Mee Udang
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi. Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa. Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam.
Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini. Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie. Jom-jom syer semua.....
Mee udang
Bahan:
1 paket mee (dicelur seketika)
Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan dicelur)
Semangkuk taugeh (dicelur)
Cili boh (secukup rasa)
2 kg Udang segar (sederhana besar)
Cili merah secukupnya (dihiris)
Segenggam bawang merah (dikisar halus)
5 biji bawang merah (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang sehingga terbit baunya.
2. Masukkan cili boh dan bawang yang telah dikisar tadi, kacau sehingga pecah minyak.
3. Udang dicelur seketika, lebihan kepala udang dan ekor tadi dikisar halus bersama air rebusan
udang. Masukkan air kisaran udang ke dalam periuk yang telah berisi bahan tumisan tadi.
4. Tambah air jika perlu, masukkan bahan perasa dan rasakan secukupnya.
5. Setelah cukup rasanya, masak seketika dan kemudiannya kuah ini bolehlah dimasukkan ke dalam mee
yang telah dicelur, taugeh, udang dan sawi.
Selamat mencuba.......
Gambar-gambar yang tersiar saya perolehi dari kelas masakan yang saya anjurkan, kelas hakiki saya di IPTA, dan penjelajahan saya mencari mee udang di beberapa buah kedai makanan yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Satu tip dan pesanan dari saya, ketika membersihkan udang, lebihan2 kulit udang yang tidak diperlukan jangan dibuang begitu sahaja. Ianya boleh dijadikan bahan perasa tambahan makanan yang selamat dan menyelerakan dengan cara, kisar bahan ini tapis dapatkan pati airnya sahaja dan kemudian simpan ditempat sejuk beku. Apabila ingin memasak, cairkan ia pada suhu bilik dan masukkan sedikit dalam masakkan anda. Amat sedap jika dicampurkan dalam bahan berasaskan mee, bihun dan kway teow.
Comments