Jalebi
Jalebi merupakan antara kuih wajib yang akan dihidangkan ketika musim perayaan masyarakat India, selain dari muruku dan laddu. Bentuk Jalaebi sama seperti muruku dan membezakannya Jalebi merupakan sejenis kuih yang manis.
Jalebi berbentuk seperti muruku tetapi bersaiz lebih kecil, berwarna kuning keemasan dan bertekstur kenyal dan mempunyai rasa yang agak manis. Jalebi digoreng dalam bentuk muruku atau pretzel bulat dan kemudiannya akan direndam sebentar di dalam air gula saffron dan kemudiannya dikeringkaan.
Bahan-bahan untuk doh-
1 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
2 - 3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
1/4 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
secubit garam
1/2 cawan dadih/ yogurt
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu besar minyak sapi (dicairkan)
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk sirap gula-
1 cawan gula
1 sudu teh jus lemon
1 cubit safrron
1/2 cawan air/ air mawar
2-3 biji buah pelaga
Cara memasak-
1. Campurkan tepung, serbuk penaik, minyak sapi, air, serbuk kunyit dan dadih ke dalam adunan. Gaul rata sehingga adunan bertekstur licin dan sedikit cair, dan simpan selama 24 jam untuk proses penapaian. atau 8- 10 jam untuk proses penapaian. Atau biarkan 1/2 jam sebelum proses memasak.
2. Masukkan ke dalam acuan yang mempunyai 1 corong lubang seperti bekas mengisi sos atau sediakan piping bag dan dipotong kecil dihujungnya.
3. Panaskan minyak dan bentukkan bulat dari dalam ke luar seperti membuat maruku dan goreng adunan sehingga perang keemasan. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak.
4. Goreng dengan api yang sederhana panas.
5. Untuk membuat sirap gula, campurkan gula, jus lemon dan air mawar. Masak kesemuanya sehingga gula larut dan mendidih. Matikan api, masukkan helaian saffron dan serbuk buah pelaga. Kacau sehingga sebati kesemuanya.
6. Selepas itu, jalebi direndam sekejap selama 3-4 minit dalam sirap gula yang suam tadi. Pastikan air gula tidak panas bagi mengelakkan jalebi menjadi lembik.
Info tambahan-
1. Jalebi jika dimakan semasa masih panas, teksturnya akan terasa ranggup dengan air gula yang meleleh. Tapi jika dibiarkan lama, jalebi akan menjadi kenyal.
2. Jika ingin mengekalkan tekstur ranggup pada jalebi. piping bag dipotong halus lubangnya dan jangan celup atau rendam jalebi terlalu lama di dalam air gula.
3. Pengunaan lemon akan menghalang gula sirap dari menjadi kristal.
4. Di India, jalebi selalu dihidangkan sama ada kosong atau ditaburkan dengan badam atau pistachio yang dikisar halus. Jalebi juga boleh dihidangkan bersama aiskrim atau krim cheese.
Rujukan-
https://www.tfvaluemart.com.my/recipes/jalebi-manisan-wajib-deepavali/
https://qbbmalaysia.com/ms/recipes/qbb-ghee-jalebi
https://www.youtube.com/watch?v=pdFm9Rnz4H8
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/posts/1765498637106778/
https://ms.rayhaber.com/2024/11/nefis-jalebi-tarifi-hint-usulu-serbetli-tatli/
https://www.tiktok.com/@foodfusionpk/video/7350235902683122950?_r=1&_t=ZS-8vjltu2taNz
Comments