Posts

Showing posts with the label masakan (Johor)

Kuih Abok-abok Sagu

Image
Kuih abok-abok sagu merupakan sejenis kuih traditional yang menggunakan bahan memassak yang ringkas dan ia sedap dimakan ketika masih panas.   Kuih ini amat popular di negeri Johor terutamanya dalam komuniti masyarakat Jawa.  Ada sesetengah versi masakan suka mencampurkan pisang ditengah adunan sagu. Bahan memasak- 1 cawan sagu biji (direndam air) 3 air  1/2 cawan gula merah 5 sudu makan gula putih 1/2 biji kelapa parut putih Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih) 1/2 sudu teh garam Cara memasak- 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap dalam 30 minit. 2. Toskan sagu supaya tiada air yang meleleh. 3. Kemudian campurkan sagu yang ditos tadi dengan kelapa parut dan juga garam.  Gaul rata. 4. Dalam mangkuk lain, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 5. Ambil daun pisang, bentukkan seperti kelongsong, masukkan sagu mampatkan, kemudian masukkan gula melaka. Lapiskan semula dengan sagu. Ulang proses sehingga isi sagu dan gula melaka ...

Kacang pool

Image
Kacang Pool Bahan untuk dimesin halus- 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 300gm daging lembu (cincang halus) 2 camb. rempah kari daging 1 tin kacang pool 1 tin red beans 1 camt lada hitam (tumbuk halus) 1 tin baked beans 1 camb. serbuk ketumbar 2 camb. minyak sapi gula dan garam secukupnya air secukupnya minyak untuk menumis Bahan lain- Limau kasturi (dipotong 2) Bawang holland (dipotong dadu kecil) Cili hijau (dipotong nipis) Roti (sebarang jenis) Tomato (didadu kecil) Minyak sapi dipanaskan hingga cair Cara memasak- Cuci bersih daging cincang dan kemudian toskan.  Ramaskan kacang pool hingga pecah sedikit.  Satukan serbuk ketumbar,rempah kari dan air sehingga menjadi pes. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes rempah sebatikan.  Gunakan api kecil ketika memasak, kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan daging cincang.  Masak lagi selama lebih kurang 10 mi...

Otak-Otak

Image
Otak-otak  Johor BAHAN-BAHAN untuk dikisar: 500 gram / 4 ketul isi ikan tenggiri/ ikan merah (rebus) Bahan untuk dikisar dan ditumis- 200 gram / 6 biji bawang merah 100 gram / 3 bawang putih 200 gram / 4 biji cili merah (buang biji) 50 gram kunyit hidup 6 biji buah keras 2.5cm belacan bakar 5 batang serai 200 gram bawang besar 1 sudu teh serbuk ketumbar 5 tangkai cili kering (buang biji) 1 cm halia 6 biji buah keras (direndam terlebih dahulu) 5 cm lengkuas 1 camb. Jintan putih dan jintan manis Bahan lain- 500ml santan 6 helai daun limau purut (dihiris) 3 kuntum bunga kantan (dihiris halus) 6 biji telur ayam - dipukul 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula Daun kaduk secukupnya Daun kelapa atau daun nipah/daun pisang Pencungkil gigi 1 sudu teh pati asam jawa 2 sudu tepung jagung/ tepung kanji (dibancuh dengan sedikit air) Minyak masak untuk menumis 1 camt. Tepung beras CARA-CARA: 1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga...

lontong

Image
Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya.... Resepi: 1/2 biji kobis 1 biji karot kacang panjang  tempe- dipotong dan di goreng sebentar. Sengkuang  1 paket suhun ( 50 g ) 1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g) 100 g udang basah (udang kering pun boleh) 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat ) garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili merah 1 inci kunyit hidup 3/4 inci halia 3/4 inci lengkuas (ketuk) 1 batang serai (ketuk) Cara penyediaan 1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih. 3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan ud...

Soto Banjar

Image
Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil. Bahan Sup Soto-  1/4 ekor ayam  2 liter air *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa) Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus: 1 batang kulit kayu manis 4 biji cengkih 1/2 biji buah pala 3 biji bunga lawang-  3 biji pelaga * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu. Bahan kisar: 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Garam Serbuk lada putih     Bahan Tambahan: Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut Telur rebus Ketupat/nasi impit Begedil kentang/begedil daging Bawang goreng Daun sup/saleri Sambal kicap Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu) Limau kasturi Cara: 1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain k...

Laksa Johor

Image
Main course BAHAN UNTUK KUAH: 500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar. Air rebusan disimpan) 2 liter santan (2 biji kelapa) 40 gm udang kering (rendam dan kisar) 50 ml air asam jawa 60 ml minyak masak 50 gm daun kesom (kisar halus) 5 batang serai 1oogm kerisik   BAHAN UNTUK PES: 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk kari ikan 2 sudu besar cili kisar nota: Jintan manis dan ketumbar perlu disangai terlebih dahulu dan ditumbuk sehingga halus.   BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu kecil lada hitam sedikit halia sedikit cili kering sedikit udang kering   BAHAN HIASAN: Timun (potong nipis dan memanjang) Lada merah (hiris) Bawang besar (hiris) Daun selom Kacang panjang (hiris halus) Telur rebus dan belah dua Limau kasturi (belah dua) Sedikit lobak masin Sedikit taugeh Sedikit hirisan daun selom Sambal belacan   CARA MENYEDIAKAN: ...

Soto

Image
Main course- Soto Ayam Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong kecil dan direbus) 10 ulas bawang kecil    ) 2 inci halia                    ) 10 ulas bawang putih    )  Dikisar halus 1 inci lengkuas              ) 2 batang serai                )  1 paket rempah adabi 3 camb. ketumbar 20 biji lada hitam 2 biji buah keras Nasi impit (direbus sehingga masak) Pegedil ayam atau daging sambal kicap Daun sup, daun bawang dan taugeh secukupnya Cara membuatnya: 1.  Tumis ketumbar, buah keras dan lada hitam.  2.  Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau. 3.  Masukkan pes sup, kacau sebati hingga pecah minyak, kemudian masukkan air rebusan ayam. 4....

Mee bandung

Image
Mee bandung -Main course Bahan: 500gm mee kuning (1 paket) 1 biji    bawang besar 3-4 ulas bawang putih 1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air) 1 camb. serbuk cili 3 camb. gula 1 cawan air rebusan daging 5-6 ekor udang hidup 100 gm daging (direbus dan dipotong nipis) telur (secukupnya) 1 camb. sos tiram sayur kobis atau sawi Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah. Cara memasak: 1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering. 2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau. 3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang. 4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain. 5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur)