Posts

Showing posts with the label dessert (Malay hot)

Kuih Paung

Image
Kuih paung atau lebih dikenali dengan nama paung goreng trengganu atau kuih bom inti ikan, merupakan resepi tradisi negeri Trengganu yang selalu boleh dijumpai dijual di pasar pagi.  Rasanya kenyal dan ranggup serta manis ikan menaikkan lagi rasa sedap kuih ini. Bahan- 5-6 ekor ikan selayang (sardin) direbus dengan asaam keping dan garam 2 cawan santan segar 5 ulas bawang merah 1/2 inci halia dihiris halus Secubit lada hitam 1/2 sudu kecil halba 1 sudu kecil garam  1 sudu kecil gula tebu Bahan untuk kulit- 2 1/2 cawan tepung pulut 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Minyak untuk menggoreng Cara memasak- 1. Ikan direbus, dan diambil isinya sahaja. 2. Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia. 3. Tuang bahan kisar tadi kuali dan masak tanpa minyak sehingga ramuan agak kering. 4. Gaulkan bahan doh, rehatkan doh 1-2 jam pada suhu bilik. Pastikan bekas ditutup untuk mengelakkan doh kering. 5. Ambil sedikit doh, lebih kurang sebesar bola g...

Kuih Abok-abok Sagu

Image
Kuih abok-abok sagu merupakan sejenis kuih traditional yang menggunakan bahan memassak yang ringkas dan ia sedap dimakan ketika masih panas.   Kuih ini amat popular di negeri Johor terutamanya dalam komuniti masyarakat Jawa.  Ada sesetengah versi masakan suka mencampurkan pisang ditengah adunan sagu. Bahan memasak- 1 cawan sagu biji (direndam air) 3 air  1/2 cawan gula merah 5 sudu makan gula putih 1/2 biji kelapa parut putih Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih) 1/2 sudu teh garam Cara memasak- 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap dalam 30 minit. 2. Toskan sagu supaya tiada air yang meleleh. 3. Kemudian campurkan sagu yang ditos tadi dengan kelapa parut dan juga garam.  Gaul rata. 4. Dalam mangkuk lain, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 5. Ambil daun pisang, bentukkan seperti kelongsong, masukkan sagu mampatkan, kemudian masukkan gula melaka. Lapiskan semula dengan sagu. Ulang proses sehingga isi sagu dan gula melaka ...

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Kuih Ketayap

Image
  Kuih Ketayap – Bahan untuk kulit: 1 cawan tepung gandum 2 biji telur 3 helai daun pandan (blend dengan 2 cawan air) 1 ½ cawan santan Secubut garam 2 camb minyak masak Beberapa titis pewarna hijau Bahan untuk inti: ½ biji kelapa (ambil putih sahaja) ¾ cawan gula Melaka Secubit garam 2 helai daun pandan ½ cawan air 2 camb. Tepung gandum Cara membuat kulitnya- 1.       Campur semua bahan dan sebatikan.   Tapis adunan.   Rehatkan seketika. 2.       Panaskan kuali leper dengan api perlahan, letakkan sedikit minyak masak dengan simpulan daun pandan. 3.       Masukkan 1 senduk adunan dan ratakan nipis, angkat bila masak. Cara membuat intinya: 1.       Campurkan semua bahan, masak sehingga gula hancur dan kelapa agak kering. 2.       Masak inti sehingga kelihatan berkilat, taburkan tepung gandum dan s...

Bubur pulut hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 1/2 cawan pulut hitam 6 cawan air, untuk merebus pulut 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul 3/4 cawan gula putih 1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung Cara Penyediaan: Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tips : Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan m...

Kuih cara berlauk

Image
Bahan bahan : a) Adunan Tepung     1 cawan tepung gandum     1 biji telur     1 sudu kecil minyak sapi     1/2 sudu kecil garam     2 cawan air     sedikit pewarna kuning Cara cara : Adun semua bahan hingga sebati @ blend je. b) inti kuih cara:     200gram daging/ayam - dikisar     2 labu bawang besar- racik halus     3 biji bawang kecil - potong mayang     1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang     1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi     1 sudu kecil serbuk kari     garam gula dan perasa secukupnya     sedikit minyak utk menumis Cara cara 1.   Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan.   2.   Kemudian masukkan rempah kari da n remp ah re...

Kuih Apom balik......

Image
APAM BALIK Bahan: 2 cwn tepung naik sendiri 1/4 cwn gula 1/2 sk bikarbonate soda 1 biji telor 11/2 cwn susu segar 1/2 sk b.powder 1 cwn kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar/kisar) 1 tin jagung cream 1 cwn gula sikit butter CARA: -  Gula + telor di pukul sampai kembang. -  masukkan serbuk soda bicarbonat,baking powder,susu dan pewarna kuning      (pukul lagi hingga sebati). -  masukkan tepung dan kacau sebati dan jangan sampai bergentel. -  Panaskan nonstick pan.........dengan suhu yg sederhana. -  Terus masukkan 1 atau 2 sendok adunan dan ratakan. -  Tutup sebentar,,,bila separuh masak.tabur kacang tanah,gula,jagung     dan sikit butter. - Tutup lagi kejap...........bila dah masak.........lipat 2 dan angkat.

Bengkang Pandan

Image
Yang nie kalau pekena petang-petang memang sedap.  Originalitynya pakar membuat bengkang nie selalunya mai dari belah utara.   So sesapa yang terasa nak bermak mertuakan orang utara atau nak bersuamikan orang utara mesti kena pandai buat bengkang.  Istimewanya bengkang nie bila ianya mula dibakar, pergh!  bau wangi daun pandan memang harum semerbak. Bengkang Pandan Bahan: 2 cawan tepung gandum (diayak) 5 biji telur ayam (gred A) 600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air) 250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air) 2 camb. mentega, cair dan sejukkan 1/2 camt. garam 1/4 camt. pewarna hijau makanan Cara membuatnya: 1.  Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi. 2.  Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi. 3....

Pengat keledek

Image
Pengat keledek Bahan: 1 biji keledek (sederhana besar) 1 keeping gula Melaka 2 camb. gula perang 4 cwn santan 2 camb. sagu mata ikan 3 helai daun pandan Cara memasaknya- 1.  Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu. 2.  Basuh dan rebus keledek sehingga separa empuk, tuskan airnya. 3.  Masukkan semua bahan lain kecuali keledek dan sagu, masak sehingga mendidih dan kemudian baru dimasukkansagu. 4.  Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih barulah dimasukkan keledek, biar sebentar sebelum ditutup apinya.

Lepat Pisang

Image
Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu khususnya masyarakat Minangkabau.  Kuih lepat pisang dikenali juga sebagai kuih belebat yang merujuk kepada jenis kuih yang dibuat dengan cara membungkusnya dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus. Bahan: Beberapa helai daun pisang (dilayurkan atas api seketika) 2 cawan pisang emas/embun (dilenyek halus) ¾ cawan tepung gandum (mengikut lembut adunan) 2 camb. tepung jagung (atau tepung beras) 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih saja) 2 camb. gula Melaka @ gula merah (dicincang halus) 4 camb. pati santan Secubit garam 200gm sagu kecil Cara membuatnya: 1.  Pisang yang sudah dilenyek, dicampurkan dengan bahan lain sebatikan. 2.  Pastikan adunan seperti adunan untuk membuat cucur pisang /jemput-jemput      pisang. 3.  Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang. 4.  Daun dilipat menindih dan lipatkan hu...

Kuih Cara Manis

Image
Kuih Cara Manis Bahan: 1 paket tepung gandum 200ml susu segar 1 camb. jus pandan 1 biji telur 1/2 camt. garam Pewarna hijau Gula Daun pandan secukupnya (diblend dengan sedikit air dan diambil jusnya) Cara memasak: 1.  Campurkan semua bahan dan adun sebati kecuali gula. 2.  Gaul sebati sehingga adunan tidak berketul-ketul. 3.  Panaskan acuan, letakkan sedikit mentega atau minyak masak pada bekas adunan. 4.  Masukkan sedikit adunan, biar sekejap, kemudian letakkan sedikit gula ditengah adunan tadi, tutup acuan. 5.  Pastikan api kecil sahaja ketika memasak. 6.  Angkat kuih apabila adunan tidak lagi berbentuk cecair.

Popia Goreng

Image
Popia goreng Bahan: 1 paket kulit popia Inti: 2 biji lobak merah )  sagat atau dipotong memanjang halus 1 biji sengkuang    ) 1 biji timun            ) 1/2 kilo taugeh 2 camb. bawang goreng Bahan tumis: 2 biji bawang putih 2 biji bawang merah 2 camb sos tiram 2 camb. udang kering garam dan gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Tumis semua bahan sehingga naik bau dan masukkan sayuran, kacau sebentar. 2.  Biarkan inti sejuk seketika. 3.  Bentangkan kulit popia, letakkan inti ditengahnya dan gulung serta gamkan kulit popia dgn bancuhan tepung gandum bersama sedikit air.

Karipap sardin

Image
Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 1 tin sardin (tin sedang) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 2 biji bawang putih (dicincang) 1 camb. cili kisar Garam dan gula secukupnya Sebiji limau nipis Cara membuatnya: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  Ketepikan dan sejukkan dahulu. 6.  Canaikan adunan tepung, letak inti ditengah adunan dan kelimkan tepi karipap tadi. 7.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

Tepung gomak

Image
Kuih tepung gomak juga dikenali sebagai Kuih Tepung Gomok, Abuk-abuk dan Kuih Buah Beluru.  Terdapat berbagai versi penyedian inti kuih ini antaranya inti yang disediakan dari kacang hijau yang bercampur dengan kelapa dan ada juga inti yang hanya menggunakan bahan utama kelapa sahaja yang dimasak bersama gula merah dan gula melaka. Bahan untuk salutan kuih: 500 gm kacang hijau Cara membuatnya: 1.  Basuh dan toskan kacang hijau. 2.  Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat. 3.  Kisar kacang sekejap untuk meleraikan kulitnya.  4.  Keluarkan dan tampi kulit kacang, kemudian kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung. 5.  Kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung yg halus. 6.  Simpan di dalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih. Bahan Inti: 1     biji       kelapa parut 200 gm       gula melaka (atau b...

Lempeng pisang

Image
Lempeng Pisang Bahan: 4 biji pisang abu 1/4 cwn. gula pasir secubit garam 1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja) 2 cawan tepung gandum 1 cwn. air Sedikit minyak Cara memasak: 1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. 2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 3.  Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. 4.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dipermukaan kuali. 5.  Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi. 6.  Hidangkan bersama sambal ikan bilis. Nak lempeng ke nak lempang?  daripada lempang baik pilih lempeng.  Perut kenyang hati tak sakit.  Saya telah beberapa membuat lempeng pisang di rumah, tapi seperti kata anak "ibu! opah buat lagi sedaplah".  Sabar ajelah, memang lempeng opah buat tiada tandingan.  Buat ibu-ibu yang tengah nak naik angin kerana kenakalan anak, silalah masuk ke dapur dan sediakan lempeng daripada ngad...

Cucur Udang

Image
Bahan: 1 kg Tepung gandum 1 kg Udang sederhana besar (dibuang ekor dan kepala) 10 gm Daun kucai dan daun sup 10 gm Taugeh Sedikit serbuk kunyit 3 camb. Cili boh 3 biji Bawang besar (dipotong dadu) 6 biji Cili merah (dimayang) 1camb. cuka makan Sedikit garam dan gula Air sejuk secukupnya Cara memasak: 1.  Bersihkan sayur-sayuran dan potong. 2.  Campurkan semua bahan dan gaul sebati 3.  Biarkan seketika (5-10 minit) 4.  Panaskan kuali yg berisi minyak masak. 5.  Goreng adunan sehingga kekuninggan, sejat dan angkat.

Pengat Labu

Image
Pengat Labu- Bahan: 1     biji     labu (dipotong dadu, sederhana besar dan direbus separuh empuk) 500 ml      santan air             secukupnya 1/2 cawan sagu Gula,garam, gula kabung secukupnya 3 helai      daun pandan (dibasuh bersih dan disimpulkan) Cara membuatnya: 1.Masukkan semua bahan kecuali labu ke dalam periuk dan masak sagu sehingga kembang dan bertukar menjadi warna jernih. 2. Masukkan labu dan daun pandan, biar sehingga labu empuk dan tutup api. 3.  Sedia untuk dihidangkan. 

Kuih Keria

Image
Kuih Keria Sedapnya kalau dapat ngadap kuih keria nie pepanas time petang.  Seketul-seketul diambil, tambah sedap bila kuih keria nie dibuat dengan penuh kasih sayang.  Tahu ke apa maksud saya "dibuat dengan penuh kasih-sayang tu"? Maksud saya dibuat dengan menggunakan sukatan bahan yang betul.  Takdelah cam yang selalu kita beli (lebih tepung dari keledek).  Makan memang sedap.... tapi nak membuatnya nampak mudah tapi berkecah dapur dibuatnya.  Tangan toksah duk katalah.  Habis berlemuih (comot).  Untuk anda semua, saya kongsikan hari nie resepi kuih keria atau dalam loghat utara nya cuk@ chuq keria. Bahan: 1/2 kg ubi keledek 1 cawan tepung gandum 1 camt. baking powder 8 camt gula 1/2 cawan air atau secukupya Cara membuatnya: 1.  Kupas kulit keledek.  Potong besar-besar kemudian direbus hingga empuk. 2.  Lenyek keledek ini semasa masih panas hingga lumat atau hancur. 3.  Masukkan tepung h...