanan lewat malam, atau sebaga

Soto

Image
Main course- Soto Ayam Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong kecil dan direbus) 10 ulas bawang kecil    ) 2 inci halia                    ) 10 ulas bawang putih    )  Dikisar halus 1 inci lengkuas              ) 2 batang serai                )  1 paket rempah adabi 3 camb. ketumbar 20 biji lada hitam 2 biji buah keras Nasi impit (direbus sehingga masak) Pegedil ayam atau daging sambal kicap Daun sup, daun bawang dan taugeh secukupnya Cara membuatnya: 1.  Tumis ketumbar, buah keras dan lada hitam.  2.  Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau. 3.  Masukkan pes sup, kacau sebati hingga pecah minyak, kemudian masukkan air rebusan ayam. 4.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 5.  Ayam yang direbus, ditoskan dan dicarik-carikkan isinya. Sambal Kicap Bahan: 15 tangkai cili padi 6 ulas bawang putih 1/2 botol kicap manis 1 biji limau nipis Cara membuatnya: 1.  Blend cili dan bawang putih dan tambah

Karipap sardin

Image
Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 1 tin sardin (tin sedang) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 2 biji bawang putih (dicincang) 1 camb. cili kisar Garam dan gula secukupnya Sebiji limau nipis Cara membuatnya: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  Ketepikan dan sejukkan dahulu. 6.  Canaikan adunan tepung, letak inti ditengah adunan dan kelimkan tepi karipap tadi. 7.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

Tepung gomak

Image
Kuih tepung gomak juga dikenali sebagai Kuih Tepung Gomok, Abuk-abuk dan Kuih Buah Beluru.  Terdapat berbagai versi penyedian inti kuih ini antaranya inti yang disediakan dari kacang hijau yang bercampur dengan kelapa dan ada juga inti yang hanya menggunakan bahan utama kelapa sahaja yang dimasak bersama gula merah dan gula melaka. Bahan untuk salutan kuih: 500 gm kacang hijau Cara membuatnya: 1.  Basuh dan toskan kacang hijau. 2.  Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat. 3.  Kisar kacang sekejap untuk meleraikan kulitnya.  4.  Keluarkan dan tampi kulit kacang, kemudian kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung. 5.  Kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung yg halus. 6.  Simpan di dalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih. Bahan Inti: 1     biji       kelapa parut 200 gm       gula melaka (atau boleh gunakan gula merah) 1/2  cawan  gula pasir (secukup rasa) 1     camb.   tepung gandum Secubit  garam 1 hel

Lempeng pisang

Image
Lempeng Pisang Bahan: 4 biji pisang abu 1/4 cwn. gula pasir secubit garam 1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja) 2 cawan tepung gandum 1 cwn. air Sedikit minyak Cara memasak: 1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. 2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 3.  Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. 4.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dipermukaan kuali. 5.  Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi. 6.  Hidangkan bersama sambal ikan bilis. Nak lempeng ke nak lempang?  daripada lempang baik pilih lempeng.  Perut kenyang hati tak sakit.  Saya telah beberapa membuat lempeng pisang di rumah, tapi seperti kata anak "ibu! opah buat lagi sedaplah".  Sabar ajelah, memang lempeng opah buat tiada tandingan.  Buat ibu-ibu yang tengah nak naik angin kerana kenakalan anak, silalah masuk ke dapur dan sediakan lempeng daripada ngadap anak dan kemudiannya terasa seperti ada y