Posts

Showing posts with the label Masakan Kedah

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Apom Lenggang

Image
Apom Lenggang- Bahan- 1 1/2 cwn tepung beras  1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 camt yis 4 - 5 camb. gula 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1 biji telur secubit garam Bahan untuk dikisar halus- 3/4 cawan nasi sejuk 1 1/2 cawan air Cara memasaknya- Campurkan semua bahan di atas kecuali santan, Gaulkan sehingga sebati dan perapkan selama 2 - 3 jam sehingga adunan mengembang.  Atau boleh juga disimpan semalaman.  Bila hendak memasak, baru dimasukkan santan dan gaul sebati dengan adunan lain. Tapiskan adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung yang tidak teradun sempurna. Panaskan non stick pan dan griskan dengan sedikit minyak.  Ambil 1 senduk adunan atau lebih (bergantung kepada saiz kuali) dan lenggangkan atau ratakan disemua permukaan kuali tersebut seperti membuat kuih ketayap.  Masak dengan api yang perlahan dan masak sehingga semua permukaan adunan kelihatan bertukar warna dan tepi adunan terangkat, serta kekuninggan.  Angkat dan bol...

Kerabu mangga bunga kantan

Image
Kerabu Mangga bunga kantan- Bahan- 3 biji buah mangga muda 1 batang bunga kantan 10 biji cili padi garam dan gula secukupnya 3 camb kerisik serbuk asam boi secukupnya Cara memasak- Cuci bersih mangga, dan bunga kantan.  Hiris halus buah mangga, bunga kantan dan cili padi.  Satukan dalam 1 bekas.  Campurkan gula, garam, kerisik dan asam boi, sebatikan dan perasakan.  Jika pedas boleh ditambah serbuk asam boi atau gula lagi.  Siap.

Peknga kelapa

Image
  Peknga- Tepung gandum sedikit garam air secukupnya kelapa muda yang dihiris halus ataupun kelapa parut (bahagian putih sahaja) gula secukupnya Cara memasaknya- Campurkan tepung, garam, gula, kelapa dan air secukupnya.  Adunan jangan jadikan terlalu cair.  Sebatikan adunan.  Rehatkan 20 minit.  Panaskan non stick pan dengan api yang sederhana, sendukkan adunan dan ratakan ke dalam non stick pan tersebut, pastikan non stick pan diletak sedikit minyak masak ya.  Masak dalam anggaran 5 minit terbalikkan dan masak bahagian yang 1 lagi pula.  Pastikan kedua-dua permukaan peknga ini berwarna kecoklatan atau keperangan.

Gulai Batang Pisang

Image
GULAI BATANG PISANG  ·           Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan masakan nie, first time jumpa mesti rasa, kreatifnya orang Kedah; batang pisang pun boleh jadi masakan.  Bahagian batang yang diambil adalah bahagian umbut dan rias sahaja, tidaklah keseluruhan batang pisang tu ditarahnya jadi gulai. ·           Ia lebih sedap jika menggunakan daging bertulang lembu atau kambing. 1kg daging lembu 1 pokok umbut pisang asam jawa garam 1 cawan serbuk kari daging 1 cawan kerisik 2 tangkai daun kari air santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair minyak untuk menumis. Bahan tumis 2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas bawang merah dimayang 4 ulas bawang putih dimayang 1 inci halia potong halus Cara Penyediaan ...
Image
LAKSA KEDAH     Laksa Kedah mempunyai beberapa ciri tertentu yang membezakannya dengan laksa yang terdapat di seluruh Malaysia.    Daripada segi kuah, laksa Kedah mempunyai kuah yang pekat dan likat dan warnanya agak pucat, sedikit kekelabuan.   Laksa Kedah tidak menggunakan cili kering tetapi menggunakan cili padi.   Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri.   Laksa, bila disebut laksa yang tinggal di sebelah utara mesti terbayangkan laksa Teluk Kechai ataupun laksa Perlis.  Yang duk kat Johor terkenangkan laksa Johornya, yang duk kat tengah-tengah nie, asam laksa oklah kut.  Nie hari nie nak citer sikit tentang Asam Laksa. Asam laksa is a famous local delicacy in Penang.  So sometimes it also may known as Penang Laksa, as it is considered as an indigenous food of Penang.  It commonly found at Penang hawker centers or coffee sh...

Nasi Daging

Image
Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).   Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.   Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.   Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nas...

Masak Lemak Pisang Muda

Image
Masak Lemak Pisang Muda Masakan legend.  Bukan senang nak jumpa nie.  Walau cara pembuatan dan bahan yang digunakan amat mudah tapi sekarang nie amat sukar ditemui di kedai makan.  Harapkan pasar ramadan adalah jual, pun agak susah untuk ditemui.  Akhirnya buatlah sendiri, puas hati.  Bagi yang tak pernah merasa jomlah cuba buat. Bahan: 1 biji kelapa (diambil santan) 1 sisir pisang rastali muda (dipotong serong setebal 3cm) 10gm cili padi 5cm kunyit hidup 2 biji bawang besar 20gm ikan bilis 1/2 cawan minyak masak (untuk menumis) Garam secukup rasa Cili merah untuk hiasan Cara membuatnya: 1.  Kisar cili padi, kunyit, bawang besar dan tumis kesemuanya sehingga naik bau. 2.  Masukkan ikan bilis, tumis sekejap, kemudian masukkan santan pekat dan pisang, biarkan mendidih. 3.  Masukkan perasa dan hias dengan cili merah.

Ikan Masak Acar

Image
Ikan Masak Acar Bahan: 2 keping ikan tenggiri 200gm bawang merah (dibelah2) 200gm bawang putih (dibelah 2) 100gm halia (dimayang halus) 1 bji timun (dipotong memanjang 4/6 bahagian) 1 biji lobak merah (dipotong memanjang) 20gm Kunyit serbuk 30gm cili hijau 30gm cili merah 20gm biji sawi 50gm cuka 200gm minyak masak 10gm garam 50gm gula Cara memasaknya: 1.  Ikan tenggiri dibersihkan dan digoreng sehingga garing. 2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, lobak merah, bawang putih dan halia. 3.  Masukkan cuka dan air secukupnya 4.  Masak sehingga mendidih barulah dimasukkan ikan, biji sawi, timun, cili hijau dan cili merah.

Pajeri Buah Ara

Image
Pajeri Buah Ara Pernah rasa tak.  Sayapun tak pernah.  Ini pertama kali saya jumpa ketika saya dijemput menjadi panel juri sebuah pertandingan masakan di Pulau Pinang.  Nampak sedap dan menyelerakan, Rasanya tentu sedap sekali.  Untuk yang tak pernah merasa macam saya nie, sini saya sharekan resepi yang saya perolehi dari peserta pertandingan.  Cubalah ya. Bahan- beberapa biji buah ara 3 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) 1 inci halia (dimayang halus) 5 ulas bawang merah        ) 2 ulas bawang putih          )  Dikisar halus 1 camb. udangkering        ) 1cm kulit kayu manis 6 camb. rempah kari ikan (dibancuh dengan air) sedikit minyak masak 2 camb. gula merah 2camb. kerisik Garam secukup rasa Cara memasaknya- 1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan rempa...