Asam gumpal



Asam Gumpal
-          Kuih Asam Guppa 
-          samguppa
-          saguppa


Bahan untuk buat inti -
250 gram kacang hijau 
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Air secukupnya 

Cara memasak-
1.        Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk.
2.        Bila kacang dah hancur masukkan gula Melaka dan gula secukup manis dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga sebati dan betul betul kering. 
3.        Bila adunan sejuk bulat bulatkan inti kacang sebesar biji guli dan ketepikan.
4.        Inti yang terbaik ialah inti yang tidak melekat di tangan sewaktu proses menggentelnya.
5.        Inti asam gupal perlu manis sikit baru sedap. 


Bahan Asam Guppa:
250 gm biji sagu
1 cawan air panas
200 gm sagu biji (basuh dan toskan)


Cara memasak-
1.        Bersihkan sagu dan toskan. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal.
2.        Gunakan plastik, ambik sagu, kemudian kepal- kepalkan, leperkan sikit dan isi dengan inti kacang, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu akan melekat di tangan.
3.        Masuk asam guppa ke dalam pengukus dan dikukus selama 10-15 minit atau sehingga sagu nampak jernih. Jangan terlalu lama nanti sagu akan jadi lembik. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kuah:
3 cawan santan  (1 biji kelapa)
1 inci halia  (hiris memanjang
2 ulas bawang merah (hiris)
1/2 sudu kecil halba
2 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam halus
1 helai daun pandan

Cara menyediakan kuah:
1.        Campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi.
2.        Setelah mendidih, masukkan asam guppa yang telah dikukus tadi, gula dan sedikit garam ke dalam kuah bagi menambah rasa lemak. Kacau perlahan lahan dalam 5 minit sebelum tutup api. 
3.        boleh dimakan panas - panas, atau sejuk .


Nota:

Ada orang yang meletak isi buah nangka yang dicarik carik ke dalam kuahnya. 


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-