Posts

Showing posts with the label Kuih keadah merebus - boiling

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Sago gula Melaka

Image
Sago gula melaka atau sago puding merupakan pencuci mulut yang agak popular bagi masyarakat Peranakan (Baba Nyonya).  Gula Melaka boleh diperolehi di banyak kedai dan pasaraya di  Malaysia.  Walaubagaimanapun gula melaka yang asli hanya mudah untuk diperolehi di negeri Kelantan dan juga Melaka kerana di kedua negeri ini terdapat warga tempatan yang menghasilkan pembuatan gula asli ini secara tradisional. Sago Gula Melaka Bahan- 250gm sago Pewarna hijau 1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan (disimpul) 1 tin susu cair Cara membuatnya- 1. Didihkan air dan masukkan sago.  Masak sago sehingga sago berwarna kejernihan.  Masak dengan api yang perlahan dan perlu selalu dikacau supaya sago tidak hangit dibahagian bawah.  Setelah itu masukkan pewarna dan kacau rata. 2. Untuk menyediakan sirap gula melaka.  Masak gula melaka dengan air secukunya dan daun pandan dengan menggunakan api yang sederhana.  Masak sehingga gula melaka hancur sepe...

agar-agar laici

Image
RESEPI PUDING LAICI Source : Chef Hanieliza Bahan-bahan 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa 6 gelas air 11/2 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin (koyak-koyakkan laici tersebut menjadi halus) 1 tin laici [untuk hiasan] Cara-cara Masakkan agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Tuangkan dalam acuan dan disejukkan. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi. Version agar-agar laici 2  1 paket agar2 serbuk (10gm) 5 cawan air 8 sudu besar gula 1 tin susu cair (400ml) 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin 1 helai daun pandan   Cara memasak- - Sama seperti kaedah di atas.

Puding Kastard Fruit Coktail

Image
  Bahan utk sos kastard: 400ml susu sejat ideal 200ml air 200gm gula 1 biji telur 1 camt. esen vanila 2 camb. tepung kastard 1 tin fruit coktail (asingkan sirapnya) Cara memasaknya: Satukan semua bahan sos kecuali fruit coktail, masak atas api perlahan hingga gula larut dan adunan menjadi sedikit pekat.  Angkat dan sejukkan.  Bahan utk. puding kastard: 140gm tepung kastard (1 cwn) 1/2 camt. garam 12000ml air 2camb gula 1/2 tin susu pekat manis Cara memasaknya: 1.  Campurkan semua bahan, masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 2.  Masukkan adunan kastard ke dalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (utk memudahkan puding dikeluarkan nanti). 3.  Hentak sedikit acuan utk menyamaratakan puding dan sejukkan. 4.  Hidang puding bersama sos kastard dan dihias dgn fruit coktail.  Selamat mencuba....

Buah Melaka (Onde-Onde)

Image
Onde-onde atau dikenali juga dengan nama buah melaka amat sedap dimakan dalam keadaan cuaca sejuk dan selalunya disajikan pada bulan puasa.  Di Indonesia ia dikenali sebagai "Klepon" dan di Brunei sebagai "kek punctured". Buah Melaka Bahan: 1 kg tepung pulut Air secukupnya sedikit pewarna daun pandan atau pewarna hijau 10gm pes daun pandan atau 20gm daun pandan(kisar ambil airnya) Gula Melaka secukupnya (dipotong kecil-kecil) kelapa parut (putih sahaja) secukupnya Cara memasaknya: 1.  Gaul tepungpulut dengan air sehingga adunan boleh dikepal. 2.  Tambah pewarna dan pes daun pandan, sebatikan adunan. 3.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak gula Melaka ditengahnya dan bulat-bulatkan. 4.  Didihkan air didalam periuk dan masukkan buah Melaka yang telah dibulatkan tadi, biar hingga adunan timbul barulah diangkat. 5.  Masukkan adunan ke dalam campuran kelapa parut putih dan sedikit garam, gaul sebatidan bolehlah dihidangkan. ...