Budaya pemakanan masyarakat Mandailing

Suku kaum masyarakat Mandailing di Malaysia ramai yang menetap tinggal di negeri Perak dan Selangor.  Masyarakat Mandailing berasal dari pendalaman pantai barat Sumatera dan Tamparuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.  Penghijrahan masyarakat Mandailing ini berlaku semasa Perang Padir pada 1816 dan akibat perasaan kurang senang terhadap penjajahan Belanda ketika itu.

Di Malaysia masyarakat ini terbahagi kepada beberapa puak dan dikenali menerusi awalan atau akhiran nama mereka yang menggunakan perkataan "Lubis, Nasution dan Harahap".  Walau bagaimanapun akibat perkahwinan campur nama pangkal dan akhiran ini telah mula tidak digunakan lagi.  Masyarakat Mandailing adalah keluarga petani, dan di tanah melayu mereka bekerja di lombong bijih timah dan emas.  Di Selangor kebanyakkan suku kaum ini boleh dijumpai di sekitar Dusun tua, hulu langat dan Klang.

Antara masakan istimewa masyarakat Mandailing ini ialah-
1. Gulai daun ubi tumbuk,
2. Sambal gotok,
3. Anyang paku pakis (Pucuk paku)
4. Pais ikan 
5. Paru goreng
6. Lemak putih jantung pisang
7. Gulai daun ubi tumbuk
8. Pais ikan kembung
9. Lempong goreng berlada
10. Sambal Gotok

Rujukan-
1. Majalah SAJI, Mac 2011

Comments

Popular posts from this blog

Soto Banjar

Nasi Aruk

Ham Choi sup