Lempeng pisang
Foto diambil dari My resepi
Lempeng Pisang
Bahan:
5-7 biji pisang ((Pisang abu, Pisang emas, pisang berangan atau pisang raja)
1 - 2 sudu besar gula gula pasir
secubit garam
1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja)
2 cawan tepung gandum
Sedikit santan, air, susu cair atau air kelapa (untuk dicampurkan jika adunan terlalu pekat)
Sedikit minyak
Lempeng pisang merupakan sejenis kuih lama masyarakat Melayu yang sering menjadi hidangan di waktu pagi sebagai sarapan. Lempeng pisang mudah dan ringkas untuk disediakan, mempunyai tekstur kuih yang lembut dan manis bercampur dengan harum semerbak pisang dan daun pisang bila dimasak.
Bahan:
5-7 biji pisang ((Pisang abu, Pisang emas, pisang berangan atau pisang raja)
1 - 2 sudu besar gula gula pasir
secubit garam
1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja)
2 cawan tepung gandum
Sedikit santan, air, susu cair atau air kelapa (untuk dicampurkan jika adunan terlalu pekat)
Sedikit minyak
Daun pisang secukupnya
Cara memasak:
1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
Cara memasak:
1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam.
2. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
4. Letakkan daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu di atas permukaan kuali.
5. Letakkan 1 senduk adunan di permukaan daun pisang, ratakan.
5. Letakkan 1 senduk adunan di permukaan daun pisang, ratakan.
6. Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga adunan kelihatan keperangan di kedua-dua belah permukaan.
7. Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi.
8. Hidangkan bersama sambal ikan bilis atau boleh dimakan begitu sahaja.
7. Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi.
8. Hidangkan bersama sambal ikan bilis atau boleh dimakan begitu sahaja.
Tips untuk menghasilkan lempeng pisang yang sedap, lembut dan wangi:
1. Guna pisang yang ranum. Pisang yang telah masak ranum, dimana kulitnya kelihatan sedikit hitam; akan menghasilkan rasa yang lebih manis dan lembut.
2. Lenyek pisang sehingga halus. Ini kerana lagi halus tekstur pisang yang dilenyek akan menghasilkan tekstur lempeng yang cantik.
3. Guna nisbah tepung gandum yang secukupnya. Nisbah anggaran ialah 1 cawan pisang bersamaan 2 - 3 sudu besar tepung gandum yang digunakan.
4. Biarkan adunan direhatkan sebentar dalam 5-10 minit bagi menghasilkan semua adunan yang sebati campurannya.
Rujukan-
1. Resepi peribadi.
2. Fairus Fariza (2025), Masak Apa Hari Ini, Laman Facebook.
3. https://www.rasa.my/lempeng-pisang-kampung-sedap-wangi-sekali-cuba-pasti-nak-lagi/
Comments