Posts

Showing posts from December, 2013

Karipap sardin

Image
Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 1 tin sardin (tin sedang) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 2 biji bawang putih (dicincang) 1 camb. cili kisar Garam dan gula secukupnya Sebiji limau nipis Cara membuatnya: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  Ketepikan dan sejukkan dahulu. 6.  Canaikan adunan tepung, letak inti ditengah adunan dan kelimkan tepi karipap tadi. 7.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

Tepung gomak

Image
Kuih tepung gomak juga dikenali sebagai Kuih Tepung Gomok, Abuk-abuk dan Kuih Buah Beluru.  Terdapat berbagai versi penyedian inti kuih ini antaranya inti yang disediakan dari kacang hijau yang bercampur dengan kelapa dan ada juga inti yang hanya menggunakan bahan utama kelapa sahaja yang dimasak bersama gula merah dan gula melaka. Bahan untuk salutan kuih: 500 gm kacang hijau Cara membuatnya: 1.  Basuh dan toskan kacang hijau. 2.  Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat. 3.  Kisar kacang sekejap untuk meleraikan kulitnya.  4.  Keluarkan dan tampi kulit kacang, kemudian kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung. 5.  Kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung yg halus. 6.  Simpan di dalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih. Bahan Inti: 1     biji       kelapa parut 200 gm       gula melaka (atau b...

Lempeng pisang

Image
                                                       Foto diambil dari My resepi Lempeng pisang merupakan sejenis kuih lama masyarakat Melayu yang sering menjadi hidangan di waktu pagi sebagai sarapan.  Lempeng pisang mudah dan ringkas untuk disediakan, mempunyai tekstur kuih yang lembut dan manis bercampur dengan harum semerbak pisang dan daun pisang bila dimasak. Lempeng Pisang Bahan: 5-7 biji pisang ((Pisang abu, Pisang emas, pisang berangan atau pisang raja) 1 - 2 sudu besar gula gula pasir secubit garam 1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja) 2 cawan tepung gandum Sedikit santan, air, susu cair atau air kelapa (untuk dicampurkan jika adunan terlalu pekat) Sedikit minyak Daun pisang secukupnya Cara memasak: 1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. 2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 3.  Panaskan ...

Ikan 3 Rasa

Image
Ikan 3 rasa Bahan A- 1 ekor ikan bawal atau siakap 1 sudu makan tepung jagung (untuk menyalut ikan) 3 biji bawang merah        ) 1 labu bawang besar       )  dihiris 2 ulas bawang putih        ) 2 inci halia                      )  Bahan B- 3 camb. sos tomato 3 camb sos cili 3 camb sos tiram 3 camb air 1 camt. gula Bahan C- 1 pokok daun bawang 2 biji cili merah (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 2 biji tomato (dipotong 4) 1 biji capsicum merah, hijau dan kuning Cara membuatnya- 1.  Salutkan ikan dengan tepung jagung. 2.  Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.  Angkat. 3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 4.  Masuk...

Ayam masak merah

Image
     Foto dari sumber internet Bahan: 1/2 ekor ayam Sedikit garam dan kunyit 1 biji tomato (potong dadu) 1/2 cawan sos tomato 1/2 biji bawang besar (potong bulat) kacang peas secukupnya 1 bungkus cili boh  Gula melaka secukupnya (atau gula putih) 1-2 batang daun kari 1 mangkuk air asam jawa 3 - 4 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram sedikit 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) Bahan untuk dikisar halus- 15 - 20  biji cili kering (direbus dan dibuang biji) 2 cm halia                  8 - 10 ulas bawang putih  2 biji bawang besar 6 - 8 biji bawang merah 2 batang serai Cara memasak: 1.  Bersihkan ayam.  Potong ayam pada saiz sedang dan gaulkan bersama garam dan kunyit. 2.  Goreng ayam 2/3 masak.  Ketepikan ayam. 3.  Dalam minyak yang sama. Tumis daun kari, 4 sekawan, bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak. 4.  Masukkan sos...

Daging Nasi Kandar

Image
Daging Nasi Kandar Bahan A: 1 kg daging lembu (diperap dengan 3 camb. rempah kari daging) 4 batang serai (diketuk) 1/2 cawan air asam jawa 2 biji tomato (potong 4) 1/2 cawan minyak masak 3 cawan air 5 tangkai daun kari 1 pokok daun ketumbar garam secukup rasa Bahan B: 1 botol kicap manis 1 botol kicap pekat 2 biji bawang besar  ) 4 biji bawang merah )  Dihiris 1 ulas bawang putih  ) 1 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelage 5 kuntum bunga cengkih Cara memasak: 1.  Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dihiris, serai dan daun kari sehingga Wangi. 2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar.  Kacau rata. 3.  Masukkan air asam jawa dan garam. 4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak. 5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cucur Udang

Image
                                                      Gambar dari sumber google Cucur Udang- Cucur udang menjadi kesukaan ramai orang tanpa mengira umur, bangsa dan warna kulit.  Rasanya yang ranggup diluar, lembut didalam dengan rasa udang segar dan sayuran segar menjadikan ia sebagai pilihan untuk sarapan dan minum petang.  Bahan untuk menyediakannya amat mudah dan ringkas. Bahan: 2 cawan Tepung gandum 1 sudu besar tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 kg Udang sederhana besar (dibuang ekor dan kepala) 10 gm Daun kucai dan daun sup 1 biji lobak merah 10 gm Taugeh Sedikit serbuk kunyit 3 biji Bawang besar (dipotong dadu) 3 biji cili merah (dimayang halus) Air sejuk secukupnya (atau ais kiub) Bahan Sos cili- 3 camb. Cili boh 6 biji Cili merah  2 ulas bawang putih 1camb. cuka makan Sedikit garam dan gula sedikit tep...