Kuih Koci Labu


Kuih Koci Labu


Untuk Pastri-
    150gm tepung pulut
    150gm labu
    santan cair/air (untuk menguli)

Untuk Dadih-
    3cawan santan pekat
    2 sudu besar tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung
    sedikit garam dan gula

Untuk inti
  • 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
  • 1 1/2 cawan gula merah atau gula melaka
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan kacang hijau (tak letak pun tak apa)
  • 1 camb tepung gandum
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara menyediakan dan memasak:
1.    Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.

2.    Untuk pastri – Bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli 
dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa).

3.    Untuk inti – Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan 
gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan 
kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.

4.    Bulat-bulatkan inti kecil-kecil . Anggaran duit 20 sen

5.    Untuk dadih –Masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. 
Kemudian letak dadih dalam bekas besar.  Dadih jangan terlalu pekat atau cair, tekstur asal Nampak  
pekat sedikit sahaja.

6.    Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa 
dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul 
(macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.

7.    Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci 
labu sehingga habis.


Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh