Posts

Showing posts with the label Masakan Sarawak

Manuk Pansoh

Manuk Pansoh Bahan-bahan- 1 ruas buluh lemang 1/2 ekor ayam (dipotong ketulan kecil) 1/2 cawan air 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah 2-3 kuntum bunga kantan 3cm halia 3 batang serai 2-3 biji cili merah (jika suka) secekak pucuk ubi (diramas) sedikit daun kesum 3cm lengkuas 1 tangkai batang tepus Cara memasak- 1. Sediakan bara api seperti bara untuk membakar lemang. 2. Bersihkan buluh terlebih dahulu dan rendam buluh untuk memudahkan proses memasak. 3. Bawang ditumbuk lumat dan bahan lain dipotong halus. 4. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan bahan yang lain.  Ayam perlu diperap selama 1-2 jam sebelum dimasak. 5. Masukkan ayam ke dalam buluh, jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. 6. Tutup bahagian atas buluh dengan pucuk ubi, bakar buluh dalam masa 1/2 jam. 7.  Biarkan sehingga asap didihan keluar dari penutup buluh. 8. Siap untuk dihidangkan. Nota-   Ayam pansoh (manok pansuh) merupakan masakan yang digemari di kalangan rakyat di Sarawak dan Kalimanta...

Sambal tumis Cili Hijau Kelabit

Image
Bahan: 8 biji cili hijau 20 biji cili padi hijau 5 biji bawang merah 1 biji tomato hijau (dicincang) 1/2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 camb. jus lemon garam dan gula secukupnya. Cara memasaknya: 1.  Kukus cili hijau & cili padi selama 8-10 minit, angkat dan sejukkan. 2.  Tumbuk cili tadi dengan bawang sehingga lumat. 3.  Panaskan minyak dan goreng cili ini sehingga garing. 4.  Angkat, masukkan jus lemon, garam, gula dan ikan bilis, gaul rata dan hidang

Umai

Image
Umai Udang Bahan: 500gm udang sederhana besar (dibuang kulit, dicuci & dipotong kecil) 1 biji bawang besar 3 biji cili api 1 camb. kacang tanah (yg telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar) 1 camb. cuka makan 5 biji limau kasturi (ambil jusnya) Sedikit garam dan gula Bahan utk ditumbuk: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 1 biji cili merah Bahan hiasan: Daun kunyit, daun sup dan hirisan serai Cara memasaknya: 1.  Perapkan udang dgn. perahan limau dan garam sekejap sehingga udang bertukar warna. 2.  Masukkan bahan yg telah ditumbuk dan bahan yg lainnya ke dalam bekas perapan udang, gaul sebati. 3.  Perapkan di dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dimakan bersama nasi panas. Umai Ikan tenggiri bersama mangga muda- Bahan-bahan- 2 keping ikan tenggiri 1 biji mangga muda (dicincang halus) 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 biji cili padi (hiris) 5 biji limau nipis sos sotong gula 1 biji tomato (potong dadu) Cara...

Sup Ponas Bidayuh

Image
Sup Ponas Bidayuh Bahan: 2 ulas bawang putih 2 btg. serai sedikit sambal belacan garam secukup rasa 1 cawan parutan ubi kayu 2 biji cili merah Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang putih sehingga wangi. 2.  Tambah sedikit air dan masukkan cili merah yg telah dimayang racik halus, serai yg telah diketuk, sambal belacan dan garam. 3.  Bila adunan telah sebati dan naik bau, masukkan ubi kayu. 4.  Masak hingga ubi kayu bertukar jernih warnanya. Nota-    Sup ponas ini menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama pembuatannya.  Bagi masyarakat Bidayuh sup ini sesuai dihidangkan bersama ikan pusuk dan linut.  Sup ini lebih sedap jika ditambah sayuran kampung dan lada di dalam ramuan memasaknya. Rujukan- 1. saji.my/makanan-tradisional-bidayuh 2. ms.m.wikipedia.org/wiki/masakan_Sarawak

Bubur Ruya

Image
Jom kita cuba masakan negeri Sarawak pula.  Bagi pengemar ubi kayu, mungkin anda kena cuba resepi ini.  Sedap, mengenyangkan dan layan.... Bahan: 1 kg isi ubi kayu (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil) 4 helai daun pandan gula dan garam secukup rasa 1/2 cawan beras pulut (atau segenggam sahaja) 1 cwn santan Cara memasaknya: 1.  Isi ubi direbus sehingga separa empuk dan kemudian ditambah beras pulut ke dalamnya. 2.  Dengan api yang perlahan dan setelah keduanya empuk dan lembut, masukkan bahan lain ke      dalamnya. 3.  Masak sehingga aroma daun pandan keluar.  Tutup api dan hidang.

Nasi Aruk

Image
Nasi Aruk Bahan: Nasi putih secukupnya Segenggam ikan bilis 3 ulas bawang putih (cincang halus) 1 biji bawang besar (hiris bulat) garam secukupnya 2 camb. minyak masak sedikit udang atau daging lada sulah secukupnya 2 biji telur Cara memasak: 1.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan. 2.  Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur gaul sebati. 3.  Masukkan udang atau daging masak sehingga sekata. 4.  Masukkan nasi, bahan perasa dan ikan bilis  Goreng sehingga nasi serata Nota-    Nasi aruk yang asal hanya menggunakan bahan asas seperti nasi putih, ikan bilis, garam dan sedikit minyak masak sahaja.  Nasi aruk merupakan sejenis nasi goreng traditional masyarakst melayu Sarawak.  Tidak seperti nasi goreng biasa, nasi aruk yang asal tidak menggunakan minyak untuk menggoreng nasi.    Nasi aruk selalunya dimasak juga dengan menggunakan campuran ikan terubuk masin dan buah dabai (sejen...

Laksa Sarawak

Image
Bahan: 2 bungkus pes laksa Sarawak 2 bungkus bihun 500gm      udang basah 2 ketul      bahagian dada ayam 500ml       santan pekat 8 biji         telur 1 kiub       serbuk perasa ayam 2 camb.     sos tiram garam dan gula Bahan tambahan: 500gm taugeh dicelur 50gm   daun pudina 10 biji  limau kasturi Isi ayam yang telah dicarik-carikkan Udang yang telah dicelur Telur yang telah didadar nipis daun pudina bawang goreng Bahan utk sambal belacan (kisar lumat): 15 biji cili padi 5 batang cili merah 1 sudu kecil belacan  6 biji limau kasturi (ambil air jusnya) garam dan gula 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 5 sudu besar cili kisar 5 sudu besar udang kering (ditumbuk) pes asam jawa minyak untuk menumis Bahan Perencah Laksa Sarawak: Bahan A- 15 ulas      bawang m...

Lineis

Image
Lineis Bahan: 1 cawan beras pulut merah (kalau tak ada boleh guna beras pulut perang/ biasa) 1 cawan beras pulut hitam 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) Gula secukupnya Daun pisang secukupnya Cara membuatnya: 1.  Kukus beras pulut berasingan sehingga separa masak (lembut). 2.  Kelapa parut dicampurkan dengan gula secukupnya serta sedikit garam. 3.  Campurkan beras pulut dan gaul sebati, kemudian letakkan di atas daun pisang. 4.  Letakkan kelapa parut ditengah beras pulut sebagai inti, balut seperti membalut kuiuh lepat. 5.  Kukus sehingga masak.