Sago gula Melaka

Sago gula melaka atau sago puding merupakan pencuci mulut yang agak popular bagi masyarakat Peranakan (Baba Nyonya).  Gula Melaka boleh diperolehi di banyak kedai dan pasaraya di  Malaysia.  Walaubagaimanapun gula melaka yang asli hanya mudah untuk diperolehi di negeri Kelantan dan juga Melaka kerana di kedua negeri ini terdapat warga tempatan yang menghasilkan pembuatan gula asli ini secara tradisional.

Sago Gula Melaka



Bahan-
250gm sago
Pewarna hijau
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan (disimpul)
1 tin susu cair

Cara membuatnya-
1. Didihkan air dan masukkan sago.  Masak sago sehingga sago berwarna kejernihan.  Masak dengan api yang perlahan dan perlu selalu dikacau supaya sago tidak hangit dibahagian bawah.  Setelah itu masukkan pewarna dan kacau rata.

2. Untuk menyediakan sirap gula melaka.  Masak gula melaka dengan air secukunya dan daun pandan dengan menggunakan api yang sederhana.  Masak sehingga gula melaka hancur sepenuhnya dan kuah menjadi agak pekat.  Sejukkan.

3.  Cara menghidang.  Sendukkan sedikit sagu ke dalam bekas mangkuk ataupun gelas.  Tuangkan air gula dan akhir sekali masukkan susu cair perlahan-lahan.  Susu perlu dimasukkan secara perlahan-lahan agar ia tidak bercampur dengan air gula.  Sejukkan sebelum dimakan.


Comments

Syauqi Firdaus said…
2019222208
panaskan air dalam pot dan tunggu sehingga mendidih. masukkan sagu dan kacau sagu sehingga sagu kembang.kemudian letakkan sedikit pewarna untuk menyerikan dan menceriakan sagu kita
nur zulaikha husna binti zazali said…
2019883958

bahan sagu
1 cawan biji sagu bewarna
2 liter air

bahan air gula melaka
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

bahan santan
2 cawan santan
1/3 cawan air
1/4 tsp garam

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-