Posts

Nasi Bubur Daging

Image
Nasi Bubur Daging   Bahan –             80         gm                    Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)             800       ml                     Air             1           tin                     Susu Sejat F&N             2           camb.                Lada hitam             250       gm                    Daging (dihiris kecil dan direbus)             3           cm                    Halia                             )             3           ulas                   Bawang merah             )   Dihiris halus             3           ulas                   Bawang putih               )             3           cm                    Kulit kayu manis             2           kuntum             Bunga lawang             3           camb.                Marjerin             Garam sebagai perasa   Hiasan –             Bawang goreng             Hirisan daun sup Cara membuatnya – Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis dan bunga

Bubur pulut hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 1/2 cawan pulut hitam 6 cawan air, untuk merebus pulut 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul 3/4 cawan gula putih 1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung Cara Penyediaan: Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tips : Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan m

Masak lemak sayur manis labu

Image
  BAHAN-BAHAN: 500 ml santan cair 250 ml santan pekat 30 gm udang kering | dikisar 3 ulas bawang merah | dikisar 12 tangkai pucuk manis | ambil bahagian mudanya 1 batang serai | dititik 1 helai daun kunyit 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji cili merah | dihiris 1 biji cili hijau | dihiris 1 biji tomato | dipotong empat Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Didihkan santan bersama dengan serai dan bawang merah. 2. Setelah itu masukkan udang kering dan labu. Masak sehingga labu empuk. 3. Kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam. 4. Masukkan pucuk manis dan masukkan juga bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Masak sehingga sayur layu. 5. Sedia untuk dihidang.

Ikan cencaru Sumbat

Image
Bahan-Bahan: 4 ekor ikan cencaru sedikit garam sedikit kunyit minyak untuk menggoreng 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar   Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 3 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 1 batang serai, optional 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka garam secukupnya Cara-cara untuk memasak:   Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Cara-cara untuk masak sambal:   1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Laddu

Image
  Bahan: Secubit garam 2 cawan gula pasir 2 cawan santan pekat ½ camca esen vanila 1 cawan beras pulut, direndang & digiling halus 1 biji kelapa, diparut, direndang & digiling halus ¼ cawan gula melaka yang telah dicairkan 2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan Bahan-bahan tabur: 1 cawan santan 1 camca gula merah yang telah dicairkan 1 camca gula pasir 2 camca tepung jagung Cara memasak:   Campurkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, esen vanila & daun pandan dalam sebuah periuk. Masak hingga mendidih & gula hancur. Didihkan dengan kuat selama 2-3 minit. Kecilkan api. Masukkan pulut & kelapa yang telah digiling tadi. Masaklah dengan dikacau perlahan-lahan hinga campuran itu menjadi sangat pekat & kental. Tuangkan ke atas kertas berlilin & ratakan supaya menjadi lapisan tebal 2.5 cm. Ratakan permukaannya. Biarkan ia beku. Cara membuat tabur: Satukan semua bahan dalam sebuah kuali. Panaskan pe

Ikan kurau masak asam

Image
BAHAN-BAHAN: 200gm ikan kuraul dibasuh dan ditoskan 2 biji bawang besar | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 5 biji cili kering l dipotong 2cm halia l dihiris Air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya   CARA MEMASAK:  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan       toskan. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 3. Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata. 4. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat. 5. Masukkan ikan masin talang dan gaul sebati. 6. Angkat dan sedia dinikmati dengan nasi panas.

Bubur lambuk

Image
Bubur Lambuk Ala Kampung Baru  Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging tetel [potong kecil] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan] garam/gula secukup rasa air 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat] 1 cawan bawang goreng 4 ulas bawang putih [dimayang] 2 biji bawang besar [dimayang] 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis] Rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba 2 biji buah keras [ditumbuk] Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus] 1 sudukecil jintah manis (atau jintan putih) 1 sudukecil ketumbar 1 sudukecil lada sulah 1 sudukecil lada hitam Bahan-bahan sampingan [optional] : 2 batang carrot dipotong dadu 1/2 cawan kurma dibuang biji bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Bawang goreng Cara-cara memasak:

Sup tauhu sumbat inti daging

Image
Bahan : Tauhu - dipotong dua secara serong Isi Ayam/daging lembu - cincang Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) Bawang merah dan putih - dihiris Cara: - Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.  Korek isi tauhu. - Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam. - Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi. - Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih,    masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh    dimasukkan sekali ke dalam sup. - Perasakan dgn garam.

Kuih cara berlauk

Image
Bahan bahan : a) Adunan Tepung     1 cawan tepung gandum     1 biji telur     1 sudu kecil minyak sapi     1/2 sudu kecil garam     2 cawan air     sedikit pewarna kuning Cara cara : Adun semua bahan hingga sebati @ blend je. b) inti kuih cara:     200gram daging/ayam - dikisar     2 labu bawang besar- racik halus     3 biji bawang kecil - potong mayang     1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang     1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi     1 sudu kecil serbuk kari     garam gula dan perasa secukupnya     sedikit minyak utk menumis Cara cara 1.   Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan.   2.   Kemudian masukkan rempah kari da n remp ah rendang.. 3.   Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging /ayam kisar, bawang besar, masukkan air     secukupnya hingga daging /ayam masak. 4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Hiasan: Bawang goren

agar-agar laici

Image
RESEPI PUDING LAICI Source : Chef Hanieliza Bahan-bahan 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa 6 gelas air 11/2 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin (koyak-koyakkan laici tersebut menjadi halus) 1 tin laici [untuk hiasan] Cara-cara Masakkan agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Tuangkan dalam acuan dan disejukkan. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi. Version agar-agar laici 2  1 paket agar2 serbuk (10gm) 5 cawan air 8 sudu besar gula 1 tin susu cair (400ml) 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin 1 helai daun pandan   Cara memasak- - Sama seperti kaedah di atas.

Vadai

Image
BAHAN-BAHANNYA : 250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam) 1 biji bawang besar, (dadu kecil) 1 camca teh jintan manis 2 tangkai cili kering, (gunting kecil2) 1 tangkai daun kari Garam secukup rasa CARA MEMBUATNYA :   1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga separa hancur,Tuang ke dalam bekas. 2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari . Gaul rata dan tambah garam      secukup rasa. Biar sekejap. 3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca     besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik     dan juga disapu sedikit minyak. 4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.  5. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi     menambah aroma.

Kari daging

Image
                            KARI DAGING UTARA Resepi Oleh :  Sajian Dapur Bonda Rujukkan :  Singgahsana Kitchen 1/2 kg daging batang pinang ~ potong kecil atau hiris sederhana nipis 1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan 4 biji cili hijau 1 biji bawang besar ~ belah 4 3 keping asam gelugur asir secukupnya 3 biji ubi kentang ~ potong garam dan gula secukup rasa minyak untuk menumis Bahan Kisar 1 sudu besar rempah kari masak merah ~ kalau tak ada guna rempah kari daging BABAS 1/2 sudu besar jintan manis ~ ita sangai dahulu 1/2 sudu besar jintan putih ~ ita sangai dahulu 1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecil dalam 5 ulas 3 ulas bawang putih 1 inc halia Bahan Tumis 1 labu bawang besar ~ hiris halus 3 ulas bawang putih ~ di cincang 2 inc halia ~ hiris halus ita ketuk aje 3 tangkai daun kari ~ di raut 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji cengkih 2 biji buah pelaga 8 sudu besar cili kisar Cara memasak: - Daging cuci bersih dan to

lontong

Image
Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya.... Resepi: 1/2 biji kobis 1 biji karot kacang panjang  tempe- dipotong dan di goreng sebentar. Sengkuang  1 paket suhun ( 50 g ) 1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g) 100 g udang basah (udang kering pun boleh) 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat ) garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili merah 1 inci kunyit hidup 3/4 inci halia 3/4 inci lengkuas (ketuk) 1 batang serai (ketuk) Cara penyediaan 1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih. 3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar     s