Thursday, August 22, 2013

Bubur Cha-cha



Bubur cha-cha berasal dari adunan tepung yang diuli memanjang dan nipis dan meruncing di hujungnya (seperti rupa beras saja bentuknya). Selalunya dibuat dalam berbagai warna.  Bila menyebut tentang bubur cha-cha, saya teringatkan kenangan semasa kecil, kampung papa saya yang terletak di Kuala Kedah, Kedah.  Kebanyakkan masa terluang yang ada diisi oleh kaum wanita yang rata-ratanya suri rumah dengan duduk bersembang sesama mereka sambil membuat adunan bubur cha-cha ini.  jadi tak adalah cik abang nak marah.  Sembang-sembang juga tapi tangan tetap laju buat kerja. 

Selalunya tangan yang bekerja sama laju dengan mulut yang menyembang tu.  Waktu kecil saya banyak dihabiskan di kampung ini, jadi pembuatan bubur cha-cha bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.  Saya berasa amat teruja dan kagum dengan kehebatan mereka kaum wanita ini membuat bubur cha-cha.  Laju betul, bestnya.... bila melihat adunan yang berwarna-warni ini terbentuk.  Ada yang sangat teliti dengan mengasingkan setiap cha-cha mengikut warna tapi ada juga yang membiarkan saja cha-cha ini bercampur.  Saya ada juga cuba membuatnya tapi tidaklah semahir mereka. 

Selepas adunan ini terbentuk, proses seterusnya adalah menjemur adunan ini di panas terik sang mentari sehinggalah ia kering dengan sempurna.  Penting untuk memastikan adunan ini kering dengan sempurna, agar adunan ini tidak mudah rosak.  Adunan ini kemudiannya akan disimpan didalam bekas kedap udara (selalunya didalam balang kaca).

Okay, untuk yang seterusnya mari kita belajar buat bubur cha-cha.  Bahan ubi atau bahan tambahan boleh dimasukkan untuk menyedapkan lagi bubur cha ini. 

Bubur Cha-Cha
Bahan-
3/4 cawan cha-cha
2    cawan santan
Sedikit gula melaka dan gula pasir
Secubit garam dan gula
1 helai daun pandan
3 biji   ubi keledek
3 biji   keladi

Cara membuatnya-
1.  Masukkan cha-cha ke dalam air mendidih dan rebus sehingga kembang.
2.  Dalam periuk yang lain masukkan semua bahan dan kacau sekali-sekala sehingga ubi keledek dan keladi empuk.
3.  Satukan cha-cha yang telah kembang ke dalam adunan ubi keledek dan keladi.  Kacau sebati.
4.  Hidangkan.

Versi bubur cha-cha yang lain saya ambil dari http://nonie2you.blogspot.com/2009/01/bubur-caca.html

BUBUR CACA
Bahan-bahan A (kupas, potong dadu dan kukus hingga masak)
1 ketul keledek
1 ketul keladi
1/4 potong labu kuning

Bahan-bahan B
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
secubit garam
2 helai daun pandan, disimpulkan
3 keping gula melaka

Bahan-bahan C (direbus hingga masak dan toskan)
2 sudu besar sagu mata ikan
1 mangkuk kecil bubur caca kering

Cara membuatnya
Campurkan semua bahan-bahan B dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak. Sesuaikan rasa mengikut manis yang dikehendaki dan campurkan semua bahan. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan sejuk atau panas.

BUBUR CACA TEPUNG BERAS - VERSI KELANTAN

Bahan-bahan

500 gm tepung beras (boleh gunakan tepung gandum)
Air secukupnya
Acuan cendol
Air secukupnya untuk merebus + daun pandan

Bahan-bahan untuk kuah
Santan pekat satu biji kelapa
secubit garam
Daun pandan, disimpulkan
Gula melaka secukup manis

Cara menyediakan caca
Bancuh tepung dengan air secukupnya, adunan jangan terlalu kental atau terlalu cair. Didihkan air secukupnya. Masukkan ke dalam acuan cendol dan tekan adunan tepung terus ke dalam air mendidih, masak hingga adunan timbul. Toskan. Baru dimasukkan ke dalam kuah yang telah disediakan.

Cara membuat kuahnyaCampur semua bahan dan masak sampai mendidih, pecah minyak dan pekat. Baru dimasukkan adunan tepung caca yang telah dimasak tadi. Masak sekali lagi hingga mendidih, baru dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan sama ada sejuk atau panas.

Egg Tart



Egg Tart:


Bahan:
250 gm tepung serbaguna
2 camb susu tepung
125gm Butter (sejukkan)
50 gm gula aising
1 biji telur (pukul sedikit)

Bahan egg filling:
3 biji telur (gred A)
75gm gula castor
150gm susu segar


Cara membuatnya:
1.  Masukkan semua bahan tart dlm. mixer.  Boleh juga guna kekuatan tangan anda.  Adunkan sehingga menjadi doh.
2.  Ratakan doh ke dalam acuan dan kemaskannya dan cucuk bahagian tengah doh untuk mengelakkannya dari mengelembung ketika dibakar.
3.  Bakar pada suhu 1500c selama 10-15 minit.
4.  Keluarkan dari oven dan tuang adunan filling ke dalam bekas tart, bakar semula selama 20 minit dengan suhu 100oc.
5.  Keluarkan dari acuan bila telah sejuk, yummie.

Selamat mencuba....