Dinonsul Mangga
Dinonsul Mangga Bahan-bahan- 80gm ikan bilis (dibersihkan) 5 biji cili padi (dipotong kecil) 3 biji mangga muda (dikupas kulit dan isinya diracik halus) 1 biji cili merah (dihiris) 1 sudu kecil gula pasir 1 sudu teh garam 5gm daun selasih (daunnya sahaja) 1 biji tomato (dipotong nipis) 1/2 biji bawang merah (dihiris) 5 biji limau (ambil jusnya sahaja dan boleh digantikan dengan cuka) Cara memasak- 1. Sangai ikan bilis sehingga kering dan kekuninggan. 2. tumbuk ikan bilis kasar-kasar. 3. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan, sedia untuk dihidang. Nota- Masakan ini merupakan makanan tradisi kaum Momogun dari suku Rungus di Sabah. Ikan bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api. Ppenggunaan mangga boleh digantikan dengan peria. Rujukan- 1. Enuvung Manisa, resepimomogunrungus.blogsport.com 2. sibergirlmyexcel11.blogsport.com