Posts

Showing posts with the label Soup (Malay)

Sup kambing (Mutton Soup)

Image
Sup Kambing Bahan-bahan- 2 kg tulang kambing (rebus sehingga isi lekang dari tulang)atau sehingga daging lembut) Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) 1-2 sudu kecil garam kasar 1/2 sudu kecil gula Batang Saderi Sebatang Lobak merah 1 biji ubi kentang Air rebusan tulang 1 bunjut sup tulang Sedikit daun sup dan daun bawang Bawang goreng 3 biji lobak merah dan 1 batang saderi (kisar lumat) 1 Helai daun pandan (disimpul) 2 batang serai (diketuk) Bahan A (dikisar)- 1 biji bawang besar 6 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 4 inci halia 2 sudu besar lada hitam biji 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 inci kunyit hidup 10 biji cili padi Bahan B- 2 sudu besar rempah sup 3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih 2 sudu besar rempah kurma Bahan untuk sambal kicap (kisar halus semua bahan)- 5 biji cili api 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan Cara memasak- 1. Rebus daging kambin...

Sup tauhu sumbat inti daging

Image
Bahan : Tauhu - dipotong dua secara serong Isi Ayam/daging lembu - cincang Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) Bawang merah dan putih - dihiris Cara: - Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.  Korek isi tauhu. - Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam. - Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi. - Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih,    masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh    dimasukkan sekali ke dalam sup. - Perasakan dgn garam.

Sup Ayam

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm pes sup pekat Adabi 2 paket sup bunjut Adabi 1 ekor ayam kampung Bawang goreng Air secukupnya BAHAN KISAR: Setangkai daun bawang Setangkai daun sup 450 gm kentang (rebus) 2 1/2 labu bawang besar 6 ulas bawang putih CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut. 2. Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar, taburkan bawang putih.

Sup Sayuran Suhuun dan Fucuk

Image
Sup Sayuran Suhun dan Fucuk Bahan: 4 biji ubi kentang (dipotong kecil) 2 biji lobak merah (dipotong serong) 50 gm fucuk50 gm suhuun 3 biji telur garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak untuk menumis 10gm daun bawang dan daun sup Bahan untuk tumisan: 1 biji cili merah (dihiris) 1 inci halia (dihiris) 1 biji bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) 20gm udang kering atau ikan bilis Cara memasaknya: 1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan sehingga kekuninggan dan naik bau. 2.  Masukkan iar, garam dan perasa, kentang dan lobak merah.  Masak sehingga kentang dan lobak      merah separa empuk. 3.  Pecahkan telur ke dalam periuk, biar masak tanpa dikacau. 4.  Masukkan fucuk dan suhun, biar mendidih dan kahir sekali masukkan daun sup dan daun bawang.