Posts

Showing posts with the label Masakan Indian

Sugee Halva (Kesari)

Image
Bahan- 1/2 cawan tepung suji atau tepung semolina 1/2 cawan minyak sapi 3/4 cawan gajus (dipanggang sekejap dan dicincang kasar) Sedikit kismis sultana 3 cawan air panas 1/2 cawan krim susu atau 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 5 biji buah pelaga pewarna kunig  esen nenas secubit garam serbuk badam kekacang seperti pistachio, gajus, badam, walnut Cara memasaknya- 1. Cairkan mentega atau minyak sapi. 2. Masukkan tepung semolina dan tuangkan susu cair, kemudian tambahkan dengan 1 tin air dan kacau rata. 3. Masak air gula secara berasingan. 4. Campurkan air gula ke dalam adunan semolina dan kacau rata. 5. Masukkan bahan-bahan lain dan tinggalkan sedikit kekacang untuk digunakan sebagai hiasan masakan. Info berkaitan masakan- Sugee atau suji halva, dikenali sebagai Alvaa oleh masyarakat Tamil.  Dikenali sebagai Kesari oleh masyarakat di India Selatan dan Karnataka.  Ia diperbuat dari bijirin semolina yang bertekstur kasar dari jenis gandum durum.  Gandum ini digunakan se...

Gulab Jamun

  Gulab Jamun (manisan India berasaskan susu) Bahan-bahan- 1 cawan susu tepung 1/3 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bicarbonat 1/3 cawan susu mentega (Buttermilk) 2 sudu kecil minyak masak atau minyak sapi 2 sudu besar minyak sapi (untuk bentukkan doh menjadi bentuk bebola) Badam atau kacang pistachio Bahan untuk sirap- 1 cawan gula 3/4 cawan air 4 biji buah pelaga secubit saffron 1 sudu kecil air mawar 1/2 sudu kecil jus lemon atau jus limau nipis (supaya sirap tidak menjadi berkaca) Bahan untuk Susu mentega (buttermilk)- 1/4 cawan susu penuh krim 1 sudu kecil cuka Cara memasak- 1. Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dan cuka dan ketepikan. 2. Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga air kelihatan pekat sedikit. padamkan api dan taburkan saffron, Biar sejuk. 3. Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bicarbonat, ketepikan. 4. Gaulkan susu mentega dan minyak masak. 5. Satukan semua dan uli sehingga doh manjadi lembut dan tida...

Raita Timun (Cucumber Raita)

Image
  Raita Timun Bahan- 1 biji timun sederhana besar 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 sudu besar daun pudina (dihiris) 1 sudu besar daun ketumbar (dihiris) 1 sudu kecil jintan putih 1 1/2 cawan yogurt asli 1 labu bawang besar (dihiris) Sedikit serbuk lada hitam 1 biji lobak merah 1 biji tomato 1 biji cili hijau 1 biji cili merah 3 biji bawang merah (atau bawang holland) Cara memasak- 1. Kupas kulit timun dan belah 2.  Buang empulur timun dan timun dipotong dadu kecil.  Begitu juga lobak merah, tomato. cili hijau, cili merah dan bawang. 2. Jintan putih digoreng tanpa minyak sekejap. 3. Masukkan yogurt dalam mangkuk dan hancur-hancurkan. 4. Campurkan semua bahan dan bahan perasa. 5. Hiaskan dengan daun pudina segar. 6. Sejukkan sebelum dihidang. Nota- a. Sesuai dimakan dengan nasi pudina, nasi tomato, nasi minyak atau nasi briyani. b. Jika inginkan hasil yang cantik. Masukkan semua bahan yang dipotong, sebatikan dan perap bahan ini di dalam peti sejuk selama 1 jam. kelua...

Ayam Masala (Chicken Masala)

Image
Ayam Masala Bahan-bahan perapan (A)- 1/2 kg ayam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 cm halia (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) sedikit garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 biji perahan air lemon 1 sudu besar kicap manis Bahan Lain- 2 biji bawang besar (dicincang) 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/4 cawan air 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1/4 cawan minyak masak 1 sudu besar minyak sapi Bahan B- 4 tangkai cili kering (potong) Daun kari dan daun salam Bahan C- 3 ulas bawang putih 2 cm halia (dikisar) 2 biji tomato dipotong dadu) 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar serbuk ketumbar Bahan D- 1/2 kotak santan Kara 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil gula Bahan tumisan- 2 sudu besar minyak masak 3 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 1 sudu besar jintan manis (tumbuk) atau serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging Cara memasak- 1. Perap ayam selama 30 minit.  2. Panaskan minyak masak...

Sup kambing (Mutton Soup)

Image
Sup Kambing Bahan-bahan- 2 kg tulang kambing (rebus sehingga isi lekang dari tulang)atau sehingga daging lembut) Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) 1-2 sudu kecil garam kasar 1/2 sudu kecil gula Batang Saderi Sebatang Lobak merah 1 biji ubi kentang Air rebusan tulang 1 bunjut sup tulang Sedikit daun sup dan daun bawang Bawang goreng 3 biji lobak merah dan 1 batang saderi (kisar lumat) 1 Helai daun pandan (disimpul) 2 batang serai (diketuk) Bahan A (dikisar)- 1 biji bawang besar 6 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 4 inci halia 2 sudu besar lada hitam biji 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 inci kunyit hidup 10 biji cili padi Bahan B- 2 sudu besar rempah sup 3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih 2 sudu besar rempah kurma Bahan untuk sambal kicap (kisar halus semua bahan)- 5 biji cili api 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan Cara memasak- 1. Rebus daging kambin...

Nei Urundai-

Image
Nei Urundai Bahan- 100gm minyak sapi 10gm badam 10gm gajus 10gm raisins 250gm tepung kacang hijau/ tepung gandum/ tepung Ghee Unundai 250gm gula pasir Cara memasak- Cairkan minyak sapi.  Masukkan kekacang yang telah dicincang kasar, masak hingga kekuningan dengan menggunkan api yang kecil.  Kemudian masukkan tepung, gula dan gaul rata sehingga menjadi doh yang sebati. Keluarkan doh, bulat-bulatkan semasa doh masih suam sebesar buah limau nipis.  Biar sejuk dalam suhu bilik.  Kuih ini tahan dalam simpanan hampir sebulan jika disimpan dalam bekas kedap udara.  Saya suka rasa kuih ini, macam rasa biskut suji, lemak minyak sapi diperkaya dengan bijian mewah sedap sangat rasanya.  Boleh buat time raya untuk dijamu, cara pembuatan dan bahan pun agak mudah.

Kheer

Image
Kheer juga dikenali sebagai payasam, payesh atau payasa merupakan puding nasi yang dimasak bersama susu segar dan selalunya dihidangkan sebagai pencuci mulut.  Kheer disediakan untuk hari perayaan, upacara keagamaan dan perayaan atau sebarang sambutan istimewa. Perkataan "Kheer" yang digunakan oleh masyarakat India diambil dari bahasa Sanskrit "Ksheeram" yang bermaksud susu.  Versi masakan popular menggunakan susu, beras, minyak sapi, gula, kulit kayu manis, buahan kering dan susu saffron. Kheer (Puding nasi) 250gm beras 750ml susu segar 125gm gula 2gm garam 30gm kismis sedikit esen vanila 2gm serbuk kayu manis 5gm buah pelaga 2gm serbuk buah pala Cara memasaknya- 1. Satukan susu segar, beras dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak.  Perlahankan api dan masukkan esen vanila dan kismis. 2. Masak sehingga nasi menjadi seperti bubur nasi yang pekat (tempoh masak 30-45 minit). 3. Setelah itu masukkan serbuk kayu...

Ayam Tandoori

Image
Ayam Tandoori Bahan: 1 ekor ayam Bahan Kisar: 8 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 5 ulas bawang meah 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 50gm cili kering 1 camt. serbuk kari 1 camt. jintan putih 1 camt. ketumbar 1 camt. paprika 1 camb. jintan manis 2 camt. bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga sedikit kulit kayu manis 2 camb. yogurt 1 camt. dry mixed herb gula dan garam secukupnya Pewarna merah Cara measak: 1.  Bersihkan ayam, potong kepada 4 bahagian (atau terpulang kepada anda untuk memotongnya kepada beberapa bahagian. 2.  Sapukan bahan kisar rata dipermukaan ayam dan perapkan selama 1 jam atau lebih. 3.  Bakar dalam oven 180 0 C hingga masak anggaran 1 jam. 4.  Hidangkan panas-panas bersama salad dan timun.

Capati

Image
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung atta. 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan) 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh. Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas. 1 sudu teh gula 2 sudu besar mentega CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut. 2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin.  3. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola (sebesar telur gred A). Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan ulikan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. ...

Laddu

Image
  Bahan: Secubit garam 2 cawan gula pasir 2 cawan santan pekat ½ camca esen vanila 1 cawan beras pulut, direndang & digiling halus 1 biji kelapa, diparut, direndang & digiling halus ¼ cawan gula melaka yang telah dicairkan 2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan Bahan-bahan tabur: 1 cawan santan 1 camca gula merah yang telah dicairkan 1 camca gula pasir 2 camca tepung jagung Cara memasak:   Campurkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, esen vanila & daun pandan dalam sebuah periuk. Masak hingga mendidih & gula hancur. Didihkan dengan kuat selama 2-3 minit. Kecilkan api. Masukkan pulut & kelapa yang telah digiling tadi. Masaklah dengan dikacau perlahan-lahan hinga campuran itu menjadi sangat pekat & kental. Tuangkan ke atas kertas berlilin & ratakan supaya menjadi lapisan tebal 2.5 cm. Ratakan permukaannya. Biarkan ia beku. Cara membuat tabur: Satukan semua bahan dalam sebuah kuali. Pa...

Vadai

Image
BAHAN-BAHANNYA : 250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam) 1 biji bawang besar, (dadu kecil) 1 camca teh jintan manis 2 tangkai cili kering, (gunting kecil2) 1 tangkai daun kari Garam secukup rasa CARA MEMBUATNYA :   1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga separa hancur,Tuang ke dalam bekas. 2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari . Gaul rata dan tambah garam      secukup rasa. Biar sekejap. 3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca     besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik     dan juga disapu sedikit minyak. 4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.  5. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi     menambah aroma.

Chicken Tikka Masala

Image
Bahan: Untuk perapan ayam- 2 cwn plain yogurt 2 camb. jus lemon 1 camb. cili merah pedas 1 camb. jintan putih (dikisar) 1 camb. halia segar (dicincang) 1 camb. jus halia 2 camb serbuk kulit kayu manis garam secukupnya 1 camt. serbuk lada sulah 2 kg ayam (bahagian isi- dipotong dadu) lidi secukupnya Untuk sos- 2 camb. mentega 2 camb. bawang putih cincang 2 camb. cili hijau (potong dadu) 1 camt. serbuk jintan putih 1 camt. garam dan paprika 2 cwn. tomato puri 1 cwn. krim anchor 1/2 cwn. krim masam/ yogurt Cara memasak: 1.  Untuk perapan ayam-      Campurkan semua bahan, sebatikan dan perap bersama ayam selama 30 minit-1 jam. 2.  Untuk sos-      Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumis bawang putih dan cili hijau      sekejap.  Perasakan dgn. bahan perasa.  Masukkan bahan selebihnya.  Reneh dengan api perlahan      sehingga s...

Nasi Lemon dgn Daun Kari

Image
Bahan: 4 cwn. beras basmati 8 cwn. air 2 camt. garam 12 camb. jus lemon 4 camb. minyak sapi 4 camt. biji sawi 5gm daun kari 4 camt. kulit lemon Cara memasaknya: 1.  Basuh beras sejatkan, tambah 8 cawan air dan rendam selama 2 jam di dalam periuk memasak. 2.  Masukkan garam dan separuh jus lemon, didhkan bersama nasi tadi. 3. Tutp periuk dan renehkan 15 minit sehingga air diserap, tuutp api bila nasi telah masak. 4.  Panaskan minyak sapi dan masukkan biji sawi, daun kari, masak sekejap dan masukkan ke dalam nasi. 5.  Tambahkan kulit lemon dan jus lemon, kacau dan ratakan semua adunan hingga sebati.

Samosa

Image
Vegetable Samosa Bahan: 4 camb. minyak masak 8 biji ubi kentang (dikupas dan dipotong kiub 1/2 inci) 2 biji bawang besar (dicincang) 1 cwn. mix vegetable 6 camb. rempah kari daging Kulit popia secukupnya Cara memasak: 1.  Panaskan minyak.  Masukkan kentang dan bawang, kacau 15 minit atau sehingga kentang lembut. 2.  Masukkan mix vegetable dan rempah kari.  Masak 5 minit dan sejukkan. 3.  Potong kulit popia kepada 2 bahagian untuk menjadikan kulit popia tersebut kepada 2 bentuk segitiga. 4.  Letakkan inti.  Letakkan air dipenjuru kulit popia.  Balutkan kulit popia dan tekankan sedikit dihujungnya. 5.  Goreng samosa dan biarkan kekuninggan baru diangkat.  Nota- Samosa dikatakan berasal dari tanah Arab dan diperkenalkan ke India pada kurun 13-14 sebelum masihi oleh para pedagang.  Samosa yang asli disediakan dari campuran daging, minyak sapi, bawang dan bahan yang lain.   Samosa juga dikenali s...