Posts

Showing posts from May, 2026

Budaya pemakanan Keturunan Jawa

 Masyarakat Jawa berasal dari Indonesia yang datan gke Malaysia pada 1900.  Kebanyakkan mereka tinggal di Selangor, Tanjung karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Banting dan Sepang.  Sebahagian dari mereka tinggal di daerah yang terdapat di Johor. Masakan nasi ambang atau lebih dikenali sebagai nasi ambeng merupakan menu wajib setiap kali musim perayaan. Cara hindangan nasi ini agak unik kerana nasi dan lauk pauk dibentuk seperti busut di dalam bekas dipanggil talam atau nyiru.  Lauk-pauk akan diletakkan di atas nasi dengan berlapikkan daun pisang.  Setiap hidangan boleh dimakan oleh 4-5 orang dewasa.  Cara pemakanan yang dibuat secara hidangan berkongsi ini dipercayai dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan merapatkan silaratulrahim masyarakat. Nasi Ambeng juga dikenali sebagai nasi berkat yang disediakan dan dibungkus untuk diberi kepada para tetamu majlis untuk dibawa pulang ke rumah.  Antara makanan popular masyarakt Jawa ialah: 1. Ayam ...

Budaya Pemakanan Keturunan Rawa

Keturunan Rawa berasal dari Sumatera Barat yang berhijrah ke tanah melayu pada abad ke 17, ketika perusahaan bijih timah di Perak berkembang pesat.  Ramai masyarakat Rawa yang masih tinggal di daerah Gopeng Perak, Sungai Itek, Tanjung Mallim, Behrang dan Sri Menanti; Negeri Sembilan. Masyarakat Rawa mempunyai kemahiran dalam pemeliharaan ikan air tawar.  Kemahiran masakan gulai lemak dan kelamai yang menjadi antara hidangan ketika menyambut perayaan Hari raya  Cara penyediaan kalamai sama seperti membuat lemang tetapi berbeza bahan memasaknya.  Kelamai menggunakan beras pulut dan gula merah yang kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh, diadun dengan kerisik, tahi minyak dan gula.  Bahan ini digaul sebati dan diperap selama 3 hari di dalam bekas bertutup. Kelamai boleh bertahan selama 3 bulan.  Antara masakan Rawa yang terkenal adalah- 1. Udang masak lemak tempoyak 2. Jelatah kacang tanah 3. Kolak ubi kayu 4. Jering goreng berlada 5. Talapia panggang bersantan...

Budaya pemakanan Minangkabau

Kajian sejarah membuktikan kebanyakkan rakyat Malaysia berasal dari suku Minangkabau atau Minang.  Ini berkait rapat dengan penghijrahan suku kaum Minang ke Tanah Melayu pada abad ke-14.  Kebanyakkan penempatan dibuka di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.  Di Negeri Sembilan mereka ini digelar sebagai suku kaum Biduanda (pewaris asal Negeri Sembilan). Satu budaya pemakanan yang dibawa boleh dilihat ketika menjelang bulan Ramadan dan Hari raya.  Ketika ini majlis "membantai" dan "Mantai" akan dilakukan secara bergotong royong untuk memasak lemang, dodol dan menubangkan kerbau atau lembu. Di dalam masakan, penggunaan cili padi, cili merah, daun kunyit, daun salam dan daun limau purut menjadi satu kemestian.  Proses memasak masakan sselalunya mengambil masa yang lama dengan penggunaan api yang perlahan dan santan yang banyak.  Antara masakan minang ialah: Kalio hati lembu Ikan masak Panget Dendeng daging  Buncis masak putih Daging tanak tuo Ayam masak la...