Kuih Lapis
Foto di ambil dari perkongsian di sumber internet Kuih Lapis Kuih lapis secara dasarnya agak mudah untuk dikenali kerana bentuknya yang berwarna-warni. Dimasak secara berlapis-lapis dengan warna-warna yang pelbagai tetapi ssecara dasarnya 2 warna utama dalam pembuatan kuih lapis yang digunakan ialah warna merah dan putih sahaja. Merah terhasil dari pewarna merah yang diletakkan sedikit esen ros dan warna putih terhasil dari santan. Tekstur kuih lapis adalah lembut atau kenyal dengan rasa lemak manis dan beraroma wangi santan serta esen ros. Penggunaan santan segar amat penting bagi memastikan kuih lapis yang terhasil adalah sedap. Setiap lapisan kuih ini perlu dikukus untuk jangka masa tertentu bagi memastikan lapisan masak sempurna ini dapat menampung curahan lapisan yang berikutnya. Lapisan yang dibuatnya selalunya nipis bagi menghasilkan corak yang cantik dan rasa yang seimbang antara rasa aroma ros dan lemak santan. Bahan- 300gm tepung ubi ( atau 1...