Posts

Showing posts with the label Masakan Melayu(seafood)

Ikan siakap 3 rasa (Sweet Sour fish)

Image
Bahan- 1 ekor ikan siakap 1 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 camt jus limau nipis 5 biji cili merah 3 helai daun limau purut 2 biji tomato 1 inci halia 4 helai daun ketumbar 1/2 cawan sos ikan 1/2 cawan sos tomato 1/2 camt garam 1 camt gula 5-7 biji cili padi Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. 2. Dalam kuali yang berlainan masukkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia sehingga wangi. 3. Masukkan sos tomato dan sos ikan ke dalam bahan yang ditumis.  Kacau sebati. 4. Masukkan bahan selebihnya, bahan perasa, air  dan masak sekejap sekadar sebati bahan. 5. Masukkan ikan yang telah siap digoreng ke dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah di atas ikan tersebut. 

Pekasam

Image
Bahan-Bahan: Ikan air tawar. Garam – Sekilo ikan seratus gram garam. Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat. Asam keping  Cara Membuat: 1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman, 2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti. 3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. 4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam. 5....