Posts

Showing posts with the label Main course (malay)

Masak lemak cili padi daging salai

Image
Masak lemak daging salai merupakan 1 hidangan yang terkenal di Negeri Sembilan. Bahan-bahan- 1 kg daging salai (potong nipis-nipis) 15 biji belimbing buluh 4 batang serai (dititik) 1 mangkuk santan segar 3 keping asam gelugur 3 biji ubi kentang (dipotong 4) Bahan kisar- 4 ulas bawang merah 1 genggam cili padi kampung  1 inci belacan 1 inci halia 2 inci kunyit hidup Cara memasak- 1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, tumis sebentar dan kemudiannya masukkan daging salai; kacau sebati.  Masukkan juga ubi kentang. 2. Masukkan sedikit air dan santan bersama serai dan asam keping. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Bila mendidih, masukkan belimbing dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga belimbing lembut. Nota masakan-    Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.  Biarkan dalam keadaan seketul besar, kelar-kelar sedikit permukaan daging.  Bakar di atas dapur atau oven dengan suhu yang sederhana sehingga air daging kering.  Jika mengik...

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Rendang daging

Image
Bahan kisar halus- 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan sedikit air Bahan untuk disangai- 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan masakan yang selebihnya- 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keping asam keping (sederhana) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helaai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukupnya garam dan gula secukup rasa Cara memasak- 1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya.  Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering. 2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci. 3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya.  Kemudian bahan sangai ini dikisar halus. 4. Panaskan minyak dan masukk...

Pulut kuning

Image
Kebiasaanya pulut kuning dimakan bersama gulai atau rendang ayam dan daging, serunding, gulai telur atau boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis. Pada masa dulu pulut kuning selalunya dihidangkan bersekali dengan ayam panggang atau ayam golek dan telur rebus. Bahan pulut kuning-   5oogm beras pulut  1 sudu kecil kunyit  air secukupnya (untuk menrendam pulut)  2 cawan santan pekat  secubit garam  3-4 helai daun pandan  Cara memasak-   1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit untuk berberapa jam (4jam sekurang2nya) atau direndam semalaman bagi mendapatkan warna kuning yang cantik.  2. Toskan atau tapis pulut bagi membuang air rendaman.  3. Alas daun pisang didalam tempat pengukus dan letakkan beras pulut rata di atas daun pisang tersebut. Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut.  4. Angkat dan masukkan pulut ke dalam mangkuk besar.  5. Kacau santan bersama garam, dan tuang santan...

Nasi Bubur Daging

Image
Nasi Bubur Daging   Bahan –             80         gm                    Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)             800       ml                     Air             1           tin                     Susu Sejat F&N             2           camb.            ...

Bubur lambuk

Image
Bubur Lambuk Ala Kampung Baru  Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging tetel [potong kecil] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan] garam/gula secukup rasa air 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat] 1 cawan bawang goreng 4 ulas bawang putih [dimayang] 2 biji bawang besar [dimayang] 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis] Rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba 2 biji buah keras [ditumbuk] Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus] 1 sudukecil jintah manis (atau jintan putih) 1 sudukecil ketumbar 1 sudukecil lada sulah 1 sudukecil lada hitam Bahan-bahan sampingan [optional] : 2 batang carrot dipotong dadu 1/2 cawan kurma dibuang biji bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Bawang goreng Cara-cara memasak...

Nasi Ayam

Image
  Bahan utk nasi ayam: 1/2 cwn. margerin 2 biji         bawang besar (dikupas & dicincang) 2cm          halia muda (dikupas & dicincang halus) 1cm          kulit kayu manis 4 kuntum  bunga cengkih 2 helai      daun padan (disiat-siat dan disimpulkan) 4 cwn       beras (dicuci dan ditoskan) 51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam Bahan-bahan sampingan- Timun, salad dan tomato Cara memasaknya: 1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan      daun pandan sehingga naik baunya.  2. Masukkan beras, tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.  Masak sehingga       sempurna dengan api yang perlahan.  Bahan untuk lauk ayam: 1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-d...

Nasi Briyani Ayam

Image
Nasi Briyani Ayam Bahan untuk nasi: 500gm beras Basmathi (direndam 40 minit atau sejam) 400ml stok ayam 200ml susu sejat 1/2 ekor ayam (dibersihkan) 2 camb. rempah biryani garam dan serbuk perasa secukupnya 2 biji tomato (dicincang halus) 2 camb. air panas  1/2 cwn. kismis campuran 1/2 cawan badam (dipanggang) Bahan tumis: 5 biji bunga cengkih 6 biji buah pelage 4 biji bunga lawing 2 batang kulit kayu manis 2 biji bawang besar (dihiris) 5 ulas bawang merah (dihiris) 4 ulas bawang putih (dihiris) 4 cm halia (dimayang) 2 batang serai (dititik) Bahan perapan ayam: 1 cwn. bawang goring 1/2 cawan dadih asli 1/2 biji lemon (diambil kulit dan jusnya) sedikit daun ketumbar Segenggam daun pudina bawang putih (ambil sedikit dari bahan tumis) Halia (ambil sedikit dari bahan tumis) sedikit lada hitam Cara memasak ayam: 1.  Masukkan semua bahan perapan ayam ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. 2.  Panaskan minyak sapi dalam kuali...

Bihun goreng

Image
Bihun Goreng  Bahan: 1 pkt bihun (direndam) 1 batang lobak merah (dihiris halus) 1 ikat sawi (dibersihkan) 200gm daging cincang 2 kg udang (dibersihkan) 3 biji telur Bawang goreng secukupnya Serbuk perasa secukupnya Minyak untuk menumis Cili kisar secukupnya Bahan kisar: 3 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1/2 cwn. udang kering (dicuci bersih) 1 camt. serbuk lada putih 20gm daun sup 20gm daun bawang cili merah 100gm taugeh, kucai, daun sup dan daun bawang Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan perasa secukupnya. 3.  Masukkan bihun yang telah disejat terlebih dahulu. 4.  Gaul sebati bihun bersama bahan tumisan, kumudian masukkan sayuran dan bahan selebihnya. 5.  Masak sehingga bihun lembut dan airnya sedikit sejat. 6.  Angkat dan hidang bersama daun bawang, bawang goreng, daun sup dan cili me...

Bubur Nasi (congee)

Image
Bahan: 1 cawan beras 3 cawan air 4 ulas bawang merah sedikit halia 200 gm isi ayam garam dan gula secukupnya lada hitam daun sup, daun bawang (untuk hiasan) sedikit serai Cara memasaknya: 1.  Rebus nasi sehingga lembut. 2.  Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi sehingga sebati.  Tambah air jika perlu. 3.  Bila bubur telah masak, masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goring. 4.  Hidang bersama telur rebu masin dan halia masin atau jeruk. Nota- Bubur nasi ialah sejenis bubur yang popular di kebanyakkan negara Asia.  Selalunya ia dihidangan dengan berbagai jenis hidangan sampingan untuk memberi variasi rasa enak kepada hidangan tersebut.  Ia selalunya dihidangkan kepada pesakit dan merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan air yang banyak sehingga beras nasi menjadi hancur, pekat dan lembut.  Untuk ini proses memasak lebih lama dari memasak nasi.  Bubur nasi boleh dijadikan hidangan unt...

Mee tomyam seafood (2)

Image
Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai.  Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam- 5 ulas          bawang merah 2 biji           cili merah 5 biji           cili kering 1 inci          lengkuas 2 batang     serai 1 camb.      udaang kering 3 helai      ...

Mee Udang

Image
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi.  Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa.  Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam. Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini.  Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie.  Jom-jom syer semua..... Mee udang Bahan: 1 paket mee (dicelur seketika) Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan  dicelur) Semangkuk taugeh (dicelur) Cili boh (secukup rasa) 2 kg Udang segar (sederhana besar) Cili merah secukupnya (dihiris) Segenggam bawang merah (dikisar halus) 5 biji bawang merah (dimayang) 3 biji bawang me...

Nasi lemak

Image
Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....). Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yan...

Mee Tomyam seafood

Image
So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya. Bahan - 1 paket mee kuning 250 gm udang (sederhana besar) 100 gm sotong basah (sederhana besar) 100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja) 2 -3 batang serai 1 botol pes tomyam 4-5 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 20 gm cili padi sedikit minyak masak( untuk menumis) 1/2 liter santan (x guna pun takpe....) 2 batang Lobak merah 1/2 biji kubis 100 gm Bunga kobis ...