Posts

Showing posts with the label pencuci mulut cara melayu....

Kuih Abok-abok Sagu

Image
Kuih abok-abok sagu merupakan sejenis kuih traditional yang menggunakan bahan memassak yang ringkas dan ia sedap dimakan ketika masih panas.   Kuih ini amat popular di negeri Johor terutamanya dalam komuniti masyarakat Jawa.  Ada sesetengah versi masakan suka mencampurkan pisang ditengah adunan sagu. Bahan memasak- 1 cawan sagu biji (direndam air) 3 air  1/2 cawan gula merah 5 sudu makan gula putih 1/2 biji kelapa parut putih Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih) 1/2 sudu teh garam Cara memasak- 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap dalam 30 minit. 2. Toskan sagu supaya tiada air yang meleleh. 3. Kemudian campurkan sagu yang ditos tadi dengan kelapa parut dan juga garam.  Gaul rata. 4. Dalam mangkuk lain, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 5. Ambil daun pisang, bentukkan seperti kelongsong, masukkan sagu mampatkan, kemudian masukkan gula melaka. Lapiskan semula dengan sagu. Ulang proses sehingga isi sagu dan gula melaka ...

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Sago gula Melaka

Image
Sago gula melaka atau sago puding merupakan pencuci mulut yang agak popular bagi masyarakat Peranakan (Baba Nyonya).  Gula Melaka boleh diperolehi di banyak kedai dan pasaraya di  Malaysia.  Walaubagaimanapun gula melaka yang asli hanya mudah untuk diperolehi di negeri Kelantan dan juga Melaka kerana di kedua negeri ini terdapat warga tempatan yang menghasilkan pembuatan gula asli ini secara tradisional. Sago Gula Melaka Bahan- 250gm sago Pewarna hijau 1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan (disimpul) 1 tin susu cair Cara membuatnya- 1. Didihkan air dan masukkan sago.  Masak sago sehingga sago berwarna kejernihan.  Masak dengan api yang perlahan dan perlu selalu dikacau supaya sago tidak hangit dibahagian bawah.  Setelah itu masukkan pewarna dan kacau rata. 2. Untuk menyediakan sirap gula melaka.  Masak gula melaka dengan air secukunya dan daun pandan dengan menggunakan api yang sederhana.  Masak sehingga gula melaka hancur sepe...

Lepat Pisang

Image
Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu khususnya masyarakat Minangkabau.  Kuih lepat pisang dikenali juga sebagai kuih belebat yang merujuk kepada jenis kuih yang dibuat dengan cara membungkusnya dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus. Bahan: Beberapa helai daun pisang (dilayurkan atas api seketika) 2 cawan pisang emas/embun (dilenyek halus) ¾ cawan tepung gandum (mengikut lembut adunan) 2 camb. tepung jagung (atau tepung beras) 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih saja) 2 camb. gula Melaka @ gula merah (dicincang halus) 4 camb. pati santan Secubit garam 200gm sagu kecil Cara membuatnya: 1.  Pisang yang sudah dilenyek, dicampurkan dengan bahan lain sebatikan. 2.  Pastikan adunan seperti adunan untuk membuat cucur pisang /jemput-jemput      pisang. 3.  Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang. 4.  Daun dilipat menindih dan lipatkan hu...