Posts

Tat nenas

Image
  Foto diambil dari laman Dagang halal Tat nenas- Bahan- 250gm buttercup 2 biji kuning telur 50gm gula castor 1 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan tepung jagung 250gm tepung gandum  Untuk sapuan diatas tat nenas- 1 biji kuning telur sedikit pewarna kuning sedikit esen vanila Cara memasak- Bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit atau sehingga tat masak dan keperangan sedikit.

Lempeng Kelapa

Image
                                                 Gambar diambil dari sumber Munch Malaysia Lempeng Kelapa- Lempeng kelapa dikenali juga dengan panggilan peknga di negeri2 sebelah utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinanag.  Lempeng kelapa merupakan sejenis hidangan traditional Melayu yang sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.  Ia sering dihidangkan sebagai sarapan atau sekadar untuk hidangan minum petang.  Tekstur hidangan ini, garing, lembut, rasa lemak dan lembap dari gabungan kelapa di dalam adunan. Bahan- 2 cawan tepung gandum 11/2 cawan kelapa parut (putih sahaja) Sedikit gula dan garam Sedikit santan (1/4 cawan) Daun pisang (dilayur terlebih dahulu) Air secukupnya (boleh gunakan air kelapa atau santan cair) Cara memasak- 1.  Campurkan kesemua bahan, sebatikan dan pastikan adunan tida...

Kerabu Daging Limau Purut

Image
 Kerabu Daging Limau Purut- Foto diambil dari https://dailymakan.com/resepi-kerabu-daging-mentah-menu-raya-haji/73009/ Bahan- 500gm daging 1 biji tomato (dihiris halus) 1 biji bawang merah besar (dimayang halus) 1 batang serai muda (dimayang halus) 2 biji cili merah (dihiris nipis) 4-5 biji cili padi (dihiris nipis) 1 batang bunga kantan (dihiris halus) 2 biji limau kasturi/ limau nipis (diperah airnya) 2 sudu besar kerisik 3 helai daun limau purut (dihiris halus) 2 sudu besar sos ikan Garam dan gula secukupnya Cara memasak- 1.  Daging dibersihkan dan direbus empuk dan disejat.  Bila sejuk, daging dihiris nipis. 2.  Satukan semua bahan dan gaul sebati. 3.  Tambahkan bahan perasa secukupnya. 4.  Tambah perahan limau dan gaul, sedia untuk dihidangkan. Nota- Kerabu daging limau purut merupakan hidangan pembuka selera yang menyelerakan.  Ianya mengabungkan hirisan daging empuk, daun limau purut dihiris halus dan bahan lain yang juga dihiris halus....

Budaya pemakanan masyarakat Bugis

Masyarakat Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia.  Penaklukan Belanda di Sulawesi pada kurun ke 17 menyebabkan ramai dari mereka berhijrah ke tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sabah dan Saraawak.  Mereka amat terkenal sebagai pedagang rempah ratus dan kemenyan. Di semenanjung Tanah Melayu mereka di kenali sebagai orang Selat dan menetap banyak di Johor dan Selangor.  Sebahagian makanan istimewa mereka adalah burasak dan lepat lueh.  Burasak berbentuk seperti ketupat nasi tetapi mempunyai campuran santan, berbentuk seperti lepat pisang dan bersaiz besar dan lebar.  Proses memasak memakan masa selama 8 jam.  Cara pembuatan burasak bermula dengan proses beras yang digaul dengan santan dan sedap dimakan panas bersama asam pedas ikan parang, daging masak kicap, serunding daging atau ayam dan ayam masak merah. Lepat lueh berbentuk segi tiga. Menggunakan pulut sebagai bahan utama yang dimasak seperti nasi.Pulut ini kemudiannya dibungkus tiga s...

Budaya pemakanan masyarakat Mandailing

Suku kaum masyarakat Mandailing di Malaysia ramai yang menetap tinggal di negeri Perak dan Selangor.  Masyarakat Mandailing berasal dari pendalaman pantai barat Sumatera dan Tamparuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.  Penghijrahan masyarakat Mandailing ini berlaku semasa Perang Padir pada 1816 dan akibat perasaan kurang senang terhadap penjajahan Belanda ketika itu. Di Malaysia masyarakat ini terbahagi kepada beberapa puak dan dikenali menerusi awalan atau akhiran nama mereka yang menggunakan perkataan "Lubis, Nasution dan Harahap".  Walau bagaimanapun akibat perkahwinan campur nama pangkal dan akhiran ini telah mula tidak digunakan lagi.  Masyarakat Mandailing adalah keluarga petani, dan di tanah melayu mereka bekerja di lombong bijih timah dan emas.  Di Selangor kebanyakkan suku kaum ini boleh dijumpai di sekitar Dusun tua, hulu langat dan Klang. Antara masakan istimewa masyarakat Mandailing ini ialah- 1. Gulai daun ubi tumbuk, 2. Sambal gotok, 3. Anyang ...

Budaya pemakanan Keturunan Jawa

 Masyarakat Jawa berasal dari Indonesia yang datan gke Malaysia pada 1900.  Kebanyakkan mereka tinggal di Selangor, Tanjung karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Banting dan Sepang.  Sebahagian dari mereka tinggal di daerah yang terdapat di Johor. Masakan nasi ambang atau lebih dikenali sebagai nasi ambeng merupakan menu wajib setiap kali musim perayaan. Cara hindangan nasi ini agak unik kerana nasi dan lauk pauk dibentuk seperti busut di dalam bekas dipanggil talam atau nyiru.  Lauk-pauk akan diletakkan di atas nasi dengan berlapikkan daun pisang.  Setiap hidangan boleh dimakan oleh 4-5 orang dewasa.  Cara pemakanan yang dibuat secara hidangan berkongsi ini dipercayai dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan merapatkan silaratulrahim masyarakat. Nasi Ambeng juga dikenali sebagai nasi berkat yang disediakan dan dibungkus untuk diberi kepada para tetamu majlis untuk dibawa pulang ke rumah.  Antara makanan popular masyarakt Jawa ialah: 1. Ayam ...

Budaya Pemakanan Keturunan Rawa

Keturunan Rawa berasal dari Sumatera Barat yang berhijrah ke tanah melayu pada abad ke 17, ketika perusahaan bijih timah di Perak berkembang pesat.  Ramai masyarakat Rawa yang masih tinggal di daerah Gopeng Perak, Sungai Itek, Tanjung Mallim, Behrang dan Sri Menanti; Negeri Sembilan. Masyarakat Rawa mempunyai kemahiran dalam pemeliharaan ikan air tawar.  Kemahiran masakan gulai lemak dan kelamai yang menjadi antara hidangan ketika menyambut perayaan Hari raya  Cara penyediaan kalamai sama seperti membuat lemang tetapi berbeza bahan memasaknya.  Kelamai menggunakan beras pulut dan gula merah yang kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh, diadun dengan kerisik, tahi minyak dan gula.  Bahan ini digaul sebati dan diperap selama 3 hari di dalam bekas bertutup. Kelamai boleh bertahan selama 3 bulan.  Antara masakan Rawa yang terkenal adalah- 1. Udang masak lemak tempoyak 2. Jelatah kacang tanah 3. Kolak ubi kayu 4. Jering goreng berlada 5. Talapia panggang bersantan...