Posts

Laksa Johor

Image
Main course BAHAN UNTUK KUAH: 500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar. Air rebusan disimpan) 2 liter santan (2 biji kelapa) 40 gm udang kering (rendam dan kisar) 50 ml air asam jawa 60 ml minyak masak 50 gm daun kesom (kisar halus) 5 batang serai 1oogm kerisik   BAHAN UNTUK PES: 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk kari ikan 2 sudu besar cili kisar nota: Jintan manis dan ketumbar perlu disangai terlebih dahulu dan ditumbuk sehingga halus.   BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu kecil lada hitam sedikit halia sedikit cili kering sedikit udang kering   BAHAN HIASAN: Timun (potong nipis dan memanjang) Lada merah (hiris) Bawang besar (hiris) Daun selom Kacang panjang (hiris halus) Telur rebus dan belah dua Limau kasturi (belah dua) Sedikit lobak masin Sedikit taugeh Sedikit hirisan daun selom Sambal belacan   CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minya

Paru goreng

Image
BAHAN-BAHAN: 500 gm paru Air secukupnya untuk merebus 2 cawan minyak BAHAN REMPAH: 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih Garam secukup rasa 1 sudu besar air CARA MENYEDIAKAN: 1.Rebus paru hingga empuk. Sejukkan. 2.Hiris paru nipis-nipis dan lebar. 3.Gaulkan dengan bahan-bahan rempah dan air, perap selama 25 hingga 30 minit. 4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.

Sayur kailan

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm kailan Hong Kong 6 keping cendawan hitam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung jagung Sedikit air Gula dan garam CARA MENYEDIAKAN: 1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan. 2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Masak lemak udang pucuk paku

Image
BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk paku 200 gm udang 2 cawan santan 9 tangkai cili padi (tumbuk) 3 cm kunyit hidup (tumbuk) 1 keping asam gelugur CARA MENYEDIAKAN: 1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk. 2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih. 3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi. 4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api Tip nak bagi sodap masakan: 1. Gunakan kunyit hidup tetapi jgn terlalu banyak. 2. Santan fresh jgn guna kotak punya kay...

Nasi Kerabu Utara

Image
Nasi Kerabu Bahan untuk nasi –             300       gm                    Beras             1 ½       batang              Serai             2           helai                  Daun limau purut             2           helai                  Bunga itik Bahan untuk panggang –             2           ketul                 Ayam             1           batang              Serai (dititik)             2           biji                    Bawang merah (dikisar)             2           tangkai             Cili kering (dikisar)             1           camb.                Santan             1           camb.                Gula Cara membuatnya – Masak nasi seperti biasa bersama bahan lain. Kesemua bahan kisar dicampurkan ke atas ayam dan gaulkan serta perapkan sehingga 2 hingga 3 jam. Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama nasi, sambal budu dan sambal tumis. Nasi Kerabu Bahan untuk nasi – 300 gm Beras 1 ½ batang

Kurma Daging

Image
Kurma Daging Bahan-bahan: 1 kg daging (dipotong) 5 ulas bawang merah (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 1/2 inci halia (dihiris) 2 camb. rempah kurma 1 1/2 cawan air 3 biji ubi kentang 1 biji tomato 3 biji cili hijau garam dan gula secukup rasa Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris. Goreng sehingga terbit bau. 2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh sedikit air, tumis sehingga pecah minyak 3. Masukkan air, daging dan ubi kentang. 4. Bila daging empuk dan kuah menjadi pekat, masukkan santan dan bahan perasa. 5. Masukkan tomato dan cili. Tutup api bila kuah menjadi pekat.

Sup Ikan merah

Image
Sup Ikan Merah Bahan:  1 ekor Ikan merah (sederhana besar) 5 biji kentang 1 paket suun Bahan tumisan: 2 sup bunjut adabi 2 ulas bawang putih (dihiris) 10 biji bawang merah (dihiris) 3 batang serai (diketuk) 4 kuntum bunga lawang 9 biji buah pelaga 5 biji bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 8 inci halia (diketuk) 5 biji tomato (dibelah 4) Bahan hiasan: 10gm daun sup (dihiris) 10gm daun bawang (dihiris)  Bawang goreng secukupnya   Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya. 3. Setelah semua ramuan sebati dan mendidih, masukkan ikan. 4. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya, setelah ikan masak masukkan tomato. 5. Tutup api dan taburkan bahan hiasan masakan.

Lineis

Image
Lineis Bahan: 1 cawan beras pulut merah (kalau tak ada boleh guna beras pulut perang/ biasa) 1 cawan beras pulut hitam 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) Gula secukupnya Daun pisang secukupnya Cara membuatnya: 1.  Kukus beras pulut berasingan sehingga separa masak (lembut). 2.  Kelapa parut dicampurkan dengan gula secukupnya serta sedikit garam. 3.  Campurkan beras pulut dan gaul sebati, kemudian letakkan di atas daun pisang. 4.  Letakkan kelapa parut ditengah beras pulut sebagai inti, balut seperti membalut kuiuh lepat. 5.  Kukus sehingga masak.

Hotshot sweetcorn

Image
Anda tengah berdiet; ini mungkin sesuai untuk anda Bahan: 3/4 tsp serbuk lada hitam 2 biji/ serbuk cili kering/cili merah (dibuang biji) 3/4 tsp garam 1/2 tsp gula 3 tongkol jagung manis (bersihkan) 75gm butter 1 biji bawang besar (dicincang halus) Cara: 1.  Campurkan lada, cili, garam dan gula ke dalam kuali, dan biar hingga naik bau bersama sedikit minyak masak. 2.  Potong jagung dan rebus sehingga masak. 3.  Cairkan butter, masukkan bawang dan campuran lada, angkat.  Sebatikan dengan jagung.

Wadai Kepeng

Image
Wadai kepeng (Dessert) Bahan: 1    paket tepung pulut 2/3 cawan santan 6    cawan air 2    keping gula Melaka 4    keping gula pasir 3    helai daun pandan Cara membuatnya: 1.  Bancuh tepung pulut dengan air dan sedikit garam. 2.  Gentelkan aduna dalam bentuk bulat-bulat kecil dan leper. 3.  Masukkan air dalam periuk, campurkan gula Melaka, gula pasir dan daun pandan. 4.  Masak sehingga gula hancur. 5.  Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau sebati. 6.  Masukkan adunan yang telah digentelkan sebentar tadi, bila timbul bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nasi Briyani Ayam

Image
Nasi Briyani Ayam Bahan untuk nasi: 500gm beras Basmathi (direndam 40 minit atau sejam) 400ml stok ayam 200ml susu sejat 1/2 ekor ayam (dibersihkan) 2 camb. rempah biryani garam dan serbuk perasa secukupnya 2 biji tomato (dicincang halus) 2 camb. air panas  1/2 cwn. kismis campuran 1/2 cawan badam (dipanggang) Bahan tumis: 5 biji bunga cengkih 6 biji buah pelage 4 biji bunga lawing 2 batang kulit kayu manis 2 biji bawang besar (dihiris) 5 ulas bawang merah (dihiris) 4 ulas bawang putih (dihiris) 4 cm halia (dimayang) 2 batang serai (dititik) Bahan perapan ayam: 1 cwn. bawang goring 1/2 cawan dadih asli 1/2 biji lemon (diambil kulit dan jusnya) sedikit daun ketumbar Segenggam daun pudina bawang putih (ambil sedikit dari bahan tumis) Halia (ambil sedikit dari bahan tumis) sedikit lada hitam Cara memasak ayam: 1.  Masukkan semua bahan perapan ayam ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. 2.  Panaskan minyak sapi dalam kuali. 3.  Ratakan ayam

Ayam Masak Kicap Berempah

Image
Ayam Masak Kicap Berempah Bahan: 1 ekor       Ayam (dipotong kecil dan digoreng separuh masak) 7 biji cili merah           ) 10 bji cili kering          )  Dikisar 15 biji bawang merah  ) 5 las bawang putih      ) 1 inci halia                  ) 2 ulas bawang besar (dipotong bulat-sebagai hiasan) 30 gm     Kacang peas 2 camb.  Sos tomato 3 camb.  Sos cili 3 camb.  Kicap pekat/manis 1 camt.   Serbuk jintan manis 1 camt.   Serbuk jintan putih 2 camb.  Serbuk lada hitam 400ml    Santan 1/2 cawan minyak masak Cara memasak: 1.  Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sampai pecah minyak. 2.  Masukkan ayam, dan semua bahan yang lainnya.  Biarkan mendidih selama 10 minit dengan api sederhana. 3.  Akhir sekali masukkan kacang peas, bawang besar dan cili merah. 4.  Sedia untuk dihidangkan.

Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery

Image
Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery Bahan: 1 tin cendawan butang 50gm daun celery 100gm tang hoon (suhuun) 1 camb. sos tiram 3/4 camt. gula 2 camt. kicap soya cair sedikit lada putih 150ml air 2 camb. minyak jagung 2 ulas bawang putih (potong lumat) sedikit garam, minyak bijan 100gm udang sederhana besar Cara membuatnya: 1.  Potong daun celery dan cendawang butang. 2.  Rendamkan suhuun sehingga lembut, sejatkan. 3.  Panaskan bahan tumisan, sehingga naik bau dan kemudian sayuran dan bahan perasa. 4.  Masukkan udang dan suhuun gaul masak sebati bersama bahan lain.