Posts

Showing posts with the label kuih kaedah mengukus

Kuih Koci Labu

Image
Kuih Koci Labu Untuk Pastri-     150gm tepung pulut     150gm labu     santan cair/air (untuk menguli) Untuk Dadih-     3cawan santan pekat     2 sudu besar tepung beras     2 sudu besar tepung jagung     sedikit garam dan gula Untuk inti 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja) 1 1/2 cawan gula merah atau gula melaka 1/2 cawan gula putih 1/2 cawan kacang hijau (tak letak pun tak apa) 1 camb tepung gandum Daun pisang untuk membungkus Cara menyediakan dan memasak: 1.     Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang. 2.     Untuk pastri –  Bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli  dengan  tepung pulut  (macam buat kuih koci biasa). 3.     Untuk inti –   Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan  gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum

apam Puteri Ayu

Image
Apam Puteri Ayu Bahan-Bahan : 3 biji telur 1 cawan gula pasir 1 sudu kecik ovelate 2 cawan tepung gandum/ tepung naik sendiri (tak perlu masukkan baking powder) 1 sudu kecik baking powder 1 cawan santan kotak / susu cair/Fresh milk 1 penutup esen pandan 1 penutup pewarna hijau kelapa parut dan sedikit garam dan sedikit tepung gandum/tepung jagung/tepung ubi (Gaul sebati. kukus sekejap) Cara-Cara penyediannya 1- Panaskan pengukus dengan api besar. Ayakkan tepung bersama baking powder 2- Pukul telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. 3- Masukkan santan selang seli dengan tepung sedkit demi sedikit sambil dikaup balik     perlahan-lahan. 4- Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Sebatikan adunan. 5- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang telah dikukus tadi dekat dasar       acuan. 6- Tuang adunan paras acuan. Kukus 10-15 minit dengan api sedang. 7- Perlu sekali-sekala buka penutup dan lapkan air wap.

Kuih Talam Gula Merah

Image
KUIH TALAM GULA ME RAH Resepi:Chef Hanieliza Bahan-bahan: Lapisan Bawah: 1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan 1/2 cawan gula pasir* 5 cawan air* 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubi 1 sudu kecil kapur Cara: 1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 2.Gaulkan adunan dan tapiskan. 3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit. 4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu. Lapisan atas: 3 cawan santan pekat 1 cawan tepung beras 1 sudu kecil garam Cara: 1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja. 2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit. 3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Lepat Pisang

Image
Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu khususnya masyarakat Minangkabau.  Kuih lepat pisang dikenali juga sebagai kuih belebat yang merujuk kepada jenis kuih yang dibuat dengan cara membungkusnya dalam daun pisang dan kemudiannya dikukus. Bahan: Beberapa helai daun pisang (dilayurkan atas api seketika) 2 cawan pisang emas/embun (dilenyek halus) ¾ cawan tepung gandum (mengikut lembut adunan) 2 camb. tepung jagung (atau tepung beras) 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih saja) 2 camb. gula Melaka @ gula merah (dicincang halus) 4 camb. pati santan Secubit garam 200gm sagu kecil Cara membuatnya: 1.  Pisang yang sudah dilenyek, dicampurkan dengan bahan lain sebatikan. 2.  Pastikan adunan seperti adunan untuk membuat cucur pisang /jemput-jemput      pisang. 3.  Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun pisang. 4.  Daun dilipat menindih dan lipatkan hujung kedua-dua bahagian. 5.  Didihkan air, dan letak pisang ya

Seri Muka

Image
Seri Muka Bahan lapisan bawah: 350 gm pulut (cuci dan rendam 30 minit (kemudian toskan) 220 ml santan cair 1 camt garam 1 camt minyak masak daun pandan secukupnya. Bahan untuk lapisan atas: 300ml santan 6 biji telur 180gm gula daun pandan secukupnya (diblend dan ambil airnya) 4 camb tepung gandum sedikit pewarna hijau secubit garam 2 camb. tepung gandum 2camb. tepung beras Cara membuatnya: Panaskan kukusan, kukus beras pulut sehingga separa masak.  Kemudian masukkan santan dan bahan selebihnya gaul sebati dan tanak sehingga masak.  Sejukkan pulut yang telah masak tadi, di dalam bekas berlainan masukkan pulut tadi dan tekan mampat didalam bekas pengukus. Bahan-bahan untuk lapisan atas, dicampurkan kesemuanya ke dalam sebuah bekas, gaul sebati dan tuang ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.  Kukus sehingga lapisan atas masak.