Lepat Pisang


Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu khususnya masyarakat Minangkabau.  Kuih lepat pisang dikenali juga sebagai kuih belebat yang merujuk kepada jenis kuih yang dibuat dengan cara membungkusnya dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus.

Bahan:
Beberapa helai daun pisang (dilayurkan atas api seketika)
2 cawan pisang emas/embun (dilenyek halus)
¾ cawan tepung gandum (mengikut lembut adunan)
2 camb. tepung jagung (atau tepung beras)
1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih saja)
2 camb. gula Melaka @ gula merah (dicincang halus)
4 camb. pati santan
Secubit garam
200gm sagu kecil

Cara membuatnya:
1.  Pisang yang sudah dilenyek, dicampurkan dengan bahan lain sebatikan.
2.  Pastikan adunan seperti adunan untuk membuat cucur pisang /jemput-jemput
     pisang.
3.  Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang.
4.  Daun dilipat menindih dan lipatkan hujung kedua-dua bahagian.
5.  Didihkan air, dan letak pisang yang telah dibalut kedalam tempat pengukus.
6.  Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu masak didalam adunan.


Tips lepat pisang cantik nampak urat pisang
Lepat yang cantik  akan nampak terserlah urat-urat pisangnya. Nak bagi nampak urat pisang,  lepas blend  atau lenyek, biarkan dalam 15minit pisang tu dalam mangkuk yang bertutup.  Nanti pisang lenyek tu tukar warna gelap sikit.  InsyaAllah  lepas kukus nanti terserlah lah kecantikan lepat pisang.

Lepat pisang merupakan sejenis juadah ringan untuk bersarapan, minum petang atau kadang kala dihidangkan ketika sesuatu majlis diadakan oleh masyarakat Melayu.  

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh