Jenis-jenis Laksa

Laksa

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura.  Ia dikatakan berasal dari masyarakat Cina yang berhijrah ke tanah Melayu (Peranakan).  Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit "Laksha" yang bererti banyak (merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.

Di Malaysia terdapat berbagai variati laksa seperti-
1.  Laksa Penang-
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang dan dikenali sebagai asam laksa.  Keunikan asam      laksa ini terletak kepada penggunaan ikannya, di mana, selain dikisar halus; semasa menghidang      ketulan ikan akan diletakkan sekali didalam mangkuk hidangan asam laksa.  Begitu juga di dalam      masakan asam laksa ini, daun pudina digunakan sebagai salah satu ramuan ulaman.

2. Laksa Johor-
 Laksa Johor berbeza dari laksa yang ada di Malaysia.  Ini kerana bahan asas laksa ini                      menggunakan spagetti dan bukannya laksa beras yang biasa diguna-pakai dalam pembuatan laksa.     Begitu juga kuahnya lebih sinonim seperti kuah laksam, dimana kuahnya dimasak menggunakan     rempah lada hitam dan santan.  Terdapat juga isi ikan di dalam kuah laksa Johor sepertimqana kuah laksa negeri-negeri yang lain.  Kuah laksa Johor perlu disediakan dalam keadaan pekat.


3. Laksa Kuala Perlis-
 Laksa Kuala Perlis sinonim dengan hidangan yang disertakan sekali dengan seekor ikan rebus.     Cara pembuatan kuah dan mee laksa adalah sama seperti laksa yang lain.

4. Laksa Kedah-
Ia juga dikenali sebagai laksa utara dan yang popular di negeri Kedah adalah Laksa Teluk Kechai.      Makanan ini menjadi santapan kesukaan masyarakat utara.  Sama ada dijadikan hidangan makan     tengahari, petang atau disajikan semasa mengadakan kenduri dan hari perayaan.  Bahan asas bagi    pembuatan laksa ini adalah laksa beras.  Istimewa laksa Kedah adalah dari penghasilan kuahnya    dari sumber ikan segar.  Semasa menghidangkannya pula akan disertakan bersama beberapa jenis    ulaman yang dihiris halus, cili padi, telur rebus dan limau nipis.


5. Laksa Sarawak-
 Laksa Sarawak menggunakan bihun sebagai bahan utamanya berserta dengan sambal khas yang     dimakan bersama.  Sambal khas yang dihasilkan agak renyah cara pembuatannya tetapi ia     menjadikan hidangan laksa Sarawak unik dan sedap.  Laksa Sarawak mempunyai sup asas yang
    mengandungi sambal belacan, santan, asam jawa, lengkuas dan serai.  Semasa menghidang, laksa    Sarawak akan dihidangkan bersama hirisan telur goreng, hirisan ayam yang telah direbus terlebih    dahulu, udang yang telah dicelur dan daun ketumbar.  Hidangan ini selalunya dimakan pada waktu    pagi oleh masyarakat Sarawak.

6. Laksa Trengganu-
Kebiasaannya akan dihidangkanbersama 2 jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah. Kuah     mentah biasanya akan dibuat dengan menggunakan santan yang dicampur dengan air panas sahaja    tanpa dimasak, lada hitam, bawang dan isi ikan yang telah dicelur.  Kuah masak pula disediakan    dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor tetapi warnanya kekuningan.  Laksa    Trengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan penggunaan laksa tepung gandum atau    laksa beras.  Kebiasaannya ia dimakan dengan menggunakan tangan.

Comments

[10:27 PM, 3/16/2020] •: Laksa Utara

Bahan A ( kisar halus)
- 2 biji bawang besar (potong 4)
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah besar (potong 3)
- segenggam cili kering (direbus)
- sedikit belacan
Note: jika nak pedas, lebihkan cili kering

Bahan B:
- 2 kuntum bunga kantan
- secekak daun kesum
- 2 keping asam gelugur


Cara memasak:

1. Rebus ikan yang telah dicuci. Ambil isi dan asingkan tulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar.

2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekan asing dengan kisar ikan tadi

3. Pansakan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B

4. Masukkan isi ikan dan gaul sebati

5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata

6. Tambahkan lebihan air rebus ikan yang telah ditapis. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

7. Didihkan air dan rebuskan laksa serta telur sehingga masak.

Siap !

Terima Kasih (2019467738)
Anonymous said…
[10:27 PM, 3/16/2020] •: Laksa Utara

Bahan A ( kisar halus)
- 2 biji bawang besar (potong 4)
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah besar (potong 3)
- segenggam cili kering (direbus)
- sedikit belacan
Note: jika nak pedas, lebihkan cili kering

Bahan B:
- 2 kuntum bunga kantan
- secekak daun kesum
- 2 keping asam gelugur


Cara memasak:

1. Rebus ikan yang telah dicuci. Ambil isi dan asingkan tulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar.

2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekan asing dengan kisar ikan tadi

3. Pansakan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B

4. Masukkan isi ikan dan gaul sebati

5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata

6. Tambahkan lebihan air rebus ikan yang telah ditapis. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

7. Didihkan air dan rebuskan laksa serta telur sehingga masak.

Siap !

Terima Kasih (2019467738)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-