Bubur Ruya
Jom kita cuba masakan negeri Sarawak pula. Bagi pengemar ubi kayu, mungkin anda kena cuba resepi ini. Sedap, mengenyangkan dan layan.... Bahan: 1 kg isi ubi kayu (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil) 4 helai daun pandan gula dan garam secukup rasa 1/2 cawan beras pulut (atau segenggam sahaja) 1 cwn santan Cara memasaknya: 1. Isi ubi direbus sehingga separa empuk dan kemudian ditambah beras pulut ke dalamnya. 2. Dengan api yang perlahan dan setelah keduanya empuk dan lembut, masukkan bahan lain ke dalamnya. 3. Masak sehingga aroma daun pandan keluar. Tutup api dan hidang.