Posts

Showing posts with the label Info masakan

Belalang Goreng Kerutup Juadah raya

   Makanan eksotik belalang liar, menadi pilihan penduduk sekitar Pasir Puteh Kelantan untuk dijadikan juadah istimewa Aidiladha. Belalang liar ini dimasak kerutup atau goreng kunyit bagi masyarakat sekitar Kelantan, di makan bersama ketupat palas atau ketupat nasi. Harga belalang ini lebih mahal jika dibandingkan dengan harga daging lembu iaitu RM70 sekilo dan RM50 sekilo untuk harga borong mengikut musim. Kebanyakkan belalang ini diperolehi sekitar kawasan sawah padi.    Di Kampung Bukit Telipot Kelantan ada di antara kalangan penduduk yang menjadi pengusahasa makanan eksotik ini dan bekalan belalang ini mereka perolehi daripada penduduk Felcra teratak Batu, Kampung Changgai dan kamppung Panggung serta kampung Bukit. Proses memasak belalang kerutup ini mengambil masa 3 jam (termasuk proses membungkus) dan ianya dijual 100gm dengan harga RM12. Proses penyediaan belalang Kerutup ini termasuklah proses membunag sayap, kaki belalang yang berduri, bahagian kepala d...

Bihun

Image
Bihun Bihun berasal dari China dan bahan utama untuk membuat bihun ini ialah tepung beras.  Bihun juga merupakan sebahagian daripada masakan ruji bagi masyarakat di Asia.  Bagi masyarakat Cina, bihun disajikan sebagai hidangan sup, goreng atau sebagai sebahagian bahan untuk pembuatan salad. Sementara itu bihun goreng merupakan gabungan yang dimasak dengan sayur dan daging (boleh juga ditukarkan dengan bahan-bahan lain yang bersesuaian seperti ayam, udang dan sotong).  Bihun goreng sedap di makan bersama dengan cili jeruk.  Bahan utama untuk membuat bihun goreng jika bagi masyarakat Melayu, penggunaan cili boh merupakan suatu kemestian.  Berlainan dengan masyarakat Cina, bahan utama bagi mereka adalah "fish Sauce" yang memberi berbagai aroma pada masakan bihun.

Jenis-jenis Laksa

Image
Laksa Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura.  Ia dikatakan berasal dari masyarakat Cina yang berhijrah ke tanah Melayu (Peranakan).  Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit "Laksha" yang bererti banyak (merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Di Malaysia terdapat berbagai variati laksa seperti- 1.  Laksa Penang- Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang dan dikenali sebagai asam laksa.  Keunikan asam      laksa ini terletak kepada penggunaan ikannya, di mana, selain dikisar halus; semasa menghidang      ketulan ikan akan diletakkan sekali didalam mangkuk hidangan asam laksa.  Begitu juga di dalam      masakan asam laksa ini, daun pudina digunakan sebagai salah satu ramuan ulaman. 2. Laksa Johor-  Laksa Johor berbeza dari laksa yang ada di Malaysia.  Ini kerana bahan asas laksa ini      ...