Kacang pool
Kacang Pool
Bahan untuk dimesin halus-
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
300gm daging lembu (cincang halus)
2 camb. rempah kari daging
1 tin kacang pool
1 tin red beans
1 camt lada hitam (tumbuk halus)
1 tin baked beans
1 camb. serbuk ketumbar
2 camb. minyak sapi
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan lain-
Limau kasturi (dipotong 2)
Bawang holland (dipotong dadu kecil)
Cili hijau (dipotong nipis)
Roti (sebarang jenis)
Tomato (didadu kecil)
Minyak sapi dipanaskan hingga cair
Cara memasak-
Cuci bersih daging cincang dan kemudian toskan. Ramaskan kacang pool hingga pecah sedikit. Satukan serbuk ketumbar,rempah kari dan air sehingga menjadi pes.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes rempah sebatikan. Gunakan api kecil ketika memasak, kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masak lagi selama lebih kurang 10 minit. Masukkan air dan bahan selebihnya. Masak lagi lebih kurang 15 minit.
Cara menghidang-
Sendukkan kacang pool ke dalam mangkuk, taburkan ( sayuran di dalam bahan-bahan lain). Goreng telur mata kerbau separa masak, dan letakkan juga ke dalam mangkuk, tuangkan sedikit minyak sapi yang telah dicairkan dan perahkan limau. Hidang bersama roti kegemaran.
Comments