Posts

Sambal Terung Goreng

Image
Sambal Terung Goreng Bahan Sambal Belacan: 100gm bawang merah 100gm bawang putih 250gm cili merah 50gm cili padi 500gm tomato 200gm gula merah 25gm gula putih 25gm belacan * Tumbuk kesemua bahan ini sehingga lumat dan ketepikan. Bahan Menggoreng: 2 biji terung 1 senduk kuah sup ekor atau 1 camb. serbuk perasa chicken stock 2 camb sambal belacan 1 helai daun limau purut 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar) 1 biji bawang merah (ditumbuk kasar) Cara membuatnya: 1.  Goreng terung yang telah dipotong kecil-kecil dan ketepikan. 2.  Tumis kesemua bahan biar seketika sehingga naik bau, kemudian masukkan terung yang telah digoreng tadi. 3.  Biar seketika sehingga semua adunan sebati baru dihidangkan.

Udang Masak Lemak

Image
Udang Masak Lemak Nanas Bahan: 1 kgUdang sederhana besar 1/2 biji nenas 1 batang serai (diketuk) 10 biji bawang merah (dicincang) 10 biji cili merah (dihiris halus) 60gm pes cili kering 50gm kuniy (ditumbuk) 3 helai daun limau purut 1 biji kelapa (diambil santannya) Sedikit garam Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai, bawang, cli merah, pes cili dan kunyit. 2.  Setelah naik bau, masukkan santan, udang dan nanas yang telah siap dihiris nipis. 3.  Kacau sehingga mendidih dan masukkan daun limau purut untuk menaikkan baunya. 4.  Kacau rata sehingga sebati dan kuah agak pekat sedikit.  Hidangkan.

Ikan Masak Acar

Image
Ikan Masak Acar Bahan: 2 keping ikan tenggiri 200gm bawang merah (dibelah2) 200gm bawang putih (dibelah 2) 100gm halia (dimayang halus) 1 bji timun (dipotong memanjang 4/6 bahagian) 1 biji lobak merah (dipotong memanjang) 20gm Kunyit serbuk 30gm cili hijau 30gm cili merah 20gm biji sawi 50gm cuka 200gm minyak masak 10gm garam 50gm gula Cara memasaknya: 1.  Ikan tenggiri dibersihkan dan digoreng sehingga garing. 2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, lobak merah, bawang putih dan halia. 3.  Masukkan cuka dan air secukupnya 4.  Masak sehingga mendidih barulah dimasukkan ikan, biji sawi, timun, cili hijau dan cili merah.

Urap

Image
Urap Bahan: 1/2 biji kelapa parut 30gm udang kering 3 ulas bawang kecil 1 camb. cili kering kisar 1 biji limau nipis garam secukup rasa Ulam-ulam yang digemari (pegaga, daun selom, kacang botol dan dll.) Cara membuatnya: 1.  Tumbuk bawang kecil, udang kering dan garam. 2.  Gaul bahan tumbukan tadi bersama cili dan kelapa. 3.  Jerang sekejap atas api.  Angkat dan gaulkan dengan ulaman yang disukai.

Pengat keledek

Image
Pengat keledek Bahan: 1 biji keledek (sederhana besar) 1 keeping gula Melaka 2 camb. gula perang 4 cwn santan 2 camb. sagu mata ikan 3 helai daun pandan Cara memasaknya- 1.  Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu. 2.  Basuh dan rebus keledek sehingga separa empuk, tuskan airnya. 3.  Masukkan semua bahan lain kecuali keledek dan sagu, masak sehingga mendidih dan kemudian baru dimasukkansagu. 4.  Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih barulah dimasukkan keledek, biar sebentar sebelum ditutup apinya.

Lepat Pisang

Image
Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu khususnya masyarakat Minangkabau.  Kuih lepat pisang dikenali juga sebagai kuih belebat yang merujuk kepada jenis kuih yang dibuat dengan cara membungkusnya dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus. Bahan: Beberapa helai daun pisang (dilayurkan atas api seketika) 2 cawan pisang emas/embun (dilenyek halus) ¾ cawan tepung gandum (mengikut lembut adunan) 2 camb. tepung jagung (atau tepung beras) 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih saja) 2 camb. gula Melaka @ gula merah (dicincang halus) 4 camb. pati santan Secubit garam 200gm sagu kecil Cara membuatnya: 1.  Pisang yang sudah dilenyek, dicampurkan dengan bahan lain sebatikan. 2.  Pastikan adunan seperti adunan untuk membuat cucur pisang /jemput-jemput      pisang. 3.  Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang. 4.  Daun dilipat menindih dan lipatkan hujung kedua-dua bahagian. 5.  Didihkan air, dan letak pisang ya

Bingka Pandan-bahulu kemboja-Penganan-kuih bakar bijan

Image
Kuih Bingka Pandan Dikenali juga sebagai Bahulu kemboja, Penganan, kuih bakar bijan atau kuih bakar (Trengganu) Bahan: 2 cawan tepung gandum (diayak) 5 biji telur ayam (gred A) 600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air) 250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air) 2 camb. mentega, cair dan sejukkan 1/2 camt. garam 1/4 camt. pewarna hijau makanan Bijan secukupnya 1 cawan gula pasir sedikit minyak atau ghee (untuk disapu pada bekas dan mewangikan kuih) Cara membuatnya: Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi.  Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi. Panaskan oven danmasukkan acuan ke dalam oven, bila acuan telah panas keluarkan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tadi.  Bakas dalam10 - 15 minit keluarkan dan tabor bijan di atas permu

Pajeri Buah Ara

Image
Pajeri Buah Ara Pernah rasa tak.  Sayapun tak pernah.  Ini pertama kali saya jumpa ketika saya dijemput menjadi panel juri sebuah pertandingan masakan di Pulau Pinang.  Nampak sedap dan menyelerakan, Rasanya tentu sedap sekali.  Untuk yang tak pernah merasa macam saya nie, sini saya sharekan resepi yang saya perolehi dari peserta pertandingan.  Cubalah ya. Bahan- beberapa biji buah ara 3 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) 1 inci halia (dimayang halus) 5 ulas bawang merah        ) 2 ulas bawang putih          )  Dikisar halus 1 camb. udangkering        ) 1cm kulit kayu manis 6 camb. rempah kari ikan (dibancuh dengan air) sedikit minyak masak 2 camb. gula merah 2camb. kerisik Garam secukup rasa Cara memasaknya- 1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan rempah kari. 2.  Masukkan kerisik dan buah ara.  Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk dan sehingga       buah ara sedikit lembut. 3.  Masuk

Buah Melaka

Image
Onde-onde atau dikenali juga dengan nama buah melaka amat sedap dimakan dalam keadaan cuaca sejuk dan selalunya disajikan pada bulan puasa.  Di Indonesia ia dikenali sebagai "Klepon" dan di Brunei sebagai "kek punctured". Buah Melaka Bahan: 1 kg tepung pulut Air secukupnya sedikit pewarna daun pandan atau pewarna hijau 10gm pes daun pandan atau 20gm daun pandan(kisar ambil airnya) Gula Melaka secukupnya (dipotong kecil-kecil) kelapa parut (putih sahaja) secukupnya Cara memasaknya: 1.  Gaul tepungpulut dengan air sehingga adunan boleh dikepal. 2.  Tambah pewarna dan pes daun pandan, sebatikan adunan. 3.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak gula Melaka ditengahnya dan bulat-bulatkan. 4.  Didihkan air didalam periuk dan masukkan buah Melaka yang telah dibulatkan tadi, biar hingga adunan timbul barulah diangkat. 5.  Masukkan adunan ke dalam campuran kelapa parut putih dan sedikit garam, gaul sebatidan bolehlah dihidangkan.

Bihun goreng

Image
Bihun Goreng  Bahan: 1 pkt bihun (direndam) 1 batang lobak merah (dihiris halus) 1 ikat sawi (dibersihkan) 200gm daging cincang 2 kg udang (dibersihkan) 3 biji telur Bawang goreng secukupnya Serbuk perasa secukupnya Minyak untuk menumis Cili kisar secukupnya Bahan kisar: 3 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1/2 cwn. udang kering (dicuci bersih) 1 camt. serbuk lada putih 20gm daun sup 20gm daun bawang cili merah 100gm taugeh, kucai, daun sup dan daun bawang Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan perasa secukupnya. 3.  Masukkan bihun yang telah disejat terlebih dahulu. 4.  Gaul sebati bihun bersama bahan tumisan, kumudian masukkan sayuran dan bahan selebihnya. 5.  Masak sehingga bihun lembut dan airnya sedikit sejat. 6.  Angkat dan hidang bersama daun bawang, bawang goreng, daun sup dan cili merah.

Samosa

Image
Vegetable Samosa Bahan: 4 camb. minyak masak 8 biji ubi kentang (dikupas dan dipotong kiub 1/2 inci) 2 biji bawang besar (dicincang) 1 cwn. mix vegetable 6 camb. rempah kari daging Kulit popia secukupnya Cara memasak: 1.  Panaskan minyak.  Masukkan kentang dan bawang, kacau 15 minit atau sehingga kentang lembut. 2.  Masukkan mix vegetable dan rempah kari.  Masak 5 minit dan sejukkan. 3.  Potong kulit popia kepada 2 bahagian untuk menjadikan kulit popia tersebut kepada 2 bentuk segitiga. 4.  Letakkan inti.  Letakkan air dipenjuru kulit popia.  Balutkan kulit popia dan tekankan sedikit dihujungnya. 5.  Goreng samosa dan biarkan kekuninggan baru diangkat.  Nota- Samosa dikatakan berasal dari tanah Arab dan diperkenalkan ke India pada kurun 13-14 sebelum masihi oleh para pedagang.  Samosa yang asli disediakan dari campuran daging, minyak sapi, bawang dan bahan yang lain.   Samosa juga dikenali sebagai "samushak" atau "Sambusak" sejen