Pinaasakan
Pinaasakan
Bahan-bahan-
3-4 ekor ikan (Ikan sardin atau ikan kembung)
4 inci halia
4 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
2 keping asam aroi (boleh juga guna asam gelugur)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
Daun pisang
2 biji buah mangga (atau buah bambangan) dicincang
Sedikit minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang (dicincang)
5 biji cili kering (dihiris halus)
50gm asam jawa (dibuang biji)
Cara memasak-
1. Bersihkan ikan.
2. Hiris halia dan kunyit hidup (atau halia dan kunyit boleh juga ditumbuk kasar). Hiris kasar daun kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang, halia, kunyit dan cili kering hingga naik bau.
4. Di dalam periuk susun daun pisang dan letak daun kunyit. Susun ikan atas daun kunyit.
5. Taburkan semua bahan atas ikan dan tuang sedikit air.
6. Letak garam dan serbuk perasa dan tutup dengan penutup dan masak selama 15 - 25 minit menggunakan api kecil
7. Masak sehingga air hampir kering.
Nota-
Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-dusun, Sabah. Menu ini menggunakan isi ikkan (ikan air tawar/ikan air laut). Sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal.
Terdapat juga versi masakan dimana daun pisang tidak dimasukkan sekali ketika proses memasak tetapi dijadikan alas ketika hidangan ini ingin dihidangkan. Ketika memasak pastikan air tidak terlalu kering bagi mengelakkan masakan menjadi hangus.
Rujukan-
1. cookpad.com/my/recipes/15436287-pinaasakan
2. akuman999.blogsport.com/2017/09/resepi-pinaasakan-sabah.html
3. orangsabahan.blogsport.com/p/pinaasakan.html
Comments