Posts

Nasi Aruk

Image
Nasi Aruk Bahan: Nasi putih secukupnya Segenggam ikan bilis 3 ulas bawang putih (cincang halus) 1 biji bawang besar (hiris bulat) garam secukupnya 2 camb. minyak masak sedikit udang atau daging lada sulah secukupnya 2 biji telur Cara memasak: 1.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan. 2.  Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur gaul sebati. 3.  Masukkan udang atau daging masak sehingga sekata. 4.  Masukkan nasi, bahan perasa dan ikan bilis  Goreng sehingga nasi serata Nota-    Nasi aruk yang asal hanya menggunakan bahan asas seperti nasi putih, ikan bilis, garam dan sedikit minyak masak sahaja.  Nasi aruk merupakan sejenis nasi goreng traditional masyarakst melayu Sarawak.  Tidak seperti nasi goreng biasa, nasi aruk yang asal tidak menggunakan minyak untuk menggoreng nasi.    Nasi aruk selalunya dimasak juga dengan menggunakan campuran ikan terubuk masin dan buah dabai (sejenis buah eksotik yang terdapat di Sarawak).  Buah dabai

Ikan Ampap

Image
Bahan: 1 kg ikan tenggiri (nak guna ikan apapun boleh) 100gm bawang merah 30gm bawang putih 30gm halia 30gm kunyit hidup 150gm cili boh Asam keping secukupnya (atau asam jawa secukupnya) 5 batang serai Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara memasaknya: 1.  Bersihkan ikan dan potong setebal yang bersesuaian. 2.  Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili digiling halus. Masukkan bahan giling, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali.  Masak sehingga sebati. 3.   Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. 4.  Kecilkan api dan rendidhkan sehingga pekat.

Sup Ayam

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm pes sup pekat Adabi 2 paket sup bunjut Adabi 1 ekor ayam kampung Bawang goreng Air secukupnya BAHAN KISAR: Setangkai daun bawang Setangkai daun sup 450 gm kentang (rebus) 2 1/2 labu bawang besar 6 ulas bawang putih CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut. 2. Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar, taburkan bawang putih.

Laksa Sarawak

Image
Bahan: 2 bungkus pes laksa Sarawak 2 bungkus bihun 500gm      udang basah 2 ketul      bahagian dada ayam 500ml       santan pekat 8 biji         telur 1 kiub       serbuk perasa ayam 2 camb.     sos tiram garam dan gula Bahan tambahan: 500gm taugeh dicelur 50gm   daun pudina 10 biji  limau kasturi Isi ayam yang telah dicarik-carikkan Udang yang telah dicelur Telur yang telah didadar nipis daun pudina bawang goreng Bahan utk sambal belacan (kisar lumat): 15 biji cili padi 5 batang cili merah 1 sudu kecil belacan  6 biji limau kasturi (ambil air jusnya) garam dan gula 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 5 sudu besar cili kisar 5 sudu besar udang kering (ditumbuk) pes asam jawa minyak untuk menumis Bahan Perencah Laksa Sarawak: Bahan A- 15 ulas      bawang merah 6   ulas      bawang putih 20 tangkai cili kering (dikisar) 1   cm        lengkuas 4 batang    serai Sedikit belacan 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 1/2 sudu ke

Bengkang Pandan

Image
Yang nie kalau pekena petang-petang memang sedap.  Originalitynya pakar membuat bengkang nie selalunya mai dari belah utara.   So sesapa yang terasa nak bermak mertuakan orang utara atau nak bersuamikan orang utara mesti kena pandai buat bengkang.  Istimewanya bengkang nie bila ianya mula dibakar, pergh!  bau wangi daun pandan memang harum semerbak. Bengkang Pandan Bahan: 2 cawan tepung gandum (diayak) 5 biji telur ayam (gred A) 600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air) 250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air) 2 camb. mentega, cair dan sejukkan 1/2 camt. garam 1/4 camt. pewarna hijau makanan Cara membuatnya: 1.  Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi. 2.  Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi. 3.  Panaskan oven danmasukkan a

Pandan Cake

Image
Resepi Kek Pandan Berlayer Bahan-bahan : Bahan-bahan untuk kek: 1) 5 biji telur 2) 125g gula 3) 125g tepung gandum* 4) 1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak) 5) 75ml minyak masak 6) 15g ovalette 7) 4oml air daun pandan + pewarna hijau Bahan-bahan untuk kastard:- Bahan A: 1) 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan) 2) 180g gula 3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera Bahan B: 1) 400ml santan pekat dalam kotak 2) 85g tepung Hoen Kwee hijau 3) 1 sudu teh pewarna hijau 4) 1/8 sudu teh garam halus Cara-cara: 1) Satukan telur, ovalette, dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga air daun pandan dan sedikit pewarna. Gaul rata. 2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai yang digris dengan butter. Bakar pada suhu 175°C selama 50 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk. 3) Satukan

Laksa Johor

Image
Main course BAHAN UNTUK KUAH: 500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar. Air rebusan disimpan) 2 liter santan (2 biji kelapa) 40 gm udang kering (rendam dan kisar) 50 ml air asam jawa 60 ml minyak masak 50 gm daun kesom (kisar halus) 5 batang serai 1oogm kerisik   BAHAN UNTUK PES: 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk kari ikan 2 sudu besar cili kisar nota: Jintan manis dan ketumbar perlu disangai terlebih dahulu dan ditumbuk sehingga halus.   BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu kecil lada hitam sedikit halia sedikit cili kering sedikit udang kering   BAHAN HIASAN: Timun (potong nipis dan memanjang) Lada merah (hiris) Bawang besar (hiris) Daun selom Kacang panjang (hiris halus) Telur rebus dan belah dua Limau kasturi (belah dua) Sedikit lobak masin Sedikit taugeh Sedikit hirisan daun selom Sambal belacan   CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minya