Posts

Showing posts from August, 2026

Tat nenas

Image
  Foto diambil dari laman Dagang halal Tat nenas- Bahan- 250gm buttercup 2 biji kuning telur 50gm gula castor 1 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan tepung jagung 250gm tepung gandum  Untuk sapuan diatas tat nenas- 1 biji kuning telur sedikit pewarna kuning sedikit esen vanila Cara memasak- Bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit atau sehingga tat masak dan keperangan sedikit.

Lempeng Kelapa

Image
                                                          Koleksi gambar peribadi penulis Lempeng Kelapa- Lempeng kelapa dikenali juga dengan panggilan peknga di negeri2 sebelah utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinanag.  Lempeng kelapa merupakan sejenis hidangan traditional Melayu yang sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.  Ia sering dihidangkan sebagai sarapan atau sekadar untuk hidangan minum petang.  Tekstur hidangan ini, garing, lembut, rasa lemak dan lembap dari gabungan kelapa di dalam adunan. Bahan- 2 cawan tepung gandum 11/2 cawan kelapa parut (putih sahaja) Sedikit gula dan garam Sedikit santan (1/4 cawan) Daun pisang (dilayur terlebih dahulu) Air secukupnya (boleh gunakan air kelapa atau santan cair) Cara memasak- 1.  Campurkan kesemua bahan, sebatikan dan p...

Kerabu Daging Limau Purut

Image
 Kerabu Daging Limau Purut- Foto diambil dari https://dailymakan.com/resepi-kerabu-daging-mentah-menu-raya-haji/73009/ Bahan- 500gm daging 1 biji tomato (dihiris halus) 1 biji bawang merah besar (dimayang halus) 1 batang serai muda (dimayang halus) 2 biji cili merah (dihiris nipis) 4-5 biji cili padi (dihiris nipis) 1 batang bunga kantan (dihiris halus) 2 biji limau kasturi/ limau nipis (diperah airnya) 2 sudu besar kerisik 3 helai daun limau purut (dihiris halus) 2 sudu besar sos ikan Garam dan gula secukupnya Cara memasak- 1.  Daging dibersihkan dan direbus empuk dan disejat.  Bila sejuk, daging dihiris nipis. 2.  Satukan semua bahan dan gaul sebati. 3.  Tambahkan bahan perasa secukupnya. 4.  Tambah perahan limau dan gaul, sedia untuk dihidangkan. Nota- Kerabu daging limau purut merupakan hidangan pembuka selera yang menyelerakan.  Ianya mengabungkan hirisan daging empuk, daun limau purut dihiris halus dan bahan lain yang juga dihiris halus....