Budaya pemakanan Keturunan Jawa
Masyarakat Jawa berasal dari Indonesia yang datan gke Malaysia pada 1900. Kebanyakkan mereka tinggal di Selangor, Tanjung karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Banting dan Sepang. Sebahagian dari mereka tinggal di daerah yang terdapat di Johor.
Masakan nasi ambang atau lebih dikenali sebagai nasi ambeng merupakan menu wajib setiap kali musim perayaan. Cara hindangan nasi ini agak unik kerana nasi dan lauk pauk dibentuk seperti busut di dalam bekas dipanggil talam atau nyiru. Lauk-pauk akan diletakkan di atas nasi dengan berlapikkan daun pisang. Setiap hidangan boleh dimakan oleh 4-5 orang dewasa. Cara pemakanan yang dibuat secara hidangan berkongsi ini dipercayai dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan merapatkan silaratulrahim masyarakat.
Nasi Ambeng juga dikenali sebagai nasi berkat yang disediakan dan dibungkus untuk diberi kepada para tetamu majlis untuk dibawa pulang ke rumah. Antara makanan popular masyarakt Jawa ialah:
1. Ayam goreng berbumbu
2. Kendo
3. Rondo Royal (tapai goreng)
4. Pecel terung
5. Semur tempe berempah
6. Pepes Iwak dan janganan
7. Pecel jawa
8. Punten dan sambal pedas bilis
9. Wajik kukus jawa
10. Ungkep gori dan tetel
11. Keluban betik muda dan jantung pisang
Rujukan-
1. Majalah SAJI Mac 2011
Comments