Posts

Ayam goreng berempah

Image
Ayam Goreng Berempah Sedap Bahan-bahan : 1/2 ekor ayam - potong kecil 1-2 sudu besar serbuk kari daging Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal) Garam secukup rasa Beberapa helai daun limau purut - diracik halus Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar Halus: 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Bahan Kisar Kasar: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit) 2 batang serai Cara penyediaan: Basuh ayam dan potong kecil. Toskan. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.   Angkat dan toska

Asam Pedas

Image
  Ini resepi yg diambil dari Dapur tanpa sempadan www.tiffinbiru.com version Asam pedas ikan kembung BAHAN-BAHANNYA :-) 3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar 10 batang bendi, cuci dan toskan 15 biji tomato ceri 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan 1 1/2 senduk nasi cili kisar 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus 1 kiub pati ikan bilis 3 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris 3/4 camca besar pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 keping hirisan halia 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci belacan 2 biji cili merah, dibuang biji CARA MEMBUATNYA :-) Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang. Masukkan bahan2 kisar h

Cik mek molek

Image
Bahan bahan 4 biji Ubi keledek oren Tepung gandum secukupnya Sedikit gula Cara cara: Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.   Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.  Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

Contoh hidangan lengkap Nasi lemak

Image
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering.  Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.

Sambal telur

Image
Sambal telur Bahan: beberapa biji telur yang direbus 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 ketul halia dihiris halus bebrapa sudu makan cili kisar sedikit garam dan gula. Cara memasak: 1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak. 3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

Nasi Dagang

Image
Resepi Nasi Dagang Terengganu: Bahan-bahan untuk Nasi: - NASI DAGANG TERENGGANU BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang)   1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 2 cawan santan segar 1 cawan santan cair 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa 1 helai daun pandan 6 biji bawang merah, hiris halus 2 inci halia, mayang halus 1 camca the halba Atau 4 cawan beras biasa * – beras Jati) 1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam 2 sudu halba 6 ulas bawang merah 2 inci halia CARA MEMBUATNYA- 1.    Panaskan kukusan. 2.   Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.   N asi dikukus dengan santan cair hingga masak. 3.   Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dala

Daging panggang sos oren

Image
Bahan: 350gm daging (bahagian top side) 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah 1cm halia sedikit lada hitam garam secukup rasa 1 biji buah oren 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 1cm kulit kayu manis 1 camb. rempah allspice air secukupnya 1 camt. minyak masak Cara memasaknya: 1.  Bersihkan daging. 2.  Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada dan halia. Campurkan bahan ini dgn perahan setengah biji oren dan minyak masak; gaul rata pada daging.  Perapkan juga bersama buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan garam.  Perap selama 10-30 minit. 3.  Panaskan minyak dalam kuali non stick, letakkan daging dan tambahkan sedikit air utk empukkan daging.  Balik-balikkan supaya daging masak sekata, biar sehingga air daging menjadi pekat. 4.  Angkat daging, perahkan baki oren ke dalam kuah daging yg terdapat di non stick pan tersebut, dan didihkan sebentar. 5.  Buang rempah ratus yg ada dan curahkan kuah ke atas daging, hidan

Salad yogurt

Image
Bahan: 1 biji epal hijau (didadu tanpa dibuang kulitnya) 1 biji buah oren (ambil isinya) 1/2 biji isi buah naga merah (didadu) 3 biji strawberry (dibelah 4) 1/4 cwn. buah beri biru 1 cwn nanas cube 1 cawan betik (didadu) 1 biji timun (dibuang empulur dan didadu) 1/2 cawan yogurt tanpa lemak 2 camb. madu 1/2 cwn kacang parang panggang Cara menyediakannya: 1.  Satukan semua bahan, tabur sedikit garam dan gaul rata. 2.  Didalam mangkuk berasingan satukan yogurt dan madu dan gaul sebati. 3.  Ketika hendak menghidang baru gaul sebati buahan dengan yogurt dan kacang parang. 

Spagetti Bolognese

Image
Bahan: 425gm Pasta spagetti 3camb. minyak zaitun 2 biji bawang putih (dicincang) 2 biji bawang besar (dicincang) 4 batang saderi 500gm daging cincang 2 camb. puri tomato 425gm tomato (dicincang) 150ml stok daging garam dan lada sulah secukup rasa 2 camb. Oregano 2 camb. keju parmesan 300gm Prego Traditional Tomato Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dengan api sederhana.  Goreng bawang dan daun saderi, selama 5 minit dan kemudian masukkan bawang putih dan daging cincang. 2.  Masak sehingga naik bau atau 10 minit lebih sehingga daging bertukar warna. 3.  Besarkan api, masukkan puri tomato, kacau dalam 2 minit. 4.  Kemudian masukkan tomato cincang, stok daging, bahan perasa dan origano, tutup kuali dan renihkan masakan selama 30 mint dalam api perlahan sambil dikacau sekali-sekala. 5.  Masak pasta dalam periuk besar berisi air, minyak zaitun dan sedikit garam sehingga pasta lembut sempurna. 6.  Toskan pasta, campurkan sedikit minyak zaitun dan gaul sebati aduna

Chicken Tikka Masala

Image
Bahan: Untuk perapan ayam- 2 cwn plain yogurt 2 camb. jus lemon 1 camb. cili merah pedas 1 camb. jintan putih (dikisar) 1 camb. halia segar (dicincang) 1 camb. jus halia 2 camb serbuk kulit kayu manis garam secukupnya 1 camt. serbuk lada sulah 2 kg ayam (bahagian isi- dipotong dadu) lidi secukupnya Untuk sos- 2 camb. mentega 2 camb. bawang putih cincang 2 camb. cili hijau (potong dadu) 1 camt. serbuk jintan putih 1 camt. garam dan paprika 2 cwn. tomato puri 1 cwn. krim anchor 1/2 cwn. krim masam/ yogurt Cara memasak: 1.  Untuk perapan ayam-      Campurkan semua bahan, sebatikan dan perap bersama ayam selama 30 minit-1 jam. 2.  Untuk sos-      Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumis bawang putih dan cili hijau      sekejap.  Perasakan dgn. bahan perasa.  Masukkan bahan selebihnya.  Reneh dengan api perlahan      sehingga sos menjadi pekat. 3.  Cucuk ayam pada lidi dan panggang sehingga masak.  Setelah masak angkat dan sapu di

Nasi Lemon dgn Daun Kari

Image
Bahan: 4 cwn. beras basmati 8 cwn. air 2 camt. garam 12 camb. jus lemon 4 camb. minyak sapi 4 camt. biji sawi 5gm daun kari 4 camt. kulit lemon Cara memasaknya: 1.  Basuh beras sejatkan, tambah 8 cawan air dan rendam selama 2 jam di dalam periuk memasak. 2.  Masukkan garam dan separuh jus lemon, didhkan bersama nasi tadi. 3. Tutp periuk dan renehkan 15 minit sehingga air diserap, tuutp api bila nasi telah masak. 4.  Panaskan minyak sapi dan masukkan biji sawi, daun kari, masak sekejap dan masukkan ke dalam nasi. 5.  Tambahkan kulit lemon dan jus lemon, kacau dan ratakan semua adunan hingga sebati.

Puding Kastard Fruit Coktail

Image
  Bahan utk sos kastard: 400ml susu sejat ideal 200ml air 200gm gula 1 biji telur 1 camt. esen vanila 2 camb. tepung kastard 1 tin fruit coktail (asingkan sirapnya) Cara memasaknya: Satukan semua bahan sos kecuali fruit coktail, masak atas api perlahan hingga gula larut dan adunan menjadi sedikit pekat.  Angkat dan sejukkan.  Bahan utk. puding kastard: 140gm tepung kastard (1 cwn) 1/2 camt. garam 12000ml air 2camb gula 1/2 tin susu pekat manis Cara memasaknya: 1.  Campurkan semua bahan, masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 2.  Masukkan adunan kastard ke dalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (utk memudahkan puding dikeluarkan nanti). 3.  Hentak sedikit acuan utk menyamaratakan puding dan sejukkan. 4.  Hidang puding bersama sos kastard dan dihias dgn fruit coktail.  Selamat mencuba....

Sambal tumis Cili Hijau Kelabit

Image
Bahan: 8 biji cili hijau 20 biji cili padi hijau 5 biji bawang merah 1 biji tomato hijau (dicincang) 1/2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 camb. jus lemon garam dan gula secukupnya. Cara memasaknya: 1.  Kukus cili hijau & cili padi selama 8-10 minit, angkat dan sejukkan. 2.  Tumbuk cili tadi dengan bawang sehingga lumat. 3.  Panaskan minyak dan goreng cili ini sehingga garing. 4.  Angkat, masukkan jus lemon, garam, gula dan ikan bilis, gaul rata dan hidang