Apam mentega
![]() |
Apam Mentega |
Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr.... Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu. Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie. Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan. So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis. Memang teman yang akan ngabiskan. Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam". Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya. Terima kasih sekali lagi kak Nor.
Apam Mentega
Bahan-bahan utk gula hangus:
1 cawan gula (utk dijadikan gula hangus)
250 gm mentega
Bahan untuk apam:
2-2 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
4 biji telur ayam
1 tin susu cair
2-2 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
4 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula (utk dimasukkan ke dalam adunan-semasa memukul telur)
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit esen vanila
Cara Menyediakan:
1. Hanguskan 1 cawan gula. Campurkan air bila gula keperangan, kemudian masukkan pula butter. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.

4. Perap adunan 1/2 jam - 1 jam.
4. Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. adunan boleh dimasukkan penuh bekas atau ditinggalkan sedikit ruang jangan bagi penuh. Kukus hingga masak, lebih kurang 15 - 20 minit.
5. Hidangkan bersama kelapa parut.

Comments