Nasi Aruk


Nasi Aruk
Bahan:

Nasi putih secukupnya
Segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
garam secukupnya
2 camb. minyak masak
sedikit udang atau daging
lada sulah secukupnya
2 biji telur

Cara memasak:
1.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
2.  Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur gaul sebati.
3.  Masukkan udang atau daging masak sehingga sekata.
4.  Masukkan nasi, bahan perasa dan ikan bilis  Goreng sehingga nasi serata

Nota-
   Nasi aruk yang asal hanya menggunakan bahan asas seperti nasi putih, ikan bilis, garam dan sedikit minyak masak sahaja.  Nasi aruk merupakan sejenis nasi goreng traditional masyarakst melayu Sarawak.  Tidak seperti nasi goreng biasa, nasi aruk yang asal tidak menggunakan minyak untuk menggoreng nasi.

   Nasi aruk selalunya dimasak juga dengan menggunakan campuran ikan terubuk masin dan buah dabai (sejenis buah eksotik yang terdapat di Sarawak).  Buah dabai kulitnya berwarna hitam dengan isi berwarna krim dan sedikit unggu hanya boleh diperolehi secara bermusim di bahagian Sarkei, Sibu dan Kapit di Sarawak.  BUah ini akan dibuang bijinya dan dijerukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam hidangan masakan nasi aruk.

Rujukan-
1. myresepi.com/resepi/nasi-aruk/
2. icookasia.com/nasi-aruk/
3. mazmalek.blogsport.com
4. bharian.com.my/bhplus-old/2015/07

 

Comments

Popular posts from this blog

Soto Banjar

Nei Urundai-