Posts

lontong

Image
Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya.... Resepi: 1/2 biji kobis 1 biji karot kacang panjang  tempe- dipotong dan di goreng sebentar. Sengkuang  1 paket suhun ( 50 g ) 1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g) 100 g udang basah (udang kering pun boleh) 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat ) garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili merah 1 inci kunyit hidup 3/4 inci halia 3/4 inci lengkuas (ketuk) 1 batang serai (ketuk) Cara penyediaan 1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih. 3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar     s

Soto Banjar

Image
Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil. Bahan Sup Soto-  1/4 ekor ayam  2 liter air *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa) Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus: 1 batang kulit kayu manis 4 biji cengkih 1/2 biji buah pala 3 biji bunga lawang-  3 biji pelaga * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu. Bahan kisar: 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Garam Serbuk lada putih     Bahan Tambahan: Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut Telur rebus Ketupat/nasi impit Begedil kentang/begedil daging Bawang goreng Daun sup/saleri Sambal kicap Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu) Limau kasturi Cara: 1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus. 2. Tumis bahan ki

Cendawan goreng tepung

Image
Ini febret anak saya yang sulung.  Wah! kalau dia nampak dalam freeze ada cendawan nie pun dah cukup buat dia senyum lebar, kalau digoreng ranggup camnie apatah lagi.  Habis nasi dalam periukpun xsedar dikerjakannya. Bahan-bahan : cendawan  cuci 1 cawan tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu) 1 sudu besar tepung jagung 2 camb. tepung tempura Sedikit lada sulah Garam secukupnya -  Adun sebati semua jenis tepung, kepekatan perlu untuk memastikan ketebalan dan     keranggupannya  nanti.   -  panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup    cendawan dalam tepung dan goreng sampai kekuning-kuningan. -  Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis

Nasi Daging

Image
Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).   Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.  Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.  Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nasi ayam.  Ha!  dapat idea, guna method nasi ayam saya buat nasi daging.  Ramu

kerabu sotong

Image
Kerabu sotong nie ada banyak version.  Ini version pertama kita buat ala Thai. Bahan-bahan : 10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap Bahan dimayang: 2 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar holland 2 batang serai   Cili besar @ cili padi  6 batang kacang panjang - potong nipis 2 biji tomato - potong dadu 2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus Garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus.  2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata. 3) Siap untuk di hidangkan. Ini pula version yang paling saya suka. Bahan-bahan: 400 gm sotong 1 ulas bawang besar – dimayang 1 biji tomato – dipotong dadu 1 biji lada merah 3 biji cili padi 3 batang serai 2 kuntum bunga kantan 4 tangkai daun kesum 5 sudu besar sos ikan 6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan Garam dan gula secukup rasa. Cara-cara: Sama je cara cam resepi kat atas tapi ada tambahan peng

Pulut mangga

Image
Bahan A 2 cawan beras pulut Air separas beras pulut Bahan B 1 kotak kecik santan segera 2 cawan air 1 camb. tepung jagung 1 camt. garam 4 camb. gula 1 helai daun pandan Bahan C 4 biji Mangga yang ranum Cara penyediaan : 1.  Cuci beras pulut , masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak. 2.  Sambil itu, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung      jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.  Padamkan api. 3.  Setelah masak bancuhan santan, masukkan sedikit santan (sekadar untuk memalutkan pulut      tersebut) dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk. 4.  Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.

Ayam goreng berempah

Image
Ayam Goreng Berempah Sedap Bahan-bahan : 1/2 ekor ayam - potong kecil 1-2 sudu besar serbuk kari daging Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal) Garam secukup rasa Beberapa helai daun limau purut - diracik halus Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar Halus: 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Bahan Kisar Kasar: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit) 2 batang serai Cara penyediaan: Basuh ayam dan potong kecil. Toskan. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.   Angkat dan toska

Asam Pedas

Image
  Ini resepi yg diambil dari Dapur tanpa sempadan www.tiffinbiru.com version Asam pedas ikan kembung BAHAN-BAHANNYA :-) 3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar 10 batang bendi, cuci dan toskan 15 biji tomato ceri 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan 1 1/2 senduk nasi cili kisar 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus 1 kiub pati ikan bilis 3 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris 3/4 camca besar pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 keping hirisan halia 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci belacan 2 biji cili merah, dibuang biji CARA MEMBUATNYA :-) Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang. Masukkan bahan2 kisar h

Cik mek molek

Image
Bahan bahan 4 biji Ubi keledek oren Tepung gandum secukupnya Sedikit gula Cara cara: Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.   Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.  Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

Contoh hidangan lengkap Nasi lemak

Image
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering.  Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.

Sambal telur

Image
Sambal telur Bahan: beberapa biji telur yang direbus 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 ketul halia dihiris halus bebrapa sudu makan cili kisar sedikit garam dan gula. Cara memasak: 1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak. 3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.