Kuih Abok-abok Sagu





Kuih abok-abok sagu merupakan sejenis kuih traditional yang menggunakan bahan memassak yang ringkas dan ia sedap dimakan ketika masih panas.   Kuih ini amat popular di negeri Johor terutamanya dalam komuniti masyarakat Jawa.  Ada sesetengah versi masakan suka mencampurkan pisang ditengah adunan sagu.

Bahan memasak-
1 cawan sagu biji (direndam air)
3 air 
1/2 cawan gula merah
5 sudu makan gula putih
1/2 biji kelapa parut putih
Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih)
1/2 sudu teh garam

Cara memasak-
1. Rendam sagu dengan air sampai meresap dalam 30 minit.
2. Toskan sagu supaya tiada air yang meleleh.
3. Kemudian campurkan sagu yang ditos tadi dengan kelapa parut dan juga garam.  Gaul rata.
4. Dalam mangkuk lain, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata.
5. Ambil daun pisang, bentukkan seperti kelongsong, masukkan sagu mampatkan, kemudian masukkan gula melaka. Lapiskan semula dengan sagu. Ulang proses sehingga isi sagu dan gula melaka memenuhi kelongsong. mampatkan dan tutup kelongsong dengan kemas.
6. Kuikus kuih abok-abok selama 30 minit menggunakan api sederhana atau sehingga sagu berwarna jernih.
7. Kukus dalam keadaan kelongsong sagu diletakkan menegak di dalam bekas kukusan.

Rujukan-
1. https://www.rasa.my/resipi-kuih-abok-abok-sagu-sedap-guna-sukatan-cawan/

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-