Posts

Bubur pulut hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 1/2 cawan pulut hitam 6 cawan air, untuk merebus pulut 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul 3/4 cawan gula putih 1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung Cara Penyediaan: Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tips : Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan m

Masak lemak sayur manis labu

Image
  BAHAN-BAHAN: 500 ml santan cair 250 ml santan pekat 30 gm udang kering | dikisar 3 ulas bawang merah | dikisar 12 tangkai pucuk manis | ambil bahagian mudanya 1 batang serai | dititik 1 helai daun kunyit 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji cili merah | dihiris 1 biji cili hijau | dihiris 1 biji tomato | dipotong empat Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Didihkan santan bersama dengan serai dan bawang merah. 2. Setelah itu masukkan udang kering dan labu. Masak sehingga labu empuk. 3. Kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam. 4. Masukkan pucuk manis dan masukkan juga bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Masak sehingga sayur layu. 5. Sedia untuk dihidang.

Ikan cencaru Sumbat

Image
Bahan-Bahan: 4 ekor ikan cencaru sedikit garam sedikit kunyit minyak untuk menggoreng 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar   Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 3 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 1 batang serai, optional 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka garam secukupnya Cara-cara untuk memasak:   Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Cara-cara untuk masak sambal:   1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Laddu

Image
  Bahan: Secubit garam 2 cawan gula pasir 2 cawan santan pekat ½ camca esen vanila 1 cawan beras pulut, direndang & digiling halus 1 biji kelapa, diparut, direndang & digiling halus ¼ cawan gula melaka yang telah dicairkan 2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan Bahan-bahan tabur: 1 cawan santan 1 camca gula merah yang telah dicairkan 1 camca gula pasir 2 camca tepung jagung Cara memasak:   Campurkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, esen vanila & daun pandan dalam sebuah periuk. Masak hingga mendidih & gula hancur. Didihkan dengan kuat selama 2-3 minit. Kecilkan api. Masukkan pulut & kelapa yang telah digiling tadi. Masaklah dengan dikacau perlahan-lahan hinga campuran itu menjadi sangat pekat & kental. Tuangkan ke atas kertas berlilin & ratakan supaya menjadi lapisan tebal 2.5 cm. Ratakan permukaannya. Biarkan ia beku. Cara membuat tabur: Satukan semua bahan dalam sebuah kuali. Panaskan pe

Ikan kurau masak asam

Image
BAHAN-BAHAN: 200gm ikan kuraul dibasuh dan ditoskan 2 biji bawang besar | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 5 biji cili kering l dipotong 2cm halia l dihiris Air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya   CARA MEMASAK:  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan       toskan. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 3. Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata. 4. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat. 5. Masukkan ikan masin talang dan gaul sebati. 6. Angkat dan sedia dinikmati dengan nasi panas.

Bubur lambuk

Image
Bubur Lambuk Ala Kampung Baru  Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging tetel [potong kecil] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan] garam/gula secukup rasa air 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat] 1 cawan bawang goreng 4 ulas bawang putih [dimayang] 2 biji bawang besar [dimayang] 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis] Rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba 2 biji buah keras [ditumbuk] Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus] 1 sudukecil jintah manis (atau jintan putih) 1 sudukecil ketumbar 1 sudukecil lada sulah 1 sudukecil lada hitam Bahan-bahan sampingan [optional] : 2 batang carrot dipotong dadu 1/2 cawan kurma dibuang biji bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Bawang goreng Cara-cara memasak:

Sup tauhu sumbat inti daging

Image
Bahan : Tauhu - dipotong dua secara serong Isi Ayam/daging lembu - cincang Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) Bawang merah dan putih - dihiris Cara: - Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.  Korek isi tauhu. - Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam. - Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi. - Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih,    masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh    dimasukkan sekali ke dalam sup. - Perasakan dgn garam.