Kuih Ketayap
Gambar diambil dari laman RASA
Kuih Ketayap –
Kuih Ketayap –
Kuih Ketayap dikenali juga sebagai kuih dadar atau kuih gulung disesetengah tempat. Hidangan ini sangat terkenal bagi masyarakat Cina kerana penggunaan daun pandan sebagai sumber asli warna hijau kuih. Ia juga menjadi hidangan kesukaan kebanyakkan masyarakat Malaysia yang lainnya. Kuih ketayap merupakan sejenis kuih berbentuk crepe nipis dan lembut yang diisi di dalamnya dengan kelapa parut manis yang telah dimasak dengan gula melaka.
Nota-
Bahan untuk kulit:
1
biji telur
5
helai daun pandan (blend dengan 2 cawan air)
1/2 cawan santan cair (atau air biasa)
Secubut
garam
2 camb
minyak masak
Beberapa
titis pewarna hijau
Bahan untuk inti:
½ biji
kelapa (ambil putih sahaja)
¾ cawan
gula Melaka
1/2 cawan gula putih
Secubit
garam
½ cawan
air
2
camb. Tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul.
Cara membuat kulitnya-
1.
Campur
semua bahan dan sebatikan. Tapis adunan. Rehatkan seketika.
2.
Panaskan
kuali leper dengan api perlahan, letakkan sedikit minyak masak dengan simpulan
daun pandan.
3.
Masukkan
1 senduk adunan dan ratakan nipis, bila nampak adunan tepi terangkat sedikit, tanda adunan boleh di angkat bila masak. Tidak perlu diterbalikkan.
Biar sejuk lapisan kuih ini baru dibalutkan dengan inti.
b
B Cara membuat intinya:
1.
Campurkan
semua bahan, masak sehingga gula hancur dan kelapa agak kering sedikit tetapi masih berkeadaan lembap.
2.
Masak
inti sehingga kelihatan berkilat, taburkan tepung gandum dan sebatikan.
3.
Sejukkan
inti.
4.
Letak
sesudu inti ditengah kulit ketayap, gulung dan lipat kiri kanan.
Nota-
1. Kulit ketayap tidak mudah koyak jika ikut teknik rehatkan kulit dan pekatkan inti.
2. Menggunakan inti yang masih panas ketika membalut kuih akan menyebabkan lapisan kuih koyak.
Rujukan-
1. Resepi peribadi penulis.
2. https://resepichenom.com/resepi/kuih-ketayap-yang-lembut

Comments